‘ Abanggg ‘ panggil Qaisara cuba manja . Lantas diletakkan
kepalanya dia atas riba Haikal yang sedang menonton televisyen malam itu .
Haikal ‘ junior’ sudah lama tertidur akibat keletihan bergaduh dengan papanya
yang kaki sakat . Haikal kelihatan fokus melayan cerita hantu yang di siarkan
di televisyen sementara Qaisara mengambil kesempatan untuk menilik wajah
suaminya . Entah kenapa hatinya begitu sayu sekali apabila melihat Haikal pada
malam itu . Tambahan pula , dua tiga harini Haikal asyik mengadu batuk dan
sakit kepala . Apabila diajak ke hospital asyik menolak aja . Pening kepala
Qaisara nak pujuknya .
‘ Abang hensem sangat
ke malam ni , sayang ? ‘ tanya Haikal sambil tersengeh bila perasan yang
isterinya asyik menilik wajahnya dari tadi .
Tersentak Qaisara . ‘ Eh ? Hahahah , boleh la boleh la .
Lepas tekak jugakla ‘ jawab Qaisara selamba .
‘ Apa ? Ish nak kena dia ni ‘ Pantas Qaisara melarikan diri . Haikal pula
bangun untuk kejar Qaisara . Malam itu , sepertinya malam untuk mereka berdua
saja . Ah lantaklah jiran nak marah ke apa . Setelah beberapa minit aksi kejar
mengejar dan geletek menggeletek , akhirnya mereka berbaring kepenatan dia atas
sofa ruang tamu itu .
‘ Sayang , kalau tuhan izinkan abang pergi dulu , sayang doa
banyak banyak kat abang tau ‘ Haikal bergurau spontan . Tersentak Qaisara ,
tiba tiba hatinya tidak tenteram memikirkan kata kata Haikal ketika itu .
‘ Mestilah , Qai sayang abang banyak banyak tau ‘ balas
Qaisara cuba bergurau padahal hatinya seperti mahu terlompat keluar waktu itu .
Malam itu , seperti malam yang istimewa buat Qaisara dan
Haikal . ‘Sesi meluahkan perasaan ‘ mereka berakhir pada jam 3 pagi .
**********************************
Qaisara tersedar daripada tidurnya apabila bunyi jam loceng
yang membingitkan lantas mengejutkan Haikal ‘junior’ yang sedar nyenyak dibuai
mimpi indah berbunga bunga sambil menghirup udara bilik yang segar *ops over ,
maap* . Hanya suaminya sahaja masih nyenyak tidur .
‘ Ya Allah , tidur mati betul lah ‘ bebel Qaisara apabila
melihat Haikal masih enak dibuai mimpi .
‘ Abanggg oh abang , bangun subuh dahni ‘ lembut Qaisara
mengejutkan Haikal sambil memujuk Haikal junior yang menangis . Namun tiada
reaksi daripada Haikal . Kaku .
‘ Abang ? Bangunlahhhhhhhhhh , nanti taksempat solat subuh ‘
kejut Qaisara lagi
Seminit , tiada reaksi .
Dua minit , kaku membatu .
Tiga minit , diam membisu .
‘ Abang ? ‘ panggil Qaisara lagi . Hatinya mula tidak sedap
. Dipegangnya dahi Haikal .
Sejuk .
Semakin mendebar debar Qaisara . Spontan tangannya memeriksa
nadi suaminya .
Tiada .
Beralih pula ke dada Haikal . Untuk memeriksa jantungnya .
Qaisara cuba tahan air matanya yang hampir pecah di tubir mata .
Senyap .
‘ Abang , jangan main main dengan Qai boleh tak ? Nanti Qai
taknak kawan dengan abang . ‘ cuba Qai lagi . Dia masih mahu sedapkan hatinya .
‘ Haikal , tengok papa ni Haikal . Suka main main macamni ‘
Qai beralih kepada Haikal yang berada di riba nya . Tiba tiba Haikal junior
bangun dan melentokkan kepalanya diatas dada papanya dan menepuk nepuk perut
papanya perlahan . Sebak hati Qaisara . Lantas dia menangis sambil memeluk
Haikal .
*******************************
Selesai sahaja majlis pengebumian Haikal , Qaisara masih
ditikar yang dihampar hadapan kubur Haikal Rusyaidi . Mentua Qaisara sudah lama
pulang ke rumah mereka , namun Qaisara sahaja yang masih mahu ‘ menemani ‘
Haikal . Dia masih kaget dengan segala yang berlaku . Qaisara kini sudah
bergelar ibu tunggal . Qaisara terusan berfikir bagaimana dia nak hadapi
semuanya seorang diri pada saat anaknya baru berumur 8 bulan . Ya , Haikal
hanya sempat bersama sama dengan anaknya selama lapan bulan sahaja . Tidak lama
kemudian , Qaisara pulang ke rumah yang banyak melakarkan kenangan indah Haikal
dan dia .
Setahun kemudian ,
Bip ! bip !
Mesej yang diterima daripada Irfan .
‘ Salam , Qai boleh awak
datang ke rumah saya sekarang tak ? Saya ada hal nak bincang ni . Penting ‘ –
irfan
‘ wslm . Baiklah ‘ –
ringkas Qaisara membalas .
Sejak kematian suaminya , Haikal Rusyaidi . Irfan seakan
akan menggalas tanggungjawab segala tanggungjawab suaminya . Setiap hujung
minggu , Irfan pasti memaksa Qaisara dan Haikal untuk datang ke rumahnya .
Tujuan nya untuk melepaskan kerinduannya terhadap Haikal . Anak angkat
kesayangan lah katakan . Kenapa perjumpaan mereka di rumah Irfan ? Kata Irfan ,
dia tidak mahu keluar dengan Qaisara di luar . Mendatangkan fitnah . Jadi ,
Qaisara mesti memandu untuk ke rumah Irfan
yang tinggal bersama ibu dan ayahnya .
*************************************
‘ Abang..... ‘ ujar Qaisara perlahan . Air matanya turun
semakin deras membasahi tudungnya sesudah membaca surat yang ditinggalkan oleh
suaminya kepada Irfan . Kata Irfan ,
Haikal amanahkan dia memberikan surat itu setelah setahun genap kematiannya .
‘ Harini genap usia
Haikal setahun lapan bulan dan harini juga genap setahun Haikal pergi
meninggalkan dunia . Kenapa arwah Haikal nak sangat pangkal depan nama anak
kami? Katanya , supaya aku tidak akan melupakannya seumur hidup aku . Kejamkan
? Sebab aku memang sangat merindui dia bila menyebut nama anak kami . Bila Irfan
dan mentua aku menyebut nama Haikal , jantungku seakan akan berdegup 170km/s.
Aku terasa seperti dia sentiasa ada di sisi aku walaupun panggilan mereka itu
sebenarnya untuk anakku . Irfan juga semakin rapat dengan keluargaku selepas
kematian Haikal . Haikal Al Amin ? Kata Haikal , dia nak dekat kan anak kami
dengan seseorangkan . Ya terbukti sekarang Haikal dan Irfan sangat rapat .
Mungkin sebab akhir nama mereka sama iaitu Haikal Al Amin dan Irfan Al Amin dan
mungkin juga anak aku tagihkan kasih sayang seorang bapa . Aku tidak pasti .
Tapi aku sendiri kasihan melihat anakku membesar tanpa kasih sayang seorang
bapa ....... ‘ luah Qaisara dalam
diarinya sambil mengalirkan air matanya . Pantas ditutupnya diari yang
menyimpan seribu satu perasaannya . Qaisara menoleh ke arah Haikal yang sedang
seronok bermain dengan mainannya . Sayu hatinya . Tiba tiba ,
Kring ! kring !
Telefon Qaisara berdering minta diangkat .
‘ Hello Assalamualaikum Qai , Haikal apa khabar ? ‘ tanya
irfan . Berkerut dahi Qai pelik . Padahal baru saja pagi tadi mereka bertemu .
‘ Waalaikumussalam Irfan .. Awak kenapa ni ? Tadi baru je
jumpa kan ? ‘
‘ Em , Qai awak nak tak saya jadi papa Haikal ? ‘ tanya
Irfan spontan .
‘ Yalah , memang selamani Haikal panggil awak papa kan ? ‘
jawab Qai bendul .
‘ Tak maksud saya , awak nak tak kawin dengan saya dan
izinkan saya jadi papa kepada Haikal ? ‘ jelas Irfan .
***************************************
‘ Abang , Irfan dah selamat jadi suami Qai. Abang mesti
gembira kan dengar tentang hal ini ? Sebab itu yang abang nak sebelum abang
pergi dari hidup Qai selama lamanya , kan ? Tapi Qai takut abang , Qai takut
takdapat nak sayang Irfan macam mana Qai sayang abang . Sayang Qai pada abang
masih utuh . Qai taknak buang abang dari hati Qai . Qai nak abang ada dalam
hati Qai selama lamanya ‘ Qai menangis di tepi kubur arwah suaminya . Sungguh
dia sangat rindukan Haikal .
‘ Abang , nanti Qai datang lagi dengan Haikal dan Irfan ya?
Kami sayang dan rindukan abang . Tak pernah berubah ‘ luah Qaisara lagi sambil
mengucup batu nisan sebelum beredar kereta suaminya kini , Irfan . Sengaja dia
menyuruh Irfan dan Haikal menunggunya di dalam kereta dahulu . Dia ingin
menjaga hati Irfan . Risau andai luahan nya tadi bisa mengguriskan perasaan
Irfan.
**************************************
‘ Mama , dalam perut mama ada adik eh ? ‘ tanya Haikal yang
kini berusia 5tahun sambil mengelus lembut perut Qaisara .
‘ Ya sayang , mulai sekarang mama dah kena panggil Haikal
abang tau ‘ jawab Qaisara lembut apabila tangan kecil itu mengusap berutnya
yang memboyot . Kemudian , Haikal beredar untuk sambung bermain . Irfan pula
sedang membaca surat khabar di meja makan . Tiba tiba ..
‘ Abanggggggggggggg ‘ panggil Qaisara separuh menjerit .
‘ Ya ! ‘ terdengar suara kecil dan suara besar menjawab
serentak .
‘ Papa , mama panggil Haikal lah ‘
‘ Mama panggil papa lah ‘ Haikal dan Irfan mula bertekak .
Pening kepala Qaisara .
‘ Ya , mama panggil dua dua lah . Abang dan abang , mama rasa baby ni dah nak keluar join
korang ‘ jelas Qaisara sambil menunjukkan air ketubannya yang telah pecah .
‘ Ha ?’ kelam kabut Haikal dan Irfan . Haikal yang sudah
berlari mengambil beg baju Qaisara manakala Irfan pula sedang menolong Qaisara
bangun . Dalam debaran , Qaisara sempat terseyum ‘ Andai tertulis inilah
kebahagiaanku , semoga ia akan kekal milikku sehingga akhir hayatku . Amin ‘
getus hati Qaisara .
TAMMMMMMMMMMMMMM MMMMMMMMMMAT !
p/s : Kalau banyak suruh sambung episod Qai dengan Irfan , in shaa Allah akan disambung :P
1 ulasan:
Sambungg plss
Catat Ulasan