home


2 Jan 2015

Cerpen : ANDAI TERTULIS part1


Kedebukkk !

‘ Aduh macamana boleh taknampak ada batu kat sini pulak , bikin malu saja ‘ bisik hati Qaisara Farisya . Mahunya tidak malu , jatuhnya tersembam ditepi pantai . Hairannya macammana boleh ada batu sebesar bata ditepi pantai yang lapang ni . Tiba – tiba ada seseorang menegurnya .

‘ Awak tak apa apa ke ? ‘ tanya pemuda itu . Lantas Qaisara mendongak untuk melihat makhluk Allah dihadapannya .

‘ Eh siapa pulak mamat nih ? Mana pulak abang nih ? ‘ bisik hatinya lagi sambil mencari kelibat suaminya , Haikal Rusyaidi  tiba tiba ..

Kedebuk !

‘ Aduhhhh ! ‘ Qaisara yang sudah separuh menjerit .

‘ Eh  kenapa ni sayang ? ‘ tanya Haikal kalut sambil memisat – misat matanya .

Geram Qaisara mendengar soalan suaminya ketika itu . Manakan tidak , masuk 5 bulan usia pernikahan mereka , sudah lima kali dia ditendang jatuh katil siapa lagi kalau bukan angkara suaminya .  Pantas dia menjeling suaminya . ‘ Ish geramnya ! ‘ getus hati Qaisara menahan kegeraman .

‘ Sory lah sayang , nak buat macam mana . Hobi .. ‘ pujuk Haikal tersengih kerang busuk . Kerang pun tak sebusuk sengihannya ketika itu .

************************************

‘ Sayang , jom jogging kat pantai ? ‘ pinta Haikal . Berkerut Qaisara mendengar permintaan suaminya , lantas di menilik jam di dinding . ‘ Baru pukul 7.30 pagi tapi ape ke pelik jogging kat pantai nih ? ‘ bingung dia memikirkan permintaan suaminya yang dianggap aneh itu .

‘ Takpayah nk berkerut sangat lah muka tu sayang , teruk benau saye nengoknye ‘ gurau Haikal .

‘ Yelahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh , jom ‘ panjang Qaisara menjawab . Malas bertekak dengan suaminya yang kaki sakat itu . Kalau dilayan , sampai ke sudah tidak habis . Pantas dia bangun untuk menukar pakaiannya . Qaisara memilih untuk memakai t shirt berlengan panjang , seluar track dan tudung bawal bidang 60 . ‘ Jom , dah siap ‘ ajak Qaisara apabila melihat Haikal sedang membaca berita semasa  melalui telefon bimbitnya .

************************************

‘ Abanggggggggggggggggggg ! ‘ jerit Qaisara apabila melihat Haikal berlari jauh dihadapannya sambil ketawa. Nasib sahaja hanya mereka sahaja pada pagi itu . 

‘ Cepat lah sayang , awak ni lambat lah . Banyak sangat lemak awak tu ‘ jerit Haikal mengejek isterinya .

‘ ish , dia ni .. suka tau buat aku macamni ‘ bebel Qaisara sendirian lantas mengejar suaminya . Aktiviti mereka pada pagi itu lebih kepada aksi kejar mengejar dan yang pastinya Qaisaralah yang jadi mangsa buli suaminya . Dalam tercungap cungap Qaisara mengejar Haikal yang jauh dihadapannya tiba tiba ..

Kedebukkkk !

‘ Aduhhh , sakitnya . Mau patah riuk aku ‘ omel Qaisara menahan kesakitan . Tiba tiba dia mendengar seseorang bertanya

‘ Cik tak apa apa ke ? ‘ . Lantas Qaisara mendongak melihat gerangan suara tersebut . ‘ Aduh , malu ah , macam mana pulak boleh ada orang nih ? Abangg , cepat la datang selamatkan Qai ‘  getus hatinya . Hendak menjerit panggil suaminya , suaranya pula seakan akan tersekat di kerongkong . Tiba tiba dia mendengar satu lagi suara yang cukup dikenalinya .

‘ Sayanggggggggggggg , sayang okay ke ? ‘ kalut Haikal tanya sambil bantu isterinya bangun . Terkejut beruk dia apabila menoleh kebelakang rupa rupanya isterinya sudah termeniarap di atas pasir . Dengan pantas dia berlari ke arah isterinya apabila dia perasan ada kelibat seseorang di tepi Qaisara .

‘ Eh Haikal ? ‘ tanya pemuda tersebut setelah diam beberapa minit . Dengan pantas dia menoleh . Seraya itu , ‘ Eh kauuuuu , Irfan . Irfan Al Amin . Ya Allah , lamanya takjumpe ..’ Haikal menghulur tangannya untuk bersalaman . Irfan Al Amin , teman sebiliknya ketika di universiti .

‘ Haha , lama betul tak jumpe kan , kau apa khabar ? Ni isteri kau ? tanya Irfan tersenyum melihat Qaisara .

‘ Alhamdulillah , baik . Ya , kenalkan Qaisara Farisya . Isteri aku ‘ jawab Haikal sambil memperkenalkan isterinya . Qai hanya mengangguk dan tersenyum .

************************************

‘ Irfan ? Kenapa aku macam biasa ja tengok dia ha ? gumam Qaisara sendirian setelah kejadian pagi tadi di pantai berhampiran rumah mereka. Berkerut kerut dia mimikirkan di mana dia pernah berjumpa dengan Irfan , sahabat suaminya.

Ting !  * seperti ada mentol menyala di tepi kepala Qaisara *

‘ Ha ! Aku dah ingat , dia lah mamat dalam mimpi aku minggu lepas . Mimpi tu sama dengan kejadian pagi tadi . Pertunjuk apa ni Ya Allah ? ‘ getus hati Qaisara .

‘ Ah mainan tidur saja .... ‘ getusnya lagi malas hendak fikir . Tidak lama kemudian Qaisara terlelap di atas sofa ruang tamu mereka .

************************************

Sebulan kemudian 
.
‘ Tahniah En Haikal , isteri encik positif pregnant . Dah 3weeks . Mulai sekarang jangan bagi dia buat kerja berat berat ok  ‘ nasihat doktor Aqila sambil tersenyum .

‘ Alhamdulillah syukur ke hadrat Mu Ya Allah ‘ ucap Haikal perlahan lantas mencium tangan Qaisara yang sudah menitiskan air mata .

‘ Sayang , awak ok tak kalau kita pergi shopping baju baby ? ‘ tanya Haikal teruja ketika mereka keluar dari klinik sakit puan itu .

‘ Ya Allah abang , baru 3weeks . Haha excited eh ? ‘ gurau Qaisara manja . Senyuman di wajah suaminya jelas menunjukkan kegembiraannya menerima berita tadi . ‘ Yelah , jom kita shopping ! ‘ jawab Qaisara lagi separuh menjerit . Tidak sampai hati pulak nak menolak ajakan suaminya ketika itu . Orang dah mood happy kann ..

************************************

‘ Eh irfan ! Assalamualaikum ‘ tegur Haikal apabila melihat kelibat sahabatnya yang sedang berjalan sendirian .

‘ Ya Allah , Haikal . Waalaikumussalam . Shopping ke ? ‘ jawab Irfan seraya bertanya apabila dia melihat Haikal dan Qaisara memegang beg kertas .

‘ Haah , alhamdulillah . Baju baby , hehe ‘ Jawab Haikal lagi . Qaisara yang disebelah hanya tersenyum . Rona wajahnya dah bertukar kemerahan . ‘ Ish abang ni , slumber je . Awal lagi la abang oi ‘ gumam Qaisara sendirian .

‘ Ya ? Alhamdulillah syukur . Taklama lagi dapat anak buah la aku ‘ ujar Irfan teruja . Gembira dia melihat sahabat nya bahagia . Timbul rasa teringinnya untuk berumah tangga . ‘ Aku jugak lah yang still single and available ‘ ujar Irfan lagi lantas meledak ketawa Haikal .

‘ Haha  , kau tu yang jual mahal . haha nanti sampai lah jodoh kau ipan oi ‘ gurau Haikal
Perbualan mereka berlanjutan sehingga ke restoran untuk makan tengah hari . Kata Haikal , dia nak raikan kegembiraan ni dengan sahabat lamanya .

Sejak peristiwa itu , hubungan persahabatan Haikal dan Qaisara dengan Irfan kian akrab . Mereka sering keluar bersama sama . Qaisara juga tidak kisah sebab Irfan ni seorang yang lawak . Sama takbetul dengan suaminya , Haikal . Kalau boleh menyakat sampai tak ingat dunia . Disebabkan Irfan ni single , dia sering bertandang ke rumah Haikal . Bosan agaknya , yalah tak ada buah hati kan . Kadang – kadang , kalau free mereka akan keluar tonton movie bersama . Seperti budak baru habis SPM pula apabila melihat gelagat mereka bertiga .

**************************************

Tok ! tok ! tok !

‘ Siapa pulak datang pagi pagi nih ? Takkan abang tertinggal barang kot ? Hairan Qaisara apabila pintu rumahnya diketuk . Haikal pula dah lama pergi kerja . Pintu dikuak perlahan .

 ‘Assalamualaikum , ini Puan Qaisara Farisya ? Saya Syaza Athira , ex girlfriend Haikal , suami awak ‘ ujar wanita tersebut setelah pintu dikuak .

‘ Waalaikumussalam .. ‘ jawab Qaisara lantas terdiam . Kaget dia dengan tetamu yang takdiundang ini .

‘Sebelum itu , boleh saya masuk ? Saya ada hal penting nak bincang dengan awak . Berkaitan dengan Haikal ‘ pintanya lagi .

‘ Masuklah ‘ jemput Qaisara ikhlas tak ikhlas . Berdebar juga hatinya bila nama Haikal disebut tadi . Namun Qaisara cuma beriak biasa cuba lindungi debarannya.

‘ Thanks ‘

‘ Ada apa apa yang boleh bantu ? ‘

‘ Saya nak berbincang tentang Haikal ‘ ujarnya tenang .

‘ Kenapa dengan Haikal ? ‘ hati Qaisara macam hendak terlompat keluar namun dia cuba berlagak setenang mungkin .

‘ Saya nak awak tinggalkan Haikal ‘

‘ Awak dah hilang akal ke ? Dia suami saya ! ‘

‘ Lepas dia tinggalkan awak , dia akan jadi suami saya , bukan suami awak lagi .’

Qaisara mula naik angin . ‘ senang senang je suruh aku tinggalkan Haikal . Gila agaknya perempuan ni . Manalah Haikal kutip dia ni dulu . Huh ‘ bebel hatinya sendiri menahan kegeraman .

‘Awak tolong saya Qaisara , saya dah tak banyak masa lagi didunia ini . Berikan saya kesempatan yang terakhir ini untuk menjadi isteri kepada lelaki yang saya cintai .. ‘

‘ Saya takfaham sepatah pun perkataan yang keluar dari mulut awak tu ‘ Qaisara mula bingung . Mula mula bagi arahan sekarang merayu rayu pulak .

‘ Saya ada penyakit yang sangat merbahaya . Doktor dah sahkan yang saya tidak mampu hidup dengan lebih lama . Jadi , saya minta sangat belas kasihan awak . Tolong saya Qaisara . Tunaikan impian terakhir saya ‘ rayu Athira lagi.

Qaisara mula menggeletar . Namun dia perlu kuat . Dia tak mahu tampak lemah dihadapan Athira .
‘ Keluar ! Saya taknak dengar awak mengarut ! Awak keluar dari rumah saya dan jangan pernah datang lagi ! ‘ Qaisara terus menghalau Athira . Dia tidak tahan lagi .

‘ Haikal dah setuju dengan permintaan saya ! ‘

Longlai badan Qaisara apabila mendengar ayat Athira yang terakhir sebelum meninggalkan kediaman mereka . Dia tertuduk . Air matanya mula nak mengalir mengenangkan apa yang disampaikan oleh Athira .

************************************

‘Abang takboleh tinggalkan Athira buat masa sekarang ‘

Qaisara terus terduduk sebaik mendengar kata kata Haikal . Apa maksud yang tersirat di sebalik kata kata yang menghiris hati Qaisara ketika itu .

‘ Apa maksud abang ? ‘

‘ Abang nak tunaikan permintaan terakhir Thira ‘

‘ Dengan berkahwin dengan dia dan tinggalkan Qai ? Macam tu maksud abang , kan ?

‘ Jadi sayang dah tahu ? Emm abang terpaksa tapi percayalah .. abang sentiasa cinta dan sayang pada Qai seorang ‘ Haikal menghampiri dan menggenggam tangan Qaisara dengan erat .

Air mata Qaisara mengalir jatuh membasahi pipi . Sepatutnya ketika dia tengah mengandung dia dimanja oleh suaminya tetapi sebaliknya yang berlaku . ‘ Ujian apa yang kau beri ini Ya Allah , aku tidak kuat ‘ rintih hati Qaisara .  ‘ Dia lebih sanggup tinggalkan aku daripada tinggalkan bekas kekasihnya , aku tak kuat . Allahu ‘ rintihnya lagi .

‘ Tapi kenapa sekarang ? ‘

Qai tahukan , Thira takdapat hidup dengan lebih lama lagi didunia ini . Abang nak sentiasa disisi dia sehingga saat saat terakhir dia . Sayang faham kan ? ‘

Qaisara menggelengkan kepalanya . Dia cuba memahami , tetapi dia tidak mampu nak mengakui semua itu .  ‘ Ya Allah , hebatnya ujianmu . Ku sangkakan bahagia milikku , rupa kini ku sedar ia sekadar pinjaman darimu ‘

‘ Mulai sekarang abang akan keluar dari rumah ini . Sayang boleh terus tinggal disini . ‘

Setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Haikal bagai belati yang menikam lubuk hati Qaisara . Qai hanya terdiam namun dia sedar yang dia perlu kuat .

‘ Biar Qai yang keluar dari rumah ini ‘ tegas Qaisara .

‘ Tapi sayang nak pergi mana ? ‘

‘ Qai nak pergi minta tolong Irfan ‘ umpan Qaisara cuba membuat Haikal cemburu . Tapi sebaliknya yang berlaku .

‘ Kalau dengan Irfan , abang takda lah risau sangat ‘ . Qaisara terpanar dengan kata kata Haikal .

*********************************

Hon dibunyikan sebaik Irfan sampai dihadapan kediaman mereka . Qaisara meluru masuk ke dalam perut kereta Irfan . Dia sudah malas nak mengenangkan rumah yang banyak melakarkan kenangan manis mereka . Irfan dan Haikal masih berbual bual . Qaisara tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu apa yang sedang dibualkan oleh mereka . Hatinya hancur . Dia sedar dia masih isteri Haikal namun dia hanya ingin minta tolong Irfan menghantarnya ke rumah arwah ibubapanya . Dia tidak kuat nak berhadapan terus terusan dengan Haikal . Tidak lama kemudian , kereta Irfan meluncur laju meninggalkan kenangan indah Qaisara dan Haikal . Qaisara masih cuba untuk tidak menangis lagi .

‘ Qai , menangis lah . Menangis lah sepuas puasnya hari ni . Jangan ada air mata selepas hari ini . Biarlah hari ini menjadi hari terakhir awak menangis ‘ ujar Irfan lembut .

Sebaik mendengar kata kata Irfan , Qaisara menjadi sebak serta merta . Air matanya menjadi laju dan deras turun . Qaisara melepaskan semahu mahunya . Dia menangis sepuas puasnya . Tidak ada lagi perasaan malu pada Irfan dan benar kata Irfan .’ Biarlah hari ini menjadi hari terakhir aku menangis ‘ ujar hati Qaisara .

Bersambung ....

p/s : Thanks kepada yang tegur pasal nama yang tersilap . Maaf :)

Tiada ulasan: