Majlis bersanding diadakan dengan gilang gemilangnya. Lisa dan Akif di arak di atas tandu sambil kompang dan rebana di palu-palu menerbitkan suasana yang meriah. Selesai itu, mereka berdua dihidangkan dengan aksi silat. Lisa dan Akif terpukau dengan gerakan lincah anak-anak kecil yang bersilat itu.
Lisa dan Akif sama cantik sama padan dengan pakaian serba merah yang sangat menawan hari itu. Pakaian pengantin untuk majlis persandingan ini disewa khas di sebuah butik pengantin mewah di kawasan Kuala Lumpur.
Usai sesi tepung tawar, mereka berdua dihidangkan dengan hidangan yang sungguh lazat. Ayam golek, udang bakar, ikan bawal masam manis, buah-buahan dan pelbagai lagi juadah yang menyelerakan.
Jurugambar majlis meminta diadakan sesi suap menyuap oleh kedua mempelai. Jurugambar ingin merakamkannya di dalam album perkahwinan mereka. Pada mulanya Akif dan Lisa menolak tapi ibu dan mak mereka berdua mahu bahawa gambar sedemikian di ambil.
Akif menyuap Lisa menggunakan sudu di tangannya. Di suakan ke mulut Lisa . Di sumbatkan laju ke mulut Lisa dengan rakus. Lisa tersedak kecil. Matanya merah. Dicapai gelas dan meneguk laju.
Cari pasal betullah si mamat mereng ni. Ikutkan hati aku, aku tumbuk muka dia sekarang jugak! Dalam hati Lisa sudah mula meradang.
Di pandang wajah Akif tajam. Akif mengangkat-angkat keningnya. Matanya berkedip-kedip seolah-olah tidak tahu apa yang terjadi. Wajahnya di palingkan ke arah lain. Ibu jari tangan kanannya spontan menggaru-garu hidungnya yang tidak gatal.
Sakit di hati Lisa hanya Allah yang tahu. Dadanya sudah mula berombak kecil. Jika tidak difikirkan kerana majlis sudah lama ayam golek di atas meja itu dibenamkan ke muka Akif .
Mata Lisa terbeliak sedikit besar. Jika boleh dilihat mentol yang tiba-tiba menyala di dalam benak ketika ini memaparkan idea jahatnya yang timbul. Lisa dengan laju memijak kuat kaki kiri Akif dengan high heel 3 incinya yang tirus dan panjang itu. Menjayakan misi jahatnya. Akif tiba-tiba terus berdiri menahan sakit yang teramat. Mukanya merah menahan kesakitan . Tidak lama kemudian , dia berlalu masuk ke dalam bilik .
Lisa mempamerkan riak tidak bersalah .
" Apa yang Lisa dah buat ha ? Kamu jangan ingat ibu taktahu ! " ugut ibu sambil merenung tajam kearah Lisa .
' Apa ? Lisa takbuat apa apa pun ... ' nafi Lisa .
+++++++++++++++++++++++++++++++++
Akif duduk di sisi katil sambil kaki kirinya di ampu di atas pangku paha kanannya. Di usap-usap kakinya yang bengkak itu.
' Kreeeeek ! ' pintu dikuak
Akif tidak memperdulikan kehadiran Lisa.
“Hurmmm…” Lisa berdehem kuat. Cuba untuk mula bersuara.
Akif buat-buat tak tahu.
“Sorry…” perlahan Lisa mengucapkannya.
Akif masih berdiam. Lisa melangkah menghampiri Akif . Dilihatnya kaki Akif bengkak dan biru. Timbul rasa simpati di hatinya
" Kenapalah aku ikutkan sangat rasa marah aku tadi? " Lisa sedikit menyesal dengan perbuatannya.
Lisa bingkas ke luar semula dari kamar. Dia kembali ke dalam kamar dengan membawa sebekas ais. Di ambil sehelai tuala bersih yang kecil di ambil ais sedikit dan di bungkus dengan kain itu. Dia kemudian melutut di hadapan Akif. Di tuam kaki Akif perlahan.
Akif sedikit terperanjat dengan perbuatan Lisa. Dia spontan menepis kasar. Tuala itu berterbangan jatuh. Ais yang tadi terbalut kemas bersepah keluar. Lisa mengerutkan keningnya memandang mata Akif. Dibuang rasa marahnya kepada Akif itu.
Lisa bangun dan segera mengutip kembali kain tuala dan ais yang bersepah itu. Di balut semula. Dia membawa kembali tuala itu kepada Akif. Kali ini dia tidak menuamkannya ke kaki Akif. Dia hanya menghulurkan kepada Akif. Akif mendongak memandang Lisa.
"Kau tuamlah sendiri. Kang aku tertuam kuat kau kata aku nak bunuh kau pulak..” tangan Lisa masih menghulurkan tuala itu. Dicapai Akif tuala itu dan ditekapkannya ke kakinya yang bengkak itu.
“Sorry..” kata Lisa lagi. .
“Thanks..” jujur Akif mengucapkannya sambil memandang kedalam anak mata Lisa . Darah menyerbu naik ke muka Lisa . Buat pertama kalinya Lisa diam membisu depan musuh ketatnya itu . Lantas , dia melarikan mukanya ke arah lain .
Tok ! Tok ! Tok !
' Aku pergi tengok kejap ' ujar Lisa lantas bangun menuju ke pintu .
' Lisa , haaaa ni ada tetamu istimewa datang nak jumpa kamu ' ujar MakSu Leha sambil tersenyum di tepi dua orang tetamu itu .
' Abangggggg ... ada tetamu nak jumpa dengan kita ni bang…” spontan Lisa menuturkannya.
*Thanks sbb tolong betulkan pasal nama yg tersilap . Maaf sebab saya selalu buat cerpen yg berbeza pada waktu yang sama huhu
Tok ! Tok ! Tok !
' Aku pergi tengok kejap ' ujar Lisa lantas bangun menuju ke pintu .
' Lisa , haaaa ni ada tetamu istimewa datang nak jumpa kamu ' ujar MakSu Leha sambil tersenyum di tepi dua orang tetamu itu .
' Abangggggg ... ada tetamu nak jumpa dengan kita ni bang…” spontan Lisa menuturkannya.
Aik! Asal pulak si minah senget ni tiba-tiba je panggil aku abang? Akif bersoal sendiri di dalam hati.
Tanpa dia sedari dia menggaru-garu dahinya itu.
Akif bangun dan berjalan perlahan-lahan ke arah Lisa. Kelihatan olehnya insan "istimewa" yang menyebabkan Lisa memanggilnya 'abang'.
“Sayang, asal pintu tu buka sedikit je? Bukalah besar sikit. Ajak tetamu masuk bilik kita ni. Manalah tahu diorang ni nak tengok bilik pengantin kita ni..” Akif menyambung lakonan Lisa.
Nak runtuh jantung Lisa mendengar Akif memanggilnya 'sayang'. Terasa aorta dan vena kava di jantung bagai nak putus. Lisa pantas menguak pintu kayu kamar pengantinnya itu. Masuklah Maksu Leha dengan tetamu 'istimewa' mereka itu.
Mata tetamu 'istimewa' itu memandang sekeliling bilik. Mengagumi keindahan kamar pengantin itu.
“Eh, cantik sungguh bilik pengantin ni Lisa,” bicara Gayah candi a.k.a kekasih gelap Akif .
“Tahniah kat korang berdua. Dah selamat kahwin…” ucapan tahniah yang lahir daripada mulut Abu itu kedengaran sedikit sinis dan sedih.
Inilah tetamu 'istimewa' yang dimaksudkan Maksu Leha tadi. Akif dan Lisa sengih sahaja memandang wajah Gayah dan Abu yang nyata terkilan tidak dapat berkahwin dengan mereka berdua.
“Ingatkan adalah jodoh kita tapi…” bicara Abu terhadap Lisa.
“Anggap jelah tak ada jodoh kita Abu…” Lisa cuba berbahasa baik dengan Abu. Sedangkan hatinya meluat melayan kerenah Abu.
Jangan harap aku nak kat kutu babun rayau macam kau. Mati hidup semula pun aku tak hingin!
“Akif segak sungguh hari ni. Kan bagus kalau Gayah yang jadi pasangan Akif ” tutur Gayah tanpa malu.
Akif hanya tersengih lebar.
Simpang malaikat 44, Sampai mati pun takkan kau dapat! Itulah pantun dua kerat, jawapan untuk kata-kata Gayah daripada Akif namun hanya terbit di sudut sanubari sahaja.
Akif merapatkan dirinya ke sebelah Lisa. Badan mereka berlaga. Tangan Akif pantas memeluk bahu Lisa . Lisa laju memandang wajah Akif. AKif membalas pandangan Lisa . Di kerut-kerutkan dahinya dan di jegil-jegilkan biji matanya memberi isyarat untuk berlakon di hadapan Abu dan Gayah.
Lisa yang dapat menelah pantas membalas pelukan di bahunya dengan melingkarkan tangannya ke pinggang Akif . Lisa dan Akif sama-sama tersenyum ala-ala gembira dan bahagia di hadapan tetamu ' istimewa' mereka itu.
“Abu dengan Gayah dah makan belum?” Akif bertanya pula.
" Belum,” serentak Abu dan Gayah menjawab.
" Maksu bawalah dorang ni makan dulu,” Akif berkata pada Maksu.
Maksu mengangguk.
“Moh,” Maksu berkata kepada Abu dan Gayah.
Abu dan Gayah menyalami Akif dan Lisa.
Akif dan Lisa berjalan seiring menghantar tetamu istimewa mereka ke muka pintu. Tatkala pintu di tutup mereka berdua memandang wajah masing-masing. Anak mata mereka bertaut. Seakan ada kuasa listrik di antara mereka. Segera dileraikan pelukan dan lingkaran tangan yang tertaut erat di bahu dan pinggang mereka.
Buat kali pertama dalam sejarah hidup Akif dan Lisa , mereka berganding bahu untuk menjatuhkan musuh-musuh mereka. Dan dengan gilangnya misi mereka di anggap berjaya.
Akif pantas duduk semula ke birai katil dan menuam semula bengkak di kaki manakala Lisa bingkas keluar kamar menuju ke mana sahaja ingin di langkah kakinya. Tak rela duduk dengan Akif dalam kamar itu setelah lakonan 'abang' dan 'sayang' mereka itu. Mual, sungguh mual!
Bersambung .....
*Thanks sbb tolong betulkan pasal nama yg tersilap . Maaf sebab saya selalu buat cerpen yg berbeza pada waktu yang sama huhu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan