Semua kami berkumpul di hadapan nenek dan atuk . Aku duduk di belakang sekali di sebalik timbunan warga-warga keluargaku yang besar. Kali ini semua adik beradik ibu seramai 16 orang pulang. Rumah atok dah jadi macam sardin. Panas dan sesak nafas.
Pheww!!!
Tiba-tiba namaku dipanggil serentak dengan nama Akif .
Apa lagilah kali ni. Aku rasa aku takda pun cari gaduh dengan mamat mereng tuh sejak 2 jam lalu,” bentak hatiku. Jalanku terganggu lantaran harus melintas sekalian umat dihadapan ini. Mengalahkan Konsert Siti Nurhaliza.
“ Akif takda gaduh dengan dia punlah tok,” Ledak suara garau serak basah Akif. Lemah gaya percakapannya. Mungkin malas mendengar amarah hakim tua di hadapan. Kelihatan nenek meletakkan jari telunjuknya di mulut. Memberi tanda " Silent Time" . Silent time ibarat petanda ada suatu perkara penting dan serius telah berlaku. Kami semua sudah faham dengan amaran tanda itu.
Aku yang tiba sedikit lambat bermuka keruh. Pandangan kami tertancap antara satu sama lain. Aku mencebikkan bibirku yang agak tebal, dia melenguskan mukanya dan sedikit jeliran lidah diunjukkan. Mungkin orang lain tidak nampak, mataku nampak. Cukup biar sedikit. Bara di hati semakin panas. Aku pendam.
“Sabar Lisa sabar,” pujuk hati yang kian panas membara.
Kami berdua diam. Atok, nenek, semua emak dan bapa saudara duduk di atas kerusi rotan dihadapan kami dan cucu-cucu serta cicit-cicit kesemuanya di sekeliling kami. Ada yang duduk dan ada yang berdiri. Aku dan Akif bagaikan pesalah di dalam mahkamah. Hanya tunggu di bicarakan sahaja. Suasana makin hening, dan keheningan malam itu semakin menjerat. Kusam, kelam dan muram. Hanya kedengaran kibas-kibas tangan manusia yang semakin kepanasan.
Atok berdehem beberapa kali memecahkan suasana yang bening itu. Kaki kanannya di silangkan diatas kaki kiri yang masih lekap di atas lantai. Mulutnya setia menghisap rokok daun sejak tadi. Masih belum habis.
“Sekarang semua dah tahu masalah yang dah jadi kan… Maka ada sesiapa nak bersuara bagi cadangan tentang apa yang dah berlaku?” tegas Atok berbicara. Suasana masih begitu untuk 5 minit. Tiada siapa yang sudi mencelah, memberi komen mahupun cadangan membina atau meruntuh. Aku dan Akif yang tidak tahu menahu melopong besar. Nasib baik aku cepat sedar. Ku katup bibir laju dan rapat. Ku lihat Akif masih melopong. Persis rupa Pak Mat yang menganga dalam filem Pendekar Bujang Lapok. Dalam hati aku ketawa, di luar cool.
" Aku ada cadangan macam mana kita nak cari pengganti pengantin masa kenduri bulan hadapan,” keadaan masih sunyi, kelam dan suram.
Kita kahwinkan aje Lisa dengan Akif . Senang cerita,” ujar Atok lancar. Asap rokoknya dihembus keluar dari hidungnya yang sedikit kembang itu.
" No way,” tangkas Lisa dan Akif serentak. Mata kedua-duanya tertancap tepat pada muka tua itu. Perasaan tidak puas hati menyelubungi.
"Kenapa pulak?” tanya Atok.
“Kif tak suka kat dia pun Tok,” lancang mulut Akif
“Eleh ingat aku ni suka kat kau? Tak hingin tau. Tok, Lisa tak nak. Tak mahu Lisa dapat suami macam Kif ni. Tak mahu.” tanganku silang ke dada. Dadaku mula berombak laju turun naik. Api marah kian mendidih.
“Heh, jangan kata kau. Aku lagi tak hingin beristeri perempuan cam kau. Kau tuh layak tuk musang berjanggut je. Tuh pun kalau kau dah jadi perempuan terakhir kat dunia, kalau tak, dia pun tak hingin…” bicara Akif meledakkan api kemarahan Lisa.
Mata mereka berpandangan. Seperti ada kuasa elektrik yang meletus. Mendung keadaan di dalam rumah itu semakin getir. Ibarat taufan, tsunami dan gempa bumi bakal meledak. Sengaja menambah buruk keadaan, Akif tersenyum sumbing dan seraya itu juga dia meletakkan ibu jari kanannya di atas hidung. Menggaru-garu hidung yang tidak gatal. Bagi Lisa dia tahu itu tanda very good untuknya. Tanda dia kalah berkata-kata sebentar tadi. Hatinya kian sakit.
"Kamu berdua ni tak boleh jumpa langsung. Macamkan anjing dengan kucing,” garang nenek bersuara.
"Kaulah anjing" bicara Akif.
"Kaulah” tukas Lisa.
"Kaulah " (Akif )
"Kaulah " ( Lisa )
" Kaulah" (Akif)
"Diammmm” Jerit Atok. Bergema satu rumah hatta satu kampung Bukit Gajah nih. Semua terpaku tatkala atok sudah berdiri dan bercekak pinggang.
"Kamu nih kalo tak bergaduh setiap kali jumpa tak sah. Kang aku pelakung kamu berdua baru tahu..” Tegas dan garang suara Atok. Namun itu tidak melalikan kami berdua untuk bergaduh selama ini. Lagi pula kami berdua nih memang dah di gelar sebagai cucu derhaka oleh sekalian cucu-cucu yang ada. Apa nak buat dah nasib badan.
“Aku tak kira…. Sama ada kamu Akif nak bernikah dengan Gayah anak Mak Limah atau kamu Lisa nak kahwin sama Abu anak Hajah Hasnah. Kamu berdua fikir sape nak buat pengorbanan tuh. Atau jugak kamu kahwin sesama kamu . Kamu fikir kata Atok nih. Keputusan Tok muktamad. Faham!!!” Atok duduk kembali.
Gulpp!! Kami berdua telan air liur. Akif memang tidak pernah suka pada Gayah anak Mak Limah yang gedik, mengada-ngada, miang dan candi itu. Gayah sememangnya suka pada Akif. Pernah dahulu dia ingin mencium bibir Akif tatkala Akif sedang tidur. Nasib Akif baik, dia terbangun. Lantas dia terus terjun dari tingkap kayu rumah atok . Dan aku, Aku pasti sanggup jadi andartu plus andalusia jika aku nak dijodohkan dengan kutu babun rayau itu. Siapalah sanggup nak kahwin dengan Abu yang memang terkenal dengan perangai pelesitnya. Namun satu yang aku ketahui. Abu memang ada hati dengan aku. Dia pernah dengan gentlemannya memberitahu perasaan cintanya terhadap aku kepada nenek . Konon cinta. Cett!!
Kami berdua mempamerkan riak tidak puas hati .
Bersambung .........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan