home


5 Jan 2015

Cerpen : ANDAI TERTULIS part3 ( FINAL)

‘ Abanggg ‘ panggil Qaisara cuba manja . Lantas diletakkan kepalanya dia atas riba Haikal yang sedang menonton televisyen malam itu . Haikal ‘ junior’ sudah lama tertidur akibat keletihan bergaduh dengan papanya yang kaki sakat . Haikal kelihatan fokus melayan cerita hantu yang di siarkan di televisyen sementara Qaisara mengambil kesempatan untuk menilik wajah suaminya . Entah kenapa hatinya begitu sayu sekali apabila melihat Haikal pada malam itu . Tambahan pula , dua tiga harini Haikal asyik mengadu batuk dan sakit kepala . Apabila diajak ke hospital asyik menolak aja . Pening kepala Qaisara nak pujuknya .

‘  Abang hensem sangat ke malam ni , sayang ? ‘ tanya Haikal sambil tersengeh bila perasan yang isterinya asyik menilik wajahnya dari tadi .

Tersentak Qaisara . ‘ Eh ? Hahahah , boleh la boleh la . Lepas tekak jugakla ‘ jawab Qaisara selamba .
‘ Apa ? Ish nak kena dia ni ‘  Pantas Qaisara melarikan diri . Haikal pula bangun untuk kejar Qaisara . Malam itu , sepertinya malam untuk mereka berdua saja . Ah lantaklah jiran nak marah ke apa . Setelah beberapa minit aksi kejar mengejar dan geletek menggeletek , akhirnya mereka berbaring kepenatan dia atas sofa ruang tamu itu .

‘ Sayang , kalau tuhan izinkan abang pergi dulu , sayang doa banyak banyak kat abang tau ‘ Haikal bergurau spontan . Tersentak Qaisara , tiba tiba hatinya tidak tenteram memikirkan kata kata Haikal ketika itu .

‘ Mestilah , Qai sayang abang banyak banyak tau ‘ balas Qaisara cuba bergurau padahal hatinya seperti mahu terlompat keluar waktu itu .

Malam itu , seperti malam yang istimewa buat Qaisara dan Haikal . ‘Sesi meluahkan perasaan ‘ mereka berakhir pada jam 3 pagi .

**********************************

Qaisara tersedar daripada tidurnya apabila bunyi jam loceng yang membingitkan lantas mengejutkan Haikal ‘junior’ yang sedar nyenyak dibuai mimpi indah berbunga bunga sambil menghirup udara bilik yang segar *ops over , maap* . Hanya suaminya sahaja masih nyenyak tidur .

‘ Ya Allah , tidur mati betul lah ‘ bebel Qaisara apabila melihat Haikal masih enak dibuai mimpi .

‘ Abanggg oh abang , bangun subuh dahni ‘ lembut Qaisara mengejutkan Haikal sambil memujuk Haikal junior yang menangis . Namun tiada reaksi daripada Haikal . Kaku .

‘ Abang ? Bangunlahhhhhhhhhh , nanti taksempat solat subuh ‘ kejut Qaisara lagi 

Seminit , tiada reaksi .

Dua minit , kaku membatu .

Tiga minit , diam membisu .

‘ Abang ? ‘ panggil Qaisara lagi . Hatinya mula tidak sedap . Dipegangnya dahi Haikal .

Sejuk .

Semakin mendebar debar Qaisara . Spontan tangannya memeriksa nadi suaminya .

Tiada .

Beralih pula ke dada Haikal . Untuk memeriksa jantungnya . Qaisara cuba tahan air matanya yang hampir pecah di tubir mata .

Senyap .

‘ Abang , jangan main main dengan Qai boleh tak ? Nanti Qai taknak kawan dengan abang . ‘ cuba Qai lagi . Dia masih mahu sedapkan hatinya .

‘ Haikal , tengok papa ni Haikal . Suka main main macamni ‘ Qai beralih kepada Haikal yang berada di riba nya . Tiba tiba Haikal junior bangun dan melentokkan kepalanya diatas dada papanya dan menepuk nepuk perut papanya perlahan . Sebak hati Qaisara . Lantas dia menangis sambil memeluk Haikal .

*******************************

Selesai sahaja majlis pengebumian Haikal , Qaisara masih ditikar yang dihampar hadapan kubur Haikal Rusyaidi . Mentua Qaisara sudah lama pulang ke rumah mereka , namun Qaisara sahaja yang masih mahu ‘ menemani ‘ Haikal . Dia masih kaget dengan segala yang berlaku . Qaisara kini sudah bergelar ibu tunggal . Qaisara terusan berfikir bagaimana dia nak hadapi semuanya seorang diri pada saat anaknya baru berumur 8 bulan . Ya , Haikal hanya sempat bersama sama dengan anaknya selama lapan bulan sahaja . Tidak lama kemudian , Qaisara pulang ke rumah yang banyak melakarkan kenangan indah Haikal dan dia .

Setahun kemudian ,

Bip ! bip !

Mesej yang diterima daripada Irfan .

‘ Salam , Qai boleh awak datang ke rumah saya sekarang tak ? Saya ada hal nak bincang ni . Penting ‘ – irfan

‘ wslm . Baiklah ‘ – ringkas Qaisara membalas .

Sejak kematian suaminya , Haikal Rusyaidi . Irfan seakan akan menggalas tanggungjawab segala tanggungjawab suaminya . Setiap hujung minggu , Irfan pasti memaksa Qaisara dan Haikal untuk datang ke rumahnya . Tujuan nya untuk melepaskan kerinduannya terhadap Haikal . Anak angkat kesayangan lah katakan . Kenapa perjumpaan mereka di rumah Irfan ? Kata Irfan , dia tidak mahu keluar dengan Qaisara di luar . Mendatangkan fitnah . Jadi , Qaisara mesti memandu untuk ke rumah  Irfan yang tinggal bersama ibu dan ayahnya .

*************************************

‘ Abang..... ‘ ujar Qaisara perlahan . Air matanya turun semakin deras membasahi tudungnya sesudah membaca surat yang ditinggalkan oleh suaminya  kepada Irfan . Kata Irfan , Haikal amanahkan dia memberikan surat itu setelah setahun genap kematiannya .

Harini genap usia Haikal setahun lapan bulan dan harini juga genap setahun Haikal pergi meninggalkan dunia . Kenapa arwah Haikal nak sangat pangkal depan nama anak kami? Katanya , supaya aku tidak akan melupakannya seumur hidup aku . Kejamkan ? Sebab aku memang sangat merindui dia bila menyebut nama anak kami . Bila Irfan dan mentua aku menyebut nama Haikal , jantungku seakan akan berdegup 170km/s. Aku terasa seperti dia sentiasa ada di sisi aku walaupun panggilan mereka itu sebenarnya untuk anakku . Irfan juga semakin rapat dengan keluargaku selepas kematian Haikal . Haikal Al Amin ? Kata Haikal , dia nak dekat kan anak kami dengan seseorangkan . Ya terbukti sekarang Haikal dan Irfan sangat rapat . Mungkin sebab akhir nama mereka sama iaitu Haikal Al Amin dan Irfan Al Amin dan mungkin juga anak aku tagihkan kasih sayang seorang bapa . Aku tidak pasti . Tapi aku sendiri kasihan melihat anakku membesar tanpa kasih sayang seorang bapa ....... ‘  luah Qaisara dalam diarinya sambil mengalirkan air matanya . Pantas ditutupnya diari yang menyimpan seribu satu perasaannya . Qaisara menoleh ke arah Haikal yang sedang seronok bermain dengan mainannya . Sayu hatinya . Tiba tiba ,

Kring ! kring !

Telefon Qaisara berdering minta diangkat . 

Irfan .

‘ Hello Assalamualaikum Qai , Haikal apa khabar ? ‘ tanya irfan . Berkerut dahi Qai pelik . Padahal baru saja pagi tadi mereka bertemu .

‘ Waalaikumussalam Irfan .. Awak kenapa ni ? Tadi baru je jumpa kan ? ‘

‘ Em , Qai awak nak tak saya jadi papa Haikal ? ‘ tanya Irfan spontan .

‘ Yalah , memang selamani Haikal panggil awak papa kan ? ‘ jawab Qai bendul .

‘ Tak maksud saya , awak nak tak kawin dengan saya dan izinkan saya jadi papa kepada Haikal ? ‘ jelas Irfan .

***************************************

‘ Abang , Irfan dah selamat jadi suami Qai. Abang mesti gembira kan dengar tentang hal ini ? Sebab itu yang abang nak sebelum abang pergi dari hidup Qai selama lamanya , kan ? Tapi Qai takut abang , Qai takut takdapat nak sayang Irfan macam mana Qai sayang abang . Sayang Qai pada abang masih utuh . Qai taknak buang abang dari hati Qai . Qai nak abang ada dalam hati Qai selama lamanya ‘ Qai menangis di tepi kubur arwah suaminya . Sungguh dia sangat rindukan Haikal .

‘ Abang , nanti Qai datang lagi dengan Haikal dan Irfan ya? Kami sayang dan rindukan abang . Tak pernah berubah ‘ luah Qaisara lagi sambil mengucup batu nisan sebelum beredar kereta suaminya kini , Irfan . Sengaja dia menyuruh Irfan dan Haikal menunggunya di dalam kereta dahulu . Dia ingin menjaga hati Irfan . Risau andai luahan nya tadi bisa mengguriskan perasaan Irfan.

**************************************

‘ Mama , dalam perut mama ada adik eh ? ‘ tanya Haikal yang kini berusia 5tahun sambil mengelus lembut perut Qaisara .

‘ Ya sayang , mulai sekarang mama dah kena panggil Haikal abang tau ‘ jawab Qaisara lembut apabila tangan kecil itu mengusap berutnya yang memboyot . Kemudian , Haikal beredar untuk sambung bermain . Irfan pula sedang membaca surat khabar di meja makan . Tiba tiba ..

‘ Abanggggggggggggg ‘ panggil Qaisara separuh menjerit .

‘ Ya ! ‘ terdengar suara kecil dan suara besar menjawab serentak .

‘ Papa , mama panggil Haikal lah ‘

‘ Mama panggil papa lah ‘ Haikal dan Irfan mula bertekak . Pening kepala Qaisara .

‘ Ya , mama panggil dua dua lah . Abang dan abang  , mama rasa baby ni dah nak keluar join korang ‘ jelas Qaisara sambil menunjukkan air ketubannya yang telah pecah .

‘ Ha ?’ kelam kabut Haikal dan Irfan . Haikal yang sudah berlari mengambil beg baju Qaisara manakala Irfan pula sedang menolong Qaisara bangun . Dalam debaran , Qaisara sempat terseyum ‘ Andai tertulis inilah kebahagiaanku , semoga ia akan kekal milikku sehingga akhir hayatku . Amin ‘ getus hati Qaisara .

TAMMMMMMMMMMMMMM MMMMMMMMMMAT ! 

p/s : Kalau banyak suruh sambung episod Qai dengan Irfan , in shaa Allah akan disambung :P

4 Jan 2015

Cerpen : ANDAI TERTULIS part2

Ya Allah Ya Tuhanku , Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui . Andai ini sudah tertulis aku redha dengan ketentuan Mu . Sesungguhnya aku hanya hambaMu yang hina , tidak layak untuk aku menyangkal takdirMu . Aku juga yakin yang Engkau telah rancangkan sesuatu yang terbaik untukku .
Ya Allah Ya Tuhanku , tiada kesusahan kecuali yang Engkau menjadikannya . Engaku yang menjadikan kesusahan itu mudah apabila Engkau mengkehendakinya . Amin Ya Rabbal Alamin .‘ doa Qaisara selepas solat . Laju air matanya mengalir . Pantas dia menyeka menggunakan hujung baju . ‘ Aku kuat ! ‘ bisik Qaisara sendiri . Tiba – tiba dia terdegar bunyi sesuatu . Bunyinya seperti pintu rumahnya dikuak . Qaisara cemas kerana hanya dia yang tinggal di rumah arwah ibu bapanya itu . Qaisara lantas naik ke atas katil dan menyelimut seluruh tubuhnya . Dia amat takut ketika itu . Tiba tiba dia rasa ada tangan yang memeluk pinggangnya . Qaisara meronta ronta minta dilepaskan .

‘ Qai , sabar sabar . Ni abang lah . Jangan takut sayang ‘ jelas Haikal memujuk Qaisara yang sudah menggeletar ketakutan . Dengar sahaja suara suaminya , Qaisara lantas menoleh dan memeluk suaminya . Dia melepaskan tangisan semahu mahunya dia dada Haikal . Sungguh dia tak tahan untuk menanggung peritnya ketika itu .

‘ Abang rindukan Qai sangat sangat sayang ‘ luah Haikal

‘ Jangan tinggalkan Qai lagi ‘

Haikal mendiamkan diri . Qaisara cuba hendak menjernihkan hubungan mereka semula .Lantas dia menarik tangan Haikal ke arah perut nya .

‘ Abang tak sayang kan kami lagi ke ? ’

‘ Qai , abang sayang sangat . Tapi ... ‘

Tok ! Tok ! Tok !

Lantas Qai bergegas ke ruang tamu untuk membuka pintu . Pintu dikuak . Muncul seorang wanita dihadapan pintu . Qaisara terkejut . Dia mencari mata Haikal untuk meminta penjelasan . Tetapi sebaliknya berlaku . Haikal hanya memilih untuk mendiamkan diri lantas menimbulkan kemarahan Qaisara .

‘ Abang buat apa bawak dia ni ? ‘ tanya Qaisara sedikit lantang sambil menunjukkan ke arah Thira .

Haikal hanya diam membatu . ‘ Oh bahagianya korang , tinggal 5 minit pun dah tercari cari ‘ sindir Qaisara . Dia yang dulunya seorang yang lemah lembut kini sudah bertukar . Lantas Qaisara keluar dari rumah arwah ibubapanya itu . Malas hendak memikirkan bala yang datang . Haikal lantas mengejar isterinya .

‘ Qai , dengar dulu penjelasan abang ‘ ucap Haikal sambil berusaha memeluk Qaisara . Qaisara lantas menolak Haikal kuat . Haikal lalu jatuh dan tak sedarkan diri .

‘ Haikal ! ‘ jerit Thira kuat apabila melihat tubuh longlai Haikal di atas jalan .

**************************************

‘ Kanser otak ?! ‘ ucap Qaisara separuh menjerit . Lemah tubuhnya mendengar berita itu .

‘ Doktor , ini mesti silap . Ini bukan laporan kesihatan suami saya . Doktor mesti silap ! ‘ kalut Qaisara menafikan tentang berita penyakit suaminya .

‘ Ya puan , saya tak mungkin silap . Betul puan , suami puan menghidapi kanser otak ‘ ujar doktor itu lagi .

‘ Irfan , awak tengok lah doktor ni , dia cakap Haikal kena kanser otak . Dia tipu saya awak . ‘ kata Qaisara kepada Irfan yang berada di sebelahnya .

‘ Qai , jangan macamni .. tak elok lah . Jom keluar ‘ pujuk Irfan lembut . Kasihan dia melihat isteri sahabatnya itu. ‘ Thanks doktor , kami keluar dulu ya ‘ ujarnya lagi .

Mereka keluar dan menuju ke bilik yang menempatkan Haikal . Qaisara perasan kelibat Thira yang sedang duduk di kerusi di luar bilik Haikal .

‘ Qai , Thira minta maaf . Thira cuma datang nak jenguk keadaan Haikal masa kat rumah Qai tadi ‘ jelas Thira lantas memeluk Qaisara .

‘ Sebenarnya bukan Thira kan yang sakit , Haikal yang sakit sebenarnya kan ? ‘ balas Qaisara apabila pelukan direngangkan .

Lantas Thira mengangguk . Tak lama kemudian ada air yang mengalir di pipinya .

‘ Qai , maafkan Thira ya . Haikal rayu untuk Thira berlakon bersama dengannya . Dia taknak Qai terluka apabila tahu yang dia menghidap penyakit merbahaya ‘

‘Qai faham , takpa . Terima kasih sebab jaga Haikal selama ni ‘ ujar Qaisara walaupun dia terluka dengan tindakan Haikal yang lebih percayakan perempuan lain berbanding isterinya sendiri . Namun , Qaisara cuba positif ‘ Mungkin abang ada alasannya sendiri .. ‘

‘ Qai , Thira balik dulu ya . Nanti Thira datang melawat Haikal lagi . Sekali lagi Thira minta maaf , tapi percayalah setiap saat dia rindukan Qai . Ya memang Thira mengaku Thira masih sayangkan Haikal tapi hati dia hanya untuk awak seorang , Qai . Percayalah . Takpa , Thira pergi dulu ya ‘ Thira bangun lalu tinggalkan bilik ini .

***************************************

‘ Qai , saya pergi dulu ya . Kalau ada apa apa , bagitahu ye ‘ ujar Irfan . Kebetulan Irfan bertugas sebagai doktor di hospital itu , bergegas ke wad yang menempatkan Haikal apabila mendapat panggilan telefon daripada Qaisara . Qaisara hanya mengangguk . Dia tidak boleh berfikir sekarang ni . Dia masih terkejut dengan semua benda yang terjadi sekarang ni . Tidak lama kemudian , Qaisara dengar pintu bilik itu ditutup . Sekarang yang tinggal dalam bilik itu hanya Qaisara dan Haikal yang masih tidak sedarkan diri .

‘ Kenapa takbagitahu Qai abang ? ‘ bisik Qaisara perlahan di telinga Haikal lantas dia mengucup tangan Haikal lama . Ada air jernih yang mengalir di pipinya . Tidak lama kemudian  dia tertidur di sisi Haikal .

Entah bila dia tertidur , dia tidak pasti . Bila Qaisara sedar , tangannya sudah digenggam erat  oleh Haikal . Haikal hanya tersenyum memandang Qaisara .

‘ Mari sini , tidur sebelah abang ‘ ajak Haikal sambil menggerakkan sedikit tubuhnya .

Lantas Qaisara bangun dari kerusi dan berbaring di atas katil yang sempit itu bersama Haikal .Qaisara terus memeluk Haikal erat . Dia menangis semahu mahunya dalam dakapan Haikal . Sungguh dia rindu dakapan hangat suaminya .

‘ Shhhhhh , sudah sayang . Abang tak apa apa lah ‘ pujuk Haikal lantas mengelap air mata dipipi Qaisara .

‘ Tapi kenapa abang rahsiakan tentang penyakit abang , apa Qai sudah takpenting bagi abang ? ‘ soal Qaisara . Sungguh perasaan ingin tahunya membuak buak ketika itu .

‘ Penting sayang . Penting sangat . Abang cuma taknak sayang abang ni , dan anak papa sedih . Abang taksanggup .. ‘ jawab Haikal sambil memegang kedua belah pipi Qaisara lantas mengusap perut Qaisara yang semakin memboyot itu . Tidak lama kemudian dia mencium perut Qaisara ‘ Papa mintak maaf ya sayang , papa takjaga mama dengan baik . Nanti kalau papa dah takda , sayang jaga mama okay ‘ ucap Haikal perlahan .

Pilu hati Qaisara mendengar kata kata Haikal ketika itu . ‘ Apa abang ni , sudah jangan mengarut . Abang takkan pergi mana mana , abang dan Qai akan sama sama besarkan anak kita . Ingat tu ‘ tegas Qaisara . Sungguh dia tidak suka . Tanpa melengahkan masa , Qaisara mengeluarkan cadangan .

‘Abang buat kemoterapi ya ? ‘

‘ Sakit sayang . Abang taksanggup ‘ rangkulan dipinggang Qaisara mulai longgar . Sungguh dia tidak sanggup menghadapi kesakitan rawatan kemoterapi .

‘ Boleh la abang , demi Qai dan .... anak kita. Kami masih perlukan abang ‘ pujuk Qaisara lagi

*************************************

‘ Uwekkk ‘ Pantas Qaisara ke bilik air . Kini Haikal sedang berada dalam keadaan yang tidak menentu akibat kaedah kemoterapi yang paling menyakitkan . Perlahan dia mengusap belakang Haikal . Terbit rasa kasihan atas penderitaan suaminya .

‘ Pergi ! Aku boleh uruskan diri aku sendiri ! ‘ tengking Haikal . Tersentak Qaisara mendengar suara Haikal . Selama ini Haikal tidak pernah meninggikan suaranya terhadap Qaisara . Seketika itu , Haikal sudah terbatuk batuk .

‘ Pergi ! Pergi ! Aku cakap pergi !  ‘ tengkingnya lagi . Air mata mulai bertakung di tubir mata Qaisara . Sungguh dia perit melihat keadaan Haikal ketika itu . Tambah peritnya apabila Haikal tidak mahu berkongsi langsung penderitaannya dengan dia . Lantas Qaisara mengundurkan diri . Tidak lama kemudian dengar esakkan kecil daripada Qaisara .

‘ Sayang ‘ perlahan Haikal keluar dari bilik air .

‘ Maafkan abang ya . Abang tak sengaja , abang cuba tahan kesakitan ni tapi abang takmampu ‘ jelas Haikal lantas merangkul pinggang Qaisara .

Qaisara cuma menganggukkan kepalanya sambil teresak esak . Sungguh hiba dia mendengar pengakuan suaminya . Terbit rasa kasihannya .

***************************************

Tok! Tok ! Tok !

Bergegas Qaisara ke pintu depan rumah mereka . Pintu dikuak .

‘ Eh awak rupanya ‘ ujar Qaisara selepas Irfan muncul di depan pintu rumah mereka .
‘ Yalah , Assalamualaikum , Haikal macam mana sihat ? ‘

‘ Waalaikumussalam , ya jemputlah masuk ‘ jawab Qaisara lalu menjemput Irfan masuk kedalam rumah mereka . Tiba tiba Haikal muncul di sebelah Qaisara .

‘ Eh kau , jemput lah masuk . Sayang malamni Irfan makan malam disini boleh tak ? Ada hal nak bincang ‘ pinta Haikal . Irfan hanya tersenyum .

‘ Bincang hal apa abang ? ‘ soal Qaisara bendul .

‘ Ada lah . Hal laki laki , awak takboleh tahu hehe ‘ jawab Haikal cuba bergurau .

‘ Yelahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh ‘ jawab Qaisara panjang . Malas nak bertekak dengan Haikal walaupun hatinya melonjak lonjak ingin tahu . Nak ditanya takut dituduh busybody hal laki laki pulak .

**************************************

Kini usia kandungan Qaisara sudah 9bulan . Seronok betul apabila keadaannya sarat , dia hanya duduk goyang kaki . Kata Haikal , dia tidak boleh buat apa apa . Semuanya akan diuruskan oleh Haikal . Qaisara apa lagi tersengih sampai ke telinga lah .

‘ Sayanggggggg ! Makanan dah siap ‘ panggil Haikal . Alhamdulillah , keadaan Haikal kini semakin baik . Namun , Qaisara harus bersedia dengan segala kemungkinan .

‘ Ya , kejap . Waaaa sedapnya bauuuuuuu ‘ balas Qaisara teruja lantas dia menuju ke meja makan .

‘ Mestilah , everythings for you , madam and you .. sir ‘ gurau Haikal lalu mengusap perut Qaisara yang memboyot . Qaisara menolak tangan Haikal , sudah tidak sabar nak makan . Tiba – tiba ..
‘ Abang , air apa ni ? Abang ada bagi tumpah air ke ? ‘

‘ Mana ? Mari abang tengok ‘ jawab Haikal lantas tunduk untuk melihat air di bawah meja .

‘ Sayang ! ‘ jerit Haikal tiba tiba . Pucat lesi mukanya .

‘ kenapa abang ? ‘

‘ Ni air ketuban sayang lah ! ‘

‘ Haaa ?! ‘ Qaisara mulai panik .

‘ Jom cepat pegi hospital . Sayang boleh jalan tak ni ? ‘ kelang kabut Haikal menolong Qaisara berdiri .

‘ Abang ... Qai tak tahu nak buat apa ‘ ujar Qaisara panik .

‘ Kita pergi hospitallah . Dah jom ‘

***********************************

‘ Terima kasih sayang sebab dah lahirkan anak kita yang comel macam abang ni ‘ ucap Haikal lantas mencium dahi Qaisara lama . ‘ Hesh perasan betullah ‘ gumam hati Qaisara lantas menjelirkan lidah kepada Haikal .

‘ Abang dah ada nama untuk baby ka ? ‘ tanya Qaisara

‘ Ya dah ada , abang pilih nama ni untuk eratkan hubungan baby dengan seseorang ... ‘ jawab Haikal . Pening Qaisara nak mencerna maksud di sebalik kata kata Haikal . Mentua Qaisara hanya tersenyum melihat gelagat mereka berdua.

‘ Alah , cepat lah bagitahu ‘

‘ Sabar , ada lagi takdatang ‘ Geram Qaisara . Entah siapa yang ditunggunya . Tiba tiba pintu dikuak bilik yang menempatkan Qaisara dikuak perlahan .

‘ Assalamualaikum ‘ ucap Irfan lantas tersenyum .

‘ Waalaikumussalam , okay semua dah cukup ‘ Pelik Qaisara dengan tingkah laku Haikal . Kenapa mesti tunggu Irfan padahal Irfan bukan keluarga mereka . Kawan baik sahaja  pun .

‘ Okay , dengan rasminya saya mengisytiharkan nama anak saya , Haikal dan istei saya , Qaisara ialah Muhammad Haikal Al Amin Bin Muhammad Haikal Rusyaidi . Tepuk tepuk ! ‘ ujar Haikal cuba membuat lawak .

‘ Tapi kenapa kena ada pangkal Haikal ? ‘ tanya Qaisara pelik

‘ Adalah ... rahsia ‘ jawab Haikal selamba .

‘ Alahhhh , nak tahu jugak ‘ jawapan Haikal tadi membuat Qaisara tidak tenteram .

Bersambung.....


2 Jan 2015

Cerpen : ANDAI TERTULIS part1


Kedebukkk !

‘ Aduh macamana boleh taknampak ada batu kat sini pulak , bikin malu saja ‘ bisik hati Qaisara Farisya . Mahunya tidak malu , jatuhnya tersembam ditepi pantai . Hairannya macammana boleh ada batu sebesar bata ditepi pantai yang lapang ni . Tiba – tiba ada seseorang menegurnya .

‘ Awak tak apa apa ke ? ‘ tanya pemuda itu . Lantas Qaisara mendongak untuk melihat makhluk Allah dihadapannya .

‘ Eh siapa pulak mamat nih ? Mana pulak abang nih ? ‘ bisik hatinya lagi sambil mencari kelibat suaminya , Haikal Rusyaidi  tiba tiba ..

Kedebuk !

‘ Aduhhhh ! ‘ Qaisara yang sudah separuh menjerit .

‘ Eh  kenapa ni sayang ? ‘ tanya Haikal kalut sambil memisat – misat matanya .

Geram Qaisara mendengar soalan suaminya ketika itu . Manakan tidak , masuk 5 bulan usia pernikahan mereka , sudah lima kali dia ditendang jatuh katil siapa lagi kalau bukan angkara suaminya .  Pantas dia menjeling suaminya . ‘ Ish geramnya ! ‘ getus hati Qaisara menahan kegeraman .

‘ Sory lah sayang , nak buat macam mana . Hobi .. ‘ pujuk Haikal tersengih kerang busuk . Kerang pun tak sebusuk sengihannya ketika itu .

************************************

‘ Sayang , jom jogging kat pantai ? ‘ pinta Haikal . Berkerut Qaisara mendengar permintaan suaminya , lantas di menilik jam di dinding . ‘ Baru pukul 7.30 pagi tapi ape ke pelik jogging kat pantai nih ? ‘ bingung dia memikirkan permintaan suaminya yang dianggap aneh itu .

‘ Takpayah nk berkerut sangat lah muka tu sayang , teruk benau saye nengoknye ‘ gurau Haikal .

‘ Yelahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh , jom ‘ panjang Qaisara menjawab . Malas bertekak dengan suaminya yang kaki sakat itu . Kalau dilayan , sampai ke sudah tidak habis . Pantas dia bangun untuk menukar pakaiannya . Qaisara memilih untuk memakai t shirt berlengan panjang , seluar track dan tudung bawal bidang 60 . ‘ Jom , dah siap ‘ ajak Qaisara apabila melihat Haikal sedang membaca berita semasa  melalui telefon bimbitnya .

************************************

‘ Abanggggggggggggggggggg ! ‘ jerit Qaisara apabila melihat Haikal berlari jauh dihadapannya sambil ketawa. Nasib sahaja hanya mereka sahaja pada pagi itu . 

‘ Cepat lah sayang , awak ni lambat lah . Banyak sangat lemak awak tu ‘ jerit Haikal mengejek isterinya .

‘ ish , dia ni .. suka tau buat aku macamni ‘ bebel Qaisara sendirian lantas mengejar suaminya . Aktiviti mereka pada pagi itu lebih kepada aksi kejar mengejar dan yang pastinya Qaisaralah yang jadi mangsa buli suaminya . Dalam tercungap cungap Qaisara mengejar Haikal yang jauh dihadapannya tiba tiba ..

Kedebukkkk !

‘ Aduhhh , sakitnya . Mau patah riuk aku ‘ omel Qaisara menahan kesakitan . Tiba tiba dia mendengar seseorang bertanya

‘ Cik tak apa apa ke ? ‘ . Lantas Qaisara mendongak melihat gerangan suara tersebut . ‘ Aduh , malu ah , macam mana pulak boleh ada orang nih ? Abangg , cepat la datang selamatkan Qai ‘  getus hatinya . Hendak menjerit panggil suaminya , suaranya pula seakan akan tersekat di kerongkong . Tiba tiba dia mendengar satu lagi suara yang cukup dikenalinya .

‘ Sayanggggggggggggg , sayang okay ke ? ‘ kalut Haikal tanya sambil bantu isterinya bangun . Terkejut beruk dia apabila menoleh kebelakang rupa rupanya isterinya sudah termeniarap di atas pasir . Dengan pantas dia berlari ke arah isterinya apabila dia perasan ada kelibat seseorang di tepi Qaisara .

‘ Eh Haikal ? ‘ tanya pemuda tersebut setelah diam beberapa minit . Dengan pantas dia menoleh . Seraya itu , ‘ Eh kauuuuu , Irfan . Irfan Al Amin . Ya Allah , lamanya takjumpe ..’ Haikal menghulur tangannya untuk bersalaman . Irfan Al Amin , teman sebiliknya ketika di universiti .

‘ Haha , lama betul tak jumpe kan , kau apa khabar ? Ni isteri kau ? tanya Irfan tersenyum melihat Qaisara .

‘ Alhamdulillah , baik . Ya , kenalkan Qaisara Farisya . Isteri aku ‘ jawab Haikal sambil memperkenalkan isterinya . Qai hanya mengangguk dan tersenyum .

************************************

‘ Irfan ? Kenapa aku macam biasa ja tengok dia ha ? gumam Qaisara sendirian setelah kejadian pagi tadi di pantai berhampiran rumah mereka. Berkerut kerut dia mimikirkan di mana dia pernah berjumpa dengan Irfan , sahabat suaminya.

Ting !  * seperti ada mentol menyala di tepi kepala Qaisara *

‘ Ha ! Aku dah ingat , dia lah mamat dalam mimpi aku minggu lepas . Mimpi tu sama dengan kejadian pagi tadi . Pertunjuk apa ni Ya Allah ? ‘ getus hati Qaisara .

‘ Ah mainan tidur saja .... ‘ getusnya lagi malas hendak fikir . Tidak lama kemudian Qaisara terlelap di atas sofa ruang tamu mereka .

************************************

Sebulan kemudian 
.
‘ Tahniah En Haikal , isteri encik positif pregnant . Dah 3weeks . Mulai sekarang jangan bagi dia buat kerja berat berat ok  ‘ nasihat doktor Aqila sambil tersenyum .

‘ Alhamdulillah syukur ke hadrat Mu Ya Allah ‘ ucap Haikal perlahan lantas mencium tangan Qaisara yang sudah menitiskan air mata .

‘ Sayang , awak ok tak kalau kita pergi shopping baju baby ? ‘ tanya Haikal teruja ketika mereka keluar dari klinik sakit puan itu .

‘ Ya Allah abang , baru 3weeks . Haha excited eh ? ‘ gurau Qaisara manja . Senyuman di wajah suaminya jelas menunjukkan kegembiraannya menerima berita tadi . ‘ Yelah , jom kita shopping ! ‘ jawab Qaisara lagi separuh menjerit . Tidak sampai hati pulak nak menolak ajakan suaminya ketika itu . Orang dah mood happy kann ..

************************************

‘ Eh irfan ! Assalamualaikum ‘ tegur Haikal apabila melihat kelibat sahabatnya yang sedang berjalan sendirian .

‘ Ya Allah , Haikal . Waalaikumussalam . Shopping ke ? ‘ jawab Irfan seraya bertanya apabila dia melihat Haikal dan Qaisara memegang beg kertas .

‘ Haah , alhamdulillah . Baju baby , hehe ‘ Jawab Haikal lagi . Qaisara yang disebelah hanya tersenyum . Rona wajahnya dah bertukar kemerahan . ‘ Ish abang ni , slumber je . Awal lagi la abang oi ‘ gumam Qaisara sendirian .

‘ Ya ? Alhamdulillah syukur . Taklama lagi dapat anak buah la aku ‘ ujar Irfan teruja . Gembira dia melihat sahabat nya bahagia . Timbul rasa teringinnya untuk berumah tangga . ‘ Aku jugak lah yang still single and available ‘ ujar Irfan lagi lantas meledak ketawa Haikal .

‘ Haha  , kau tu yang jual mahal . haha nanti sampai lah jodoh kau ipan oi ‘ gurau Haikal
Perbualan mereka berlanjutan sehingga ke restoran untuk makan tengah hari . Kata Haikal , dia nak raikan kegembiraan ni dengan sahabat lamanya .

Sejak peristiwa itu , hubungan persahabatan Haikal dan Qaisara dengan Irfan kian akrab . Mereka sering keluar bersama sama . Qaisara juga tidak kisah sebab Irfan ni seorang yang lawak . Sama takbetul dengan suaminya , Haikal . Kalau boleh menyakat sampai tak ingat dunia . Disebabkan Irfan ni single , dia sering bertandang ke rumah Haikal . Bosan agaknya , yalah tak ada buah hati kan . Kadang – kadang , kalau free mereka akan keluar tonton movie bersama . Seperti budak baru habis SPM pula apabila melihat gelagat mereka bertiga .

**************************************

Tok ! tok ! tok !

‘ Siapa pulak datang pagi pagi nih ? Takkan abang tertinggal barang kot ? Hairan Qaisara apabila pintu rumahnya diketuk . Haikal pula dah lama pergi kerja . Pintu dikuak perlahan .

 ‘Assalamualaikum , ini Puan Qaisara Farisya ? Saya Syaza Athira , ex girlfriend Haikal , suami awak ‘ ujar wanita tersebut setelah pintu dikuak .

‘ Waalaikumussalam .. ‘ jawab Qaisara lantas terdiam . Kaget dia dengan tetamu yang takdiundang ini .

‘Sebelum itu , boleh saya masuk ? Saya ada hal penting nak bincang dengan awak . Berkaitan dengan Haikal ‘ pintanya lagi .

‘ Masuklah ‘ jemput Qaisara ikhlas tak ikhlas . Berdebar juga hatinya bila nama Haikal disebut tadi . Namun Qaisara cuma beriak biasa cuba lindungi debarannya.

‘ Thanks ‘

‘ Ada apa apa yang boleh bantu ? ‘

‘ Saya nak berbincang tentang Haikal ‘ ujarnya tenang .

‘ Kenapa dengan Haikal ? ‘ hati Qaisara macam hendak terlompat keluar namun dia cuba berlagak setenang mungkin .

‘ Saya nak awak tinggalkan Haikal ‘

‘ Awak dah hilang akal ke ? Dia suami saya ! ‘

‘ Lepas dia tinggalkan awak , dia akan jadi suami saya , bukan suami awak lagi .’

Qaisara mula naik angin . ‘ senang senang je suruh aku tinggalkan Haikal . Gila agaknya perempuan ni . Manalah Haikal kutip dia ni dulu . Huh ‘ bebel hatinya sendiri menahan kegeraman .

‘Awak tolong saya Qaisara , saya dah tak banyak masa lagi didunia ini . Berikan saya kesempatan yang terakhir ini untuk menjadi isteri kepada lelaki yang saya cintai .. ‘

‘ Saya takfaham sepatah pun perkataan yang keluar dari mulut awak tu ‘ Qaisara mula bingung . Mula mula bagi arahan sekarang merayu rayu pulak .

‘ Saya ada penyakit yang sangat merbahaya . Doktor dah sahkan yang saya tidak mampu hidup dengan lebih lama . Jadi , saya minta sangat belas kasihan awak . Tolong saya Qaisara . Tunaikan impian terakhir saya ‘ rayu Athira lagi.

Qaisara mula menggeletar . Namun dia perlu kuat . Dia tak mahu tampak lemah dihadapan Athira .
‘ Keluar ! Saya taknak dengar awak mengarut ! Awak keluar dari rumah saya dan jangan pernah datang lagi ! ‘ Qaisara terus menghalau Athira . Dia tidak tahan lagi .

‘ Haikal dah setuju dengan permintaan saya ! ‘

Longlai badan Qaisara apabila mendengar ayat Athira yang terakhir sebelum meninggalkan kediaman mereka . Dia tertuduk . Air matanya mula nak mengalir mengenangkan apa yang disampaikan oleh Athira .

************************************

‘Abang takboleh tinggalkan Athira buat masa sekarang ‘

Qaisara terus terduduk sebaik mendengar kata kata Haikal . Apa maksud yang tersirat di sebalik kata kata yang menghiris hati Qaisara ketika itu .

‘ Apa maksud abang ? ‘

‘ Abang nak tunaikan permintaan terakhir Thira ‘

‘ Dengan berkahwin dengan dia dan tinggalkan Qai ? Macam tu maksud abang , kan ?

‘ Jadi sayang dah tahu ? Emm abang terpaksa tapi percayalah .. abang sentiasa cinta dan sayang pada Qai seorang ‘ Haikal menghampiri dan menggenggam tangan Qaisara dengan erat .

Air mata Qaisara mengalir jatuh membasahi pipi . Sepatutnya ketika dia tengah mengandung dia dimanja oleh suaminya tetapi sebaliknya yang berlaku . ‘ Ujian apa yang kau beri ini Ya Allah , aku tidak kuat ‘ rintih hati Qaisara .  ‘ Dia lebih sanggup tinggalkan aku daripada tinggalkan bekas kekasihnya , aku tak kuat . Allahu ‘ rintihnya lagi .

‘ Tapi kenapa sekarang ? ‘

Qai tahukan , Thira takdapat hidup dengan lebih lama lagi didunia ini . Abang nak sentiasa disisi dia sehingga saat saat terakhir dia . Sayang faham kan ? ‘

Qaisara menggelengkan kepalanya . Dia cuba memahami , tetapi dia tidak mampu nak mengakui semua itu .  ‘ Ya Allah , hebatnya ujianmu . Ku sangkakan bahagia milikku , rupa kini ku sedar ia sekadar pinjaman darimu ‘

‘ Mulai sekarang abang akan keluar dari rumah ini . Sayang boleh terus tinggal disini . ‘

Setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Haikal bagai belati yang menikam lubuk hati Qaisara . Qai hanya terdiam namun dia sedar yang dia perlu kuat .

‘ Biar Qai yang keluar dari rumah ini ‘ tegas Qaisara .

‘ Tapi sayang nak pergi mana ? ‘

‘ Qai nak pergi minta tolong Irfan ‘ umpan Qaisara cuba membuat Haikal cemburu . Tapi sebaliknya yang berlaku .

‘ Kalau dengan Irfan , abang takda lah risau sangat ‘ . Qaisara terpanar dengan kata kata Haikal .

*********************************

Hon dibunyikan sebaik Irfan sampai dihadapan kediaman mereka . Qaisara meluru masuk ke dalam perut kereta Irfan . Dia sudah malas nak mengenangkan rumah yang banyak melakarkan kenangan manis mereka . Irfan dan Haikal masih berbual bual . Qaisara tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu apa yang sedang dibualkan oleh mereka . Hatinya hancur . Dia sedar dia masih isteri Haikal namun dia hanya ingin minta tolong Irfan menghantarnya ke rumah arwah ibubapanya . Dia tidak kuat nak berhadapan terus terusan dengan Haikal . Tidak lama kemudian , kereta Irfan meluncur laju meninggalkan kenangan indah Qaisara dan Haikal . Qaisara masih cuba untuk tidak menangis lagi .

‘ Qai , menangis lah . Menangis lah sepuas puasnya hari ni . Jangan ada air mata selepas hari ini . Biarlah hari ini menjadi hari terakhir awak menangis ‘ ujar Irfan lembut .

Sebaik mendengar kata kata Irfan , Qaisara menjadi sebak serta merta . Air matanya menjadi laju dan deras turun . Qaisara melepaskan semahu mahunya . Dia menangis sepuas puasnya . Tidak ada lagi perasaan malu pada Irfan dan benar kata Irfan .’ Biarlah hari ini menjadi hari terakhir aku menangis ‘ ujar hati Qaisara .

Bersambung ....

p/s : Thanks kepada yang tegur pasal nama yang tersilap . Maaf :)