home


8 Dis 2015

Cinta Gila Part 4

Sudah 3 hari majlis perkahwinan mereka selesai . Jadi , ibubapa Lisa dan Akif pun sudah pulang ke Kuala Lumpur . Tinggallah mereka berdua yang terpaksa menghabiskan cuti kahwin di kampung . 

" Ah , nak keluar lah . Bosan je duduk rumah asyik tengok muka mamat otak separuh tu " rungut Lisa sendirian sambil bangun menuju ke pintu utama rumah atoknya .
 
" Eh , Lisa nak pergi mana ni ? " tanya nenek lembut . 

" Nak keluar ambik angin kejap lah nek " balas Lisa . 
 
" Haah , dah bagitau Akif nak keluar ? " tanya nenek mengingatkan dia bahawa dia sudahpun bersuami
" Lisa taknampak pun abang nek , nanti kalau abang balik , nenek bagitahu dia ek " jawab Lisa yang menggelarkan Akif abang setelah terperasan yang atoknya ada dikawasan itu  . Manakan tidak , awal awal lagi dia kena warning dengan atok . Atok cakap kalau dia dengar perkataan kau-aku keluar dari mulut mereka berdua , teruk diketuknya kepala mereka dengan tongkatnya . 

                                       +++++++++++++++++++++++++++++
Lisa berjalan sendirian di tepi sungai tempat dia menghabiskan zaman kanak kanaknya . Dia merenung sambil memikirkan tentang masa depannya dengan Akif . Hampir 2jam melayan perasaan , Lisa bingkas bangun setelah menyedari hari kian gelap 
.
 Baru sahaja kakinya mahu melintas jalan dihadapannya , dia terasa badannya melayang dannnnn
 
kedebuk ! kuat jatuh diatas jalan . 

Akif yang menarik kasar Lisa , menyebabkan Lisa hilang pertimbangan  dan terjatuh .

' Kau ni , dah lama hidup agaknya . Kalau nak melintas tu pandanglah kiri kanan dulu . Aie aku cepuk jugak kang budakni . Haih takhabis habis menyusahkan orang . Nasib baik aku nampak , kalau tak apa aku nak jawab kat atok , nenek , ibu ngn ayah ? Kau ni kannnn ' kuat Akif jerkah di tepi telingan Lisa , setelah dia ternampak Lisa hampir dilanggar kereta .

 Lisa yang baru sahaja sedar apa yang berlaku , tetiba terus menangis apabila dimarahi Akif .
 
Akif yang naik angin , terus kelam kabut jadinya apabila melihat ada jernihan air dipipi gebu Lisa . Selama dia kenakan Lisa , takpernah lagi wanita itu jatuhkan air matanya. 

' Eh kau okay tak ni ? Weh , kau jangan lah menangis . Aduhhhhhh ' pujuk Akif sambil menggaru garu kan keningnya yang tidak gatal itu . 

                                        ++++++++++++++++++++++++++++++

Lisa terus melulu masuk ke bilik apabila sampai di rumah atok . Dia yang sejak tadi diam menahan kesakitan di tangan kirinya terasa tidak sedap hati . Baru sahaja dia mahu mengangkat tombol pintu biliknya ... 

tiba tiba tangan kirinya tidak boleh diangkat . 

Sekali lagi dia mencuba , 

tidak berjaya . 
 
Lisa yang sudah cemas , hampir menitiskan air matanya . Terus membuka pintu bilik menggunakan tangan kanannya . 
                                     ++++++++++++++++++++++++++++++++

Kreekkkkkkkkkkkkkkk ! pintu dikuak 

Terkejut beruk Akif apabila baru sahaja dia masuk ke dalam bilik , dia terdengar esakan daripada isterinya . Laju dia duduk di tepi Lisa .

" Weh , kau kenapa doh ? Sorry la , aku taksengaja la marah kau . " ujar Akif ikhlas . Buat pertama kalinya dia minta maaf dengan Lisa seumur hidupnya .

" Isk isk ... tangan aku ... tangan aku takboleh gerak " jawab Lisa sambil menunjukkan tangan kirinya yang terkulai . 

" Weh ? kau kenapa takbagitau aku tadi . Aduhhhhh apa aku nak jawab dengan atok nih ? Kau tak main main kan ? Dah jom kita pergi hospital . " kalut Akif sambil memeriksa tangan Lisa . 

Lisa hanya mengangguk sambil mengesat air matanya . 


                                    ++++++++++++++++++++++++++++

" Doktor , macamana isteri saya ? " 

" Isteri encik okay , cuma tulang tangan kirinya retak . Dia ok sekarang. Saya admitkan dia masuk wad. Rasanya esok dia boleh keluar. Jangan risau, ok! Sekarang dia tidur,” Dr Aira berkata lalu berlalu dari situ .

Akif terus ke kaunter bertanyakan wad berapa Lisa dimasukkan.

“Semua pulanglah dulu. Saya tunggu sini jaga Lisa,” Akif bersuara kepada semua kaum keluarganya.

“Kamu jaga Lisa tu betul-betul Akif. Balik rumah nanti kita bincang lagi..” Atok berkata dengan suara seakan mengugut.

Akif hanya mampu mengeluh. Di salam tangan semua yang hadir menemani.Setelah semua ahli keluarganya pulang .

                                                     ++++++++++++++++++++++++++++++++

Keesokkannya ..

Tiba di katil Lisa, Akif  melihat Lisa duduk bersandar seorang diri. Tidak tahu ingin berkata apa. Akif diam sahaja. Dia meletakkan beg baju di penjuru kaki Lisa. Makanan yang dibeli tadi  diletakkan di atas meja sisi katil.
“Kau dah makan?” Akif bertanya sambil mencecahkan punggungnya di atas kerusi.
Lisa hanya menggeleng.
“Nak makan?”
Lisa mengangguk.
“Lapar?”
Lisa mengangguk lagi.
Akif membuka bekas polistiren yang berisi nasi lemak. Di ambil sudu, dan memberikan kepada Lisa.
Lisa mengambilnya dengan tangan yang sakit. Masakan tidak. Tangan kiri disimen dan berbalut manakala tangan kanannya dicucuk drip. Kedua-duanya sakit. Bagaimana hendak makan? Tambahan pula semalam dia hanya dapat makan sedikit sahaja.  Kini perutnya sudah tak tahan kelaparan.
Akif melihat Lisa yang payah untuk menyuap nasi ke mulut.
Alahai… Dua-dua tangan sakit. Kesianlah pulak…
“Meh sini aku suapkan,” Akif pantas menyambar semula bekas polistiren dan sudu dari tangan Lisa. Lisa tidak ada daya menahan mahupun melawan. Lagi-lagi dalam keadaan dia begini.
Akif pantas menyudukan nasi lemak ke mulut Lisa. Lepas satu, satu disudukannya.
“Kau ni gopoh sangat kenapa? Mulut aku penuhlah… pelan-pelanlah sikit,”  Lisa berkata dalam keadaaan mulutnya dipenuhi nasi lemak.
Akif tersengih seperti Pak Pandir lagaknya.
“Nak air?” Akif menyoal.
Lisa hanya mengangguk.
Dahlah dia suapkan aku mengalahkan aku nih anak dinosaur kelaparan. Ada pulak tak nak bagi aku air. Gila ke apa? Mestilah aku nak air… Dalam hati Lisa membentak.
Selesai makan. Lisa dan Akif kembali diam.
“Kau tak nak mandi ke?” Akif menyoal lagi. Kali ini perbualan mereka banyak dimulakan oleh Akif.
Lisa mengangguk.
“Jom aku bawak ko pergi bilik air,” Akif berkata lagi.
Lisa menggeleng kali ini.
“La.. kenapa pulak?” kali ini Akif pula tertanya-tanya.
“Itu tandas perempuan. Khas untuk pesakit perempuan. Kalau kau ada macam mana pesakit lain nak mandi atau nak masuk bilik air. Tunggu jelah mak aku atau sesape sedara kita yang perempuan datang,” Lisa menjelaskan.
Akif hanya mengangguk mengiyakan. Tidak terfikir oleh akalnya jawapan Lisa itu.
Kemudian seorang nurse dalam linkungan umur 20-an datang menghampiri katil.
“Encik ni siapa?”
“Saya suami dia,”
“Ooh” Dalam hati nurse itu berasa sedih. Lelaki di depan matanya ini suami orang. Ingatkan bujang lagi. Manalah tahu kalau-kalau setakat adik-beradik kepada patient di depan matanya ini sahaja.
“Doktor dah check tadi. Dan rasanya Encik bolehlah uruskan pasal prosedur isteri Encik keluar wad,” Nurse itu berkata lagi. Kemudian berlalu pergi.
Akif  memandang Lisa .
“Kau tunggu kejap. Aku nak pergi uruskan pasal kau nak keluar wad,” Akif bingkas bangun dan beredar keluar daripada wad.
Diluar wad kelihatan sanak saudaranya ramai yang hadir.
“Eh atok ! Kenapa atokk tak masuk tadi?” AKif menyoal sambil mencium tangan Atok itu.
“Atok malas masuk. Biarlah kamu jaga Lisa tuh. Kami tengok dari luar sudah. Lisa macam mana? Dah sembuh?”
“Lisa ok. Ni Akif nak uruskan pasal dia nak keluar wadlah ni. Akif pergi dululah. Atok masuklah tengok Lisa tu,” Akif berlalu pergi.
                                +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Dalam kereta kedua mereka diam membisu. Akif tidak tahu untuk berkata apa. Lisa pula sibuk memandang ke luar tingkap. Akif cuba mencari jalan untuk memecahkan suasana sunyi sejak tadi. Lagu daripada radio tidak diendahkan.
“Tadi doktor cakap apa dekat kau yang kau boleh sampai keluar hospital awal?” Akif akhirnya membuang egonya.
“Hah? Oh… Doktor cakap forearm fractured. Tulang ulna twisted sikit. Kira very mild fractured. That's why just pakai plaster cast and sling je. Then dia bagi medical leave slip for 2 weeks. So cuti lama sikitlah” Lisa berkata sambil tangan kanannya memegang tangan kiri yang berbalut kemas. Badannya masih membelakangkan Akif yang menumpukan perhatian pada pemanduan.
Akif tidak tahu untuk berkata apa lagi. Suasana kembali sunyi. Akif senang mendengar penjelasan Lisa. Hati yang tadi kerisauan sudah beransur hilang. Akif mula bersiul-siul kecil mengikut rentak lagu yang berkumandang dan jari-jemari mula mengetuk stereng mengikut ritma siulannya.

Bersambung ........


 

Tiada ulasan: