home


5 Jan 2015

Cerpen : ANDAI TERTULIS part3 ( FINAL)

‘ Abanggg ‘ panggil Qaisara cuba manja . Lantas diletakkan kepalanya dia atas riba Haikal yang sedang menonton televisyen malam itu . Haikal ‘ junior’ sudah lama tertidur akibat keletihan bergaduh dengan papanya yang kaki sakat . Haikal kelihatan fokus melayan cerita hantu yang di siarkan di televisyen sementara Qaisara mengambil kesempatan untuk menilik wajah suaminya . Entah kenapa hatinya begitu sayu sekali apabila melihat Haikal pada malam itu . Tambahan pula , dua tiga harini Haikal asyik mengadu batuk dan sakit kepala . Apabila diajak ke hospital asyik menolak aja . Pening kepala Qaisara nak pujuknya .

‘  Abang hensem sangat ke malam ni , sayang ? ‘ tanya Haikal sambil tersengeh bila perasan yang isterinya asyik menilik wajahnya dari tadi .

Tersentak Qaisara . ‘ Eh ? Hahahah , boleh la boleh la . Lepas tekak jugakla ‘ jawab Qaisara selamba .
‘ Apa ? Ish nak kena dia ni ‘  Pantas Qaisara melarikan diri . Haikal pula bangun untuk kejar Qaisara . Malam itu , sepertinya malam untuk mereka berdua saja . Ah lantaklah jiran nak marah ke apa . Setelah beberapa minit aksi kejar mengejar dan geletek menggeletek , akhirnya mereka berbaring kepenatan dia atas sofa ruang tamu itu .

‘ Sayang , kalau tuhan izinkan abang pergi dulu , sayang doa banyak banyak kat abang tau ‘ Haikal bergurau spontan . Tersentak Qaisara , tiba tiba hatinya tidak tenteram memikirkan kata kata Haikal ketika itu .

‘ Mestilah , Qai sayang abang banyak banyak tau ‘ balas Qaisara cuba bergurau padahal hatinya seperti mahu terlompat keluar waktu itu .

Malam itu , seperti malam yang istimewa buat Qaisara dan Haikal . ‘Sesi meluahkan perasaan ‘ mereka berakhir pada jam 3 pagi .

**********************************

Qaisara tersedar daripada tidurnya apabila bunyi jam loceng yang membingitkan lantas mengejutkan Haikal ‘junior’ yang sedar nyenyak dibuai mimpi indah berbunga bunga sambil menghirup udara bilik yang segar *ops over , maap* . Hanya suaminya sahaja masih nyenyak tidur .

‘ Ya Allah , tidur mati betul lah ‘ bebel Qaisara apabila melihat Haikal masih enak dibuai mimpi .

‘ Abanggg oh abang , bangun subuh dahni ‘ lembut Qaisara mengejutkan Haikal sambil memujuk Haikal junior yang menangis . Namun tiada reaksi daripada Haikal . Kaku .

‘ Abang ? Bangunlahhhhhhhhhh , nanti taksempat solat subuh ‘ kejut Qaisara lagi 

Seminit , tiada reaksi .

Dua minit , kaku membatu .

Tiga minit , diam membisu .

‘ Abang ? ‘ panggil Qaisara lagi . Hatinya mula tidak sedap . Dipegangnya dahi Haikal .

Sejuk .

Semakin mendebar debar Qaisara . Spontan tangannya memeriksa nadi suaminya .

Tiada .

Beralih pula ke dada Haikal . Untuk memeriksa jantungnya . Qaisara cuba tahan air matanya yang hampir pecah di tubir mata .

Senyap .

‘ Abang , jangan main main dengan Qai boleh tak ? Nanti Qai taknak kawan dengan abang . ‘ cuba Qai lagi . Dia masih mahu sedapkan hatinya .

‘ Haikal , tengok papa ni Haikal . Suka main main macamni ‘ Qai beralih kepada Haikal yang berada di riba nya . Tiba tiba Haikal junior bangun dan melentokkan kepalanya diatas dada papanya dan menepuk nepuk perut papanya perlahan . Sebak hati Qaisara . Lantas dia menangis sambil memeluk Haikal .

*******************************

Selesai sahaja majlis pengebumian Haikal , Qaisara masih ditikar yang dihampar hadapan kubur Haikal Rusyaidi . Mentua Qaisara sudah lama pulang ke rumah mereka , namun Qaisara sahaja yang masih mahu ‘ menemani ‘ Haikal . Dia masih kaget dengan segala yang berlaku . Qaisara kini sudah bergelar ibu tunggal . Qaisara terusan berfikir bagaimana dia nak hadapi semuanya seorang diri pada saat anaknya baru berumur 8 bulan . Ya , Haikal hanya sempat bersama sama dengan anaknya selama lapan bulan sahaja . Tidak lama kemudian , Qaisara pulang ke rumah yang banyak melakarkan kenangan indah Haikal dan dia .

Setahun kemudian ,

Bip ! bip !

Mesej yang diterima daripada Irfan .

‘ Salam , Qai boleh awak datang ke rumah saya sekarang tak ? Saya ada hal nak bincang ni . Penting ‘ – irfan

‘ wslm . Baiklah ‘ – ringkas Qaisara membalas .

Sejak kematian suaminya , Haikal Rusyaidi . Irfan seakan akan menggalas tanggungjawab segala tanggungjawab suaminya . Setiap hujung minggu , Irfan pasti memaksa Qaisara dan Haikal untuk datang ke rumahnya . Tujuan nya untuk melepaskan kerinduannya terhadap Haikal . Anak angkat kesayangan lah katakan . Kenapa perjumpaan mereka di rumah Irfan ? Kata Irfan , dia tidak mahu keluar dengan Qaisara di luar . Mendatangkan fitnah . Jadi , Qaisara mesti memandu untuk ke rumah  Irfan yang tinggal bersama ibu dan ayahnya .

*************************************

‘ Abang..... ‘ ujar Qaisara perlahan . Air matanya turun semakin deras membasahi tudungnya sesudah membaca surat yang ditinggalkan oleh suaminya  kepada Irfan . Kata Irfan , Haikal amanahkan dia memberikan surat itu setelah setahun genap kematiannya .

Harini genap usia Haikal setahun lapan bulan dan harini juga genap setahun Haikal pergi meninggalkan dunia . Kenapa arwah Haikal nak sangat pangkal depan nama anak kami? Katanya , supaya aku tidak akan melupakannya seumur hidup aku . Kejamkan ? Sebab aku memang sangat merindui dia bila menyebut nama anak kami . Bila Irfan dan mentua aku menyebut nama Haikal , jantungku seakan akan berdegup 170km/s. Aku terasa seperti dia sentiasa ada di sisi aku walaupun panggilan mereka itu sebenarnya untuk anakku . Irfan juga semakin rapat dengan keluargaku selepas kematian Haikal . Haikal Al Amin ? Kata Haikal , dia nak dekat kan anak kami dengan seseorangkan . Ya terbukti sekarang Haikal dan Irfan sangat rapat . Mungkin sebab akhir nama mereka sama iaitu Haikal Al Amin dan Irfan Al Amin dan mungkin juga anak aku tagihkan kasih sayang seorang bapa . Aku tidak pasti . Tapi aku sendiri kasihan melihat anakku membesar tanpa kasih sayang seorang bapa ....... ‘  luah Qaisara dalam diarinya sambil mengalirkan air matanya . Pantas ditutupnya diari yang menyimpan seribu satu perasaannya . Qaisara menoleh ke arah Haikal yang sedang seronok bermain dengan mainannya . Sayu hatinya . Tiba tiba ,

Kring ! kring !

Telefon Qaisara berdering minta diangkat . 

Irfan .

‘ Hello Assalamualaikum Qai , Haikal apa khabar ? ‘ tanya irfan . Berkerut dahi Qai pelik . Padahal baru saja pagi tadi mereka bertemu .

‘ Waalaikumussalam Irfan .. Awak kenapa ni ? Tadi baru je jumpa kan ? ‘

‘ Em , Qai awak nak tak saya jadi papa Haikal ? ‘ tanya Irfan spontan .

‘ Yalah , memang selamani Haikal panggil awak papa kan ? ‘ jawab Qai bendul .

‘ Tak maksud saya , awak nak tak kawin dengan saya dan izinkan saya jadi papa kepada Haikal ? ‘ jelas Irfan .

***************************************

‘ Abang , Irfan dah selamat jadi suami Qai. Abang mesti gembira kan dengar tentang hal ini ? Sebab itu yang abang nak sebelum abang pergi dari hidup Qai selama lamanya , kan ? Tapi Qai takut abang , Qai takut takdapat nak sayang Irfan macam mana Qai sayang abang . Sayang Qai pada abang masih utuh . Qai taknak buang abang dari hati Qai . Qai nak abang ada dalam hati Qai selama lamanya ‘ Qai menangis di tepi kubur arwah suaminya . Sungguh dia sangat rindukan Haikal .

‘ Abang , nanti Qai datang lagi dengan Haikal dan Irfan ya? Kami sayang dan rindukan abang . Tak pernah berubah ‘ luah Qaisara lagi sambil mengucup batu nisan sebelum beredar kereta suaminya kini , Irfan . Sengaja dia menyuruh Irfan dan Haikal menunggunya di dalam kereta dahulu . Dia ingin menjaga hati Irfan . Risau andai luahan nya tadi bisa mengguriskan perasaan Irfan.

**************************************

‘ Mama , dalam perut mama ada adik eh ? ‘ tanya Haikal yang kini berusia 5tahun sambil mengelus lembut perut Qaisara .

‘ Ya sayang , mulai sekarang mama dah kena panggil Haikal abang tau ‘ jawab Qaisara lembut apabila tangan kecil itu mengusap berutnya yang memboyot . Kemudian , Haikal beredar untuk sambung bermain . Irfan pula sedang membaca surat khabar di meja makan . Tiba tiba ..

‘ Abanggggggggggggg ‘ panggil Qaisara separuh menjerit .

‘ Ya ! ‘ terdengar suara kecil dan suara besar menjawab serentak .

‘ Papa , mama panggil Haikal lah ‘

‘ Mama panggil papa lah ‘ Haikal dan Irfan mula bertekak . Pening kepala Qaisara .

‘ Ya , mama panggil dua dua lah . Abang dan abang  , mama rasa baby ni dah nak keluar join korang ‘ jelas Qaisara sambil menunjukkan air ketubannya yang telah pecah .

‘ Ha ?’ kelam kabut Haikal dan Irfan . Haikal yang sudah berlari mengambil beg baju Qaisara manakala Irfan pula sedang menolong Qaisara bangun . Dalam debaran , Qaisara sempat terseyum ‘ Andai tertulis inilah kebahagiaanku , semoga ia akan kekal milikku sehingga akhir hayatku . Amin ‘ getus hati Qaisara .

TAMMMMMMMMMMMMMM MMMMMMMMMMAT ! 

p/s : Kalau banyak suruh sambung episod Qai dengan Irfan , in shaa Allah akan disambung :P