Kedebukkk !
‘ Aduh macamana boleh taknampak ada batu kat sini pulak ,
bikin malu saja ‘ bisik hati Qaisara Farisya . Mahunya tidak malu , jatuhnya
tersembam ditepi pantai . Hairannya macammana boleh ada batu sebesar bata
ditepi pantai yang lapang ni . Tiba – tiba ada seseorang menegurnya .
‘ Awak tak apa apa ke ? ‘ tanya pemuda itu . Lantas Qaisara
mendongak untuk melihat makhluk Allah dihadapannya .
‘ Eh siapa pulak mamat nih ? Mana pulak abang nih ? ‘ bisik
hatinya lagi sambil mencari kelibat suaminya , Haikal Rusyaidi tiba tiba ..
Kedebuk !
‘ Aduhhhh ! ‘ Qaisara yang sudah separuh menjerit .
‘ Eh kenapa ni sayang
? ‘ tanya Haikal kalut sambil memisat – misat matanya .
Geram Qaisara mendengar soalan suaminya ketika itu . Manakan
tidak , masuk 5 bulan usia pernikahan mereka , sudah lima kali dia ditendang
jatuh katil siapa lagi kalau bukan angkara suaminya . Pantas dia menjeling suaminya . ‘ Ish geramnya
! ‘ getus hati Qaisara menahan kegeraman .
‘ Sory lah sayang , nak buat macam mana . Hobi .. ‘ pujuk
Haikal tersengih kerang busuk . Kerang pun tak sebusuk sengihannya ketika itu .
************************************
‘ Sayang , jom jogging kat pantai ? ‘ pinta Haikal .
Berkerut Qaisara mendengar permintaan suaminya , lantas di menilik jam di
dinding . ‘ Baru pukul 7.30 pagi tapi ape ke pelik jogging kat pantai nih ? ‘
bingung dia memikirkan permintaan suaminya yang dianggap aneh itu .
‘ Takpayah nk berkerut sangat lah muka tu sayang , teruk
benau saye nengoknye ‘ gurau Haikal .
‘ Yelahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh , jom ‘ panjang Qaisara
menjawab . Malas bertekak dengan suaminya yang kaki sakat itu . Kalau dilayan ,
sampai ke sudah tidak habis . Pantas dia bangun untuk menukar pakaiannya .
Qaisara memilih untuk memakai t shirt berlengan panjang , seluar track dan
tudung bawal bidang 60 . ‘ Jom , dah siap ‘ ajak Qaisara apabila melihat Haikal
sedang membaca berita semasa melalui
telefon bimbitnya .
************************************
‘ Abanggggggggggggggggggg ! ‘ jerit Qaisara apabila melihat
Haikal berlari jauh dihadapannya sambil ketawa. Nasib sahaja hanya mereka
sahaja pada pagi itu .
‘ Cepat lah sayang , awak ni lambat lah . Banyak sangat
lemak awak tu ‘ jerit Haikal mengejek isterinya .
‘ ish , dia ni .. suka tau buat aku macamni ‘ bebel Qaisara
sendirian lantas mengejar suaminya . Aktiviti mereka pada pagi itu lebih kepada
aksi kejar mengejar dan yang pastinya Qaisaralah yang jadi mangsa buli suaminya
. Dalam tercungap cungap Qaisara mengejar Haikal yang jauh dihadapannya tiba
tiba ..
Kedebukkkk !
‘ Aduhhh , sakitnya . Mau patah riuk aku ‘ omel Qaisara
menahan kesakitan . Tiba tiba dia mendengar seseorang bertanya
‘ Cik tak apa apa ke ? ‘ . Lantas Qaisara mendongak melihat
gerangan suara tersebut . ‘ Aduh , malu ah , macam mana pulak boleh ada orang
nih ? Abangg , cepat la datang selamatkan Qai ‘
getus hatinya . Hendak menjerit panggil suaminya , suaranya pula seakan
akan tersekat di kerongkong . Tiba tiba dia mendengar satu lagi suara yang
cukup dikenalinya .
‘ Sayanggggggggggggg , sayang okay ke ? ‘ kalut Haikal tanya
sambil bantu isterinya bangun . Terkejut beruk dia apabila menoleh kebelakang
rupa rupanya isterinya sudah termeniarap di atas pasir . Dengan pantas dia
berlari ke arah isterinya apabila dia perasan ada kelibat seseorang di tepi
Qaisara .
‘ Eh Haikal ? ‘ tanya pemuda tersebut setelah diam beberapa
minit . Dengan pantas dia menoleh . Seraya itu , ‘ Eh kauuuuu , Irfan . Irfan
Al Amin . Ya Allah , lamanya takjumpe ..’ Haikal menghulur tangannya untuk
bersalaman . Irfan Al Amin , teman sebiliknya ketika di universiti .
‘ Haha , lama betul tak jumpe kan , kau apa khabar ? Ni
isteri kau ? tanya Irfan tersenyum melihat Qaisara .
‘ Alhamdulillah , baik . Ya , kenalkan Qaisara Farisya .
Isteri aku ‘ jawab Haikal sambil memperkenalkan isterinya . Qai hanya
mengangguk dan tersenyum .
************************************
‘ Irfan ? Kenapa aku macam biasa ja tengok dia ha ? gumam
Qaisara sendirian setelah kejadian pagi tadi di pantai berhampiran rumah
mereka. Berkerut kerut dia mimikirkan di mana dia pernah berjumpa dengan Irfan
, sahabat suaminya.
Ting ! * seperti ada
mentol menyala di tepi kepala Qaisara *
‘ Ha ! Aku dah ingat , dia lah mamat dalam mimpi aku minggu
lepas . Mimpi tu sama dengan kejadian pagi tadi . Pertunjuk apa ni Ya Allah ? ‘
getus hati Qaisara .
‘ Ah mainan tidur saja .... ‘ getusnya lagi malas hendak
fikir . Tidak lama kemudian Qaisara terlelap di atas sofa ruang tamu mereka .
************************************
Sebulan kemudian
.
‘ Tahniah En Haikal , isteri encik positif pregnant . Dah
3weeks . Mulai sekarang jangan bagi dia buat kerja berat berat ok ‘ nasihat doktor Aqila sambil tersenyum .
‘ Alhamdulillah syukur ke hadrat Mu Ya Allah ‘ ucap Haikal
perlahan lantas mencium tangan Qaisara yang sudah menitiskan air mata .
‘ Sayang , awak ok tak kalau kita pergi shopping baju baby ?
‘ tanya Haikal teruja ketika mereka keluar dari klinik sakit puan itu .
‘ Ya Allah abang , baru 3weeks . Haha excited eh ? ‘ gurau
Qaisara manja . Senyuman di wajah suaminya jelas menunjukkan kegembiraannya
menerima berita tadi . ‘ Yelah , jom kita shopping ! ‘ jawab Qaisara lagi
separuh menjerit . Tidak sampai hati pulak nak menolak ajakan suaminya ketika
itu . Orang dah mood happy kann ..
************************************
‘ Eh irfan ! Assalamualaikum ‘ tegur Haikal apabila melihat
kelibat sahabatnya yang sedang berjalan sendirian .
‘ Ya Allah , Haikal . Waalaikumussalam . Shopping ke ? ‘
jawab Irfan seraya bertanya apabila dia melihat Haikal dan Qaisara memegang beg
kertas .
‘ Haah , alhamdulillah . Baju baby , hehe ‘ Jawab Haikal
lagi . Qaisara yang disebelah hanya tersenyum . Rona wajahnya dah bertukar
kemerahan . ‘ Ish abang ni , slumber je . Awal lagi la abang oi ‘ gumam Qaisara
sendirian .
‘ Ya ? Alhamdulillah syukur . Taklama lagi dapat anak buah
la aku ‘ ujar Irfan teruja . Gembira dia melihat sahabat nya bahagia . Timbul
rasa teringinnya untuk berumah tangga . ‘ Aku jugak lah yang still single and
available ‘ ujar Irfan lagi lantas meledak ketawa Haikal .
‘ Haha , kau tu yang
jual mahal . haha nanti sampai lah jodoh kau ipan oi ‘ gurau Haikal
Perbualan mereka berlanjutan sehingga ke restoran untuk
makan tengah hari . Kata Haikal , dia nak raikan kegembiraan ni dengan sahabat
lamanya .
Sejak peristiwa itu , hubungan persahabatan Haikal dan
Qaisara dengan Irfan kian akrab . Mereka sering keluar bersama sama . Qaisara
juga tidak kisah sebab Irfan ni seorang yang lawak . Sama takbetul dengan
suaminya , Haikal . Kalau boleh menyakat sampai tak ingat dunia . Disebabkan
Irfan ni single , dia sering bertandang ke rumah Haikal . Bosan agaknya , yalah
tak ada buah hati kan . Kadang – kadang , kalau free mereka akan keluar tonton
movie bersama . Seperti budak baru habis SPM pula apabila melihat gelagat
mereka bertiga .
**************************************
Tok ! tok ! tok !
‘ Siapa pulak datang pagi pagi nih ? Takkan abang tertinggal
barang kot ? Hairan Qaisara apabila pintu rumahnya diketuk . Haikal pula dah
lama pergi kerja . Pintu dikuak perlahan .
‘Assalamualaikum ,
ini Puan Qaisara Farisya ? Saya Syaza Athira , ex girlfriend Haikal , suami
awak ‘ ujar wanita tersebut setelah pintu dikuak .
‘ Waalaikumussalam .. ‘ jawab Qaisara lantas terdiam . Kaget
dia dengan tetamu yang takdiundang ini .
‘Sebelum itu , boleh saya masuk ? Saya ada hal penting nak
bincang dengan awak . Berkaitan dengan Haikal ‘ pintanya lagi .
‘ Masuklah ‘ jemput Qaisara ikhlas tak ikhlas . Berdebar
juga hatinya bila nama Haikal disebut tadi . Namun Qaisara cuma beriak biasa
cuba lindungi debarannya.
‘ Thanks ‘
‘ Ada apa apa yang boleh bantu ? ‘
‘ Saya nak berbincang tentang Haikal ‘ ujarnya tenang .
‘ Kenapa dengan Haikal ? ‘ hati Qaisara macam hendak
terlompat keluar namun dia cuba berlagak setenang mungkin .
‘ Saya nak awak tinggalkan Haikal ‘
‘ Awak dah hilang akal ke ? Dia suami saya ! ‘
‘ Lepas dia tinggalkan awak , dia akan jadi suami saya ,
bukan suami awak lagi .’
Qaisara mula naik angin . ‘ senang senang je suruh aku
tinggalkan Haikal . Gila agaknya perempuan ni . Manalah Haikal kutip dia ni
dulu . Huh ‘ bebel hatinya sendiri menahan kegeraman .
‘Awak tolong saya Qaisara , saya dah tak banyak masa lagi
didunia ini . Berikan saya kesempatan yang terakhir ini untuk menjadi isteri
kepada lelaki yang saya cintai .. ‘
‘ Saya takfaham sepatah pun perkataan yang keluar dari mulut
awak tu ‘ Qaisara mula bingung . Mula mula bagi arahan sekarang merayu rayu
pulak .
‘ Saya ada penyakit yang sangat merbahaya . Doktor dah
sahkan yang saya tidak mampu hidup dengan lebih lama . Jadi , saya minta sangat
belas kasihan awak . Tolong saya Qaisara . Tunaikan impian terakhir saya ‘ rayu
Athira lagi.
Qaisara mula menggeletar . Namun dia perlu kuat . Dia tak
mahu tampak lemah dihadapan Athira .
‘ Keluar ! Saya taknak dengar awak mengarut ! Awak keluar
dari rumah saya dan jangan pernah datang lagi ! ‘ Qaisara terus menghalau
Athira . Dia tidak tahan lagi .
‘ Haikal dah setuju dengan permintaan saya ! ‘
Longlai badan Qaisara apabila mendengar ayat Athira yang
terakhir sebelum meninggalkan kediaman mereka . Dia tertuduk . Air matanya mula
nak mengalir mengenangkan apa yang disampaikan oleh Athira .
************************************
‘Abang takboleh tinggalkan Athira buat masa sekarang ‘
Qaisara terus terduduk sebaik mendengar kata kata Haikal .
Apa maksud yang tersirat di sebalik kata kata yang menghiris hati Qaisara
ketika itu .
‘ Apa maksud abang ? ‘
‘ Abang nak tunaikan permintaan terakhir Thira ‘
‘ Dengan berkahwin dengan dia dan tinggalkan Qai ? Macam tu
maksud abang , kan ?
‘ Jadi sayang dah tahu ? Emm abang terpaksa tapi percayalah
.. abang sentiasa cinta dan sayang pada Qai seorang ‘ Haikal menghampiri dan
menggenggam tangan Qaisara dengan erat .
Air mata Qaisara mengalir jatuh membasahi pipi . Sepatutnya
ketika dia tengah mengandung dia dimanja oleh suaminya tetapi sebaliknya yang
berlaku . ‘ Ujian apa yang kau beri ini Ya Allah , aku tidak kuat ‘ rintih hati
Qaisara . ‘ Dia lebih sanggup tinggalkan
aku daripada tinggalkan bekas kekasihnya , aku tak kuat . Allahu ‘ rintihnya
lagi .
‘ Tapi kenapa sekarang ? ‘
Qai tahukan , Thira takdapat hidup dengan lebih lama lagi
didunia ini . Abang nak sentiasa disisi dia sehingga saat saat terakhir dia .
Sayang faham kan ? ‘
Qaisara menggelengkan kepalanya . Dia cuba memahami , tetapi
dia tidak mampu nak mengakui semua itu . ‘ Ya Allah , hebatnya ujianmu . Ku sangkakan
bahagia milikku , rupa kini ku sedar ia sekadar pinjaman darimu ‘
‘ Mulai sekarang abang akan keluar dari rumah ini . Sayang
boleh terus tinggal disini . ‘
Setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Haikal bagai
belati yang menikam lubuk hati Qaisara . Qai hanya terdiam namun dia sedar yang
dia perlu kuat .
‘ Biar Qai yang keluar dari rumah ini ‘ tegas Qaisara .
‘ Tapi sayang nak pergi mana ? ‘
‘ Qai nak pergi minta tolong Irfan ‘ umpan Qaisara cuba
membuat Haikal cemburu . Tapi sebaliknya yang berlaku .
‘ Kalau dengan Irfan , abang takda lah risau sangat ‘ .
Qaisara terpanar dengan kata kata Haikal .
*********************************
Hon dibunyikan sebaik Irfan sampai dihadapan kediaman mereka
. Qaisara meluru masuk ke dalam perut kereta Irfan . Dia sudah malas nak
mengenangkan rumah yang banyak melakarkan kenangan manis mereka . Irfan dan
Haikal masih berbual bual . Qaisara tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu apa
yang sedang dibualkan oleh mereka . Hatinya hancur . Dia sedar dia masih isteri
Haikal namun dia hanya ingin minta tolong Irfan menghantarnya ke rumah arwah
ibubapanya . Dia tidak kuat nak berhadapan terus terusan dengan Haikal . Tidak
lama kemudian , kereta Irfan meluncur laju meninggalkan kenangan indah Qaisara
dan Haikal . Qaisara masih cuba untuk tidak menangis lagi .
‘ Qai , menangis lah . Menangis lah sepuas puasnya hari ni .
Jangan ada air mata selepas hari ini . Biarlah hari ini menjadi hari terakhir
awak menangis ‘ ujar Irfan lembut .
Sebaik mendengar kata kata Irfan , Qaisara menjadi sebak
serta merta . Air matanya menjadi laju dan deras turun . Qaisara melepaskan
semahu mahunya . Dia menangis sepuas puasnya . Tidak ada lagi perasaan malu
pada Irfan dan benar kata Irfan .’ Biarlah hari ini menjadi hari terakhir aku
menangis ‘ ujar hati Qaisara .
Bersambung ....
p/s : Thanks kepada yang tegur pasal nama yang tersilap . Maaf :)