“ Kau apehal doh ?” bersahaja nada Akif bertanya sambil duduk diatas bangku meja mekap apabila sejak dari tadi dia perasan yang Lisa asyik termenung. Tangannya merayap-rayap diatas meja mekap itu. Canggung dirasakan apabila duduk berdua didalam bilik yang hanya ada dia dan Lisa .
Dup! Dap! Dup! Dap!
Entah mengapa Lisa merasakan hatinya tiba-tiba sahaja berdegup dengan kuat. Tanpa sebarang alasan yang kukuh. Lisa merasakan bahawa segala pergerakannya diawasi. Tangan kanannya kuat meramas cadar yang melapisi tilam empuk itu. Matanya meliar memandang ke kiri kanan bilik itu hinggalah matanya bertembung dengan mata Akif . Disaat itu jantung Lisa rasa bagai ingin tercabut sahaja tatkala terkena panahan mata Akif . Resah di dalam jiwa tidak tahu hendak dikatakan bagaimana.
Akif memandang tepat ke dalam anak mata Lisa . Lalu bingkas bangun menuju ke arah Lisa .
Setapak demi setapak .
Mak aih… apa kes mamat mereng ni duk tenung aku macam nak makan je?
Lisa makin mengendurkan pandangannya yang dari tadi masih lagi berlaga dengan pandangan mata Akif.
Lisa makin mengendurkan pandangannya yang dari tadi masih lagi berlaga dengan pandangan mata Akif.
“Aku nak kau ikut cakap aku boleh” Akif bertanya. Di kala ini wajah mereka sangat dekat. Hidung hampir bertemu hidung.
Lisa hanya mengangguk kecil.
“Kau mesti setuju dengan semua aku cakap, boleh?”
Lisa mengangguk laju.
“Kau kena ikut semua cakap aku, faham!!”
Lisa masih lagi mengangguk.
“Kau mesti..”
kreeeeeekkkkk !
Bunyi pintu kayu kamar dibuka.
Kata-kata Akif terganggu lantaran Kak Teh Seri masuk ke kamar mereka tanpa sebarang ketukan mahupun salam. Kak Teh Seri redah masuk ke dalam kamar.
“Alamak…!! Kak Teh masuk wrong time la Akif… Sorry! Sorry! Please continue your unfinish business. Hehehe…” Kak Teh Seri bercakap dengan nada sangat sinis.
Akif jatuh terjelepok diatas lantai kayu kamar tidurnya itu. Tersentap dadanya tatkala kamar tidurnya itu dicerobohi oleh Kak Teh Seri itu.
Kurang asam punya kakak sepupu . Mati aku dibuatnya.
Akif mengurut-urut dadanya yang terkejut itu.
Lisa dengan pantas melangkah pergi dari katil menuju keluar kamar.
“Eh, kau nak pergi mana Lisa? Aku belum habis cakap lagi dengan kau..”
Lisa menoleh. Dirasakan dirinya baru sahaja pulih dari dipukau oleh Akif.
“Apa kau nak hah, mereng? Jangan harap aku nak ikut cakap kau. Pergi blah…” seraya itu juga Lisa pantas meloloskan diri dari bilik penuh keramat itu.
Dan…
Dan Akif termanggu macam cicak jatuh ke tanah kerana gagal menemukan misinya.
Haizz….
…………………………………………………………………………………………………………………
Akif leka mengemas beg bajunya. Niatnya untuk berbicara dgn Lisa tidak kesampaian. Otaknya ligat mencari alasan. Misinya harus terlaksana jika tidak habislah dia.
“Wey… Atok panggil turun,” suara Lisa menjelma sambil tangan kanannya mendarat ke atas bahu kiri Akif.
Akif pantas memulas tangan Lisa. Tindakan refleks yang telah lama dipraktikkan sejak dia menuntut ilmu silat dahulu.
“Aduh, aduh… Kau ni kalau tak menyakitkan orang tak boleh ke?” Lisa separuh menjerit. Matanya bertubir kaca. Setitik demi setitik airmata merembes keluar.
Akif kaget. Tangan Lisa dilerai lekas. Lisa pantas melangkah keluar dari kamar itu. Hatinya terasa begitu sakit. Sakitnya begitu mencengkam lebih dari sakit yang terasa di tangan kanannya. Lisa mengambil keputusan untuk duduk di buaian usang di belakang rumah Atok itu. Airmatanya terus-terusan merembes keluar. Di seka perlahan.
Takguna punya Akif. Sakit tangan aku.
Tangan kanan yang bengkak akibat bekas cucukan drip kelihatan luar biasa bengkaknya. Berdenyut-denyut sakit yang tak tertahan oleh Lisa. Berkerut-kerut wajahnya menahan sakit tatkala jari-jemari tangan kiri cuba menyentuh perlahan bengkak di tangan kanannya.
Apalah nasib aku! Tangan kiri kena simen, tangan kanan bengkak. Dah lah ada dua tangan je.
“Main redah je nak pulas-pulas tangan orang. Nasib baik dia tak pulas tangan kiri aku ni. Aduh…” Lisa mengomel sendirian tanpa menyedari tindakannya di pantau jauh oleh seseorang.
…………………………………………………………………………………………………………………
“Kamu nak balik kejap lagi Akif?” soal Atok yang sedang duduk di pangkin luar rumah.
Aki hanya mengangguk. Dia tidak berani untuk menyatakan hasrat hatinya lantaran Lisa juga tidak tahu akan rancangannya itu. Akif mahu kehidupan dia dan Lisa menjadi kehidupan mereka seperti biasa. Seperti mana mereka masih bujang. Hanya perlu berlakon di hadapan keluarga.
“Kenapa kamu nak lekas balik?” soal Atok lagi
“Akif kenalah balik Tok, kerja Akif menimbun. Ni pun Rayyan dah tolong cover. Akif kerja sendiri Tok, bukan ada cuti-cuti. Lagipun sekarang tengah dapat banyak job. Tak menang tangan Rayyan tu nak buat seorang,” Akif beriya-iya menjelaskan.
Atok sekadar mengangguk.
“Bila kamu nak gerak?”
“Jap lagilah Tok. Barang semua dah siap,”
“Mana Lisa? Dia ikut kamu balik kan?” Atok bernada sedikit serius kali ini. Tambahan Lisa tidak menunjukkan diri sejak dia meminta Lisa memanggilkan Akif tadi.
Akif buntu. Dia menginginkan agar Lisa tinggal disini terlebih dahulu atau mengikut keluarganya pulang ke Melaka.
“Akif ingat nak biar dia tinggal di sini dahulu atau dia ikut Pak Teh dan Mak Teh pulang ke Melaka dulu. Lagi pula Lisa sedang cuti. Saya tak cuti Tok,”
“Hurm… Yelah kalau kamu kata begitu. Dah kamu tanya sama Lisa?”
“Akif…” kata-kata Akif terputus di tengah jalan. Nenek yang baru sahaja tiba di pangkin terus membisikkan sesuatu terhadap Atok
“Betul ke neneknya ?” soal Tok terhadap nenek .
Nenek hanya sekadar mengangguk.
“Lor gitu pulak. Udah kamu panggilkan dia ke mari. Biar aku yang tanya,” putus Atok.
Suasana diam semula. Atok mula memasang rokok daunnya. Di hisap dan di hembus. Keluar asap berkepul-kepul. Akif hanya memandang.
Lisa tiba di pangkin itu. Dia duduk bersimpuh di sebelah Akif setelah nenek memanggilnya.
Apa lagilah yang si mereng ni dah mengadu kat Atok dengan nenek pasal aku? Alah…
Lisa hanya duduk diam di sisi Akif . Malas hendak memandang muka sesiapa. Tambahan matanya masih merah kesan menangis tadi.
“Akif, Tok rasa kamu bawalah Lisa ni pulang bersama-sama kamu. Dia dah jadi tanggungjawab kamu. Tengok, kamu nak tinggalkan dia sampai menangis dia duduk sorang-sorang kat buaian belakang nu… kamu ni Akif kenalah jaga sikit perasaan dia,” Bicara Atok panjang lebar.
Akif melongo. Rahang bawah dagunya rasa bagaikan nak tertanggal mendengar bicara Tok yang nyata-nyata telah salah sangka.
Terbeliak mata Lisa mendengar kata-kata Atok.
Alahai Tok ni. Apa bendanya ni? Aku tahu apa pun tak…
“Tapi…” Akif dan Lisa berkata serentak.
“Tapi apa lagi kamu berdua ni. Udah-udahlah ye. Kamu elok-eloklah muafakat. Dah berumahtangga jangan jadi macam anjing dengan kucing lagi. Dua-dua kenalah timbangrasa. Kamu Akif jangan asyik nak ikut cakap kamu je mentang-mentang kamu orang laki, ketua keluarga. Ni isteri kamu , kamu kena jaga dan fahami dia. Tok tak nak kabo banyak-banyak. Tok tahu kamu balik bawa dia. FAHAM!!!” Tok serius dengan butir percakapannya.
Dan sekali lagi keadaan tidak berpihak kepada Akif dan Lisa
Bersambunggg ......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan