home


8 Dis 2015

Cinta Gila Part 4

Sudah 3 hari majlis perkahwinan mereka selesai . Jadi , ibubapa Lisa dan Akif pun sudah pulang ke Kuala Lumpur . Tinggallah mereka berdua yang terpaksa menghabiskan cuti kahwin di kampung . 

" Ah , nak keluar lah . Bosan je duduk rumah asyik tengok muka mamat otak separuh tu " rungut Lisa sendirian sambil bangun menuju ke pintu utama rumah atoknya .
 
" Eh , Lisa nak pergi mana ni ? " tanya nenek lembut . 

" Nak keluar ambik angin kejap lah nek " balas Lisa . 
 
" Haah , dah bagitau Akif nak keluar ? " tanya nenek mengingatkan dia bahawa dia sudahpun bersuami
" Lisa taknampak pun abang nek , nanti kalau abang balik , nenek bagitahu dia ek " jawab Lisa yang menggelarkan Akif abang setelah terperasan yang atoknya ada dikawasan itu  . Manakan tidak , awal awal lagi dia kena warning dengan atok . Atok cakap kalau dia dengar perkataan kau-aku keluar dari mulut mereka berdua , teruk diketuknya kepala mereka dengan tongkatnya . 

                                       +++++++++++++++++++++++++++++
Lisa berjalan sendirian di tepi sungai tempat dia menghabiskan zaman kanak kanaknya . Dia merenung sambil memikirkan tentang masa depannya dengan Akif . Hampir 2jam melayan perasaan , Lisa bingkas bangun setelah menyedari hari kian gelap 
.
 Baru sahaja kakinya mahu melintas jalan dihadapannya , dia terasa badannya melayang dannnnn
 
kedebuk ! kuat jatuh diatas jalan . 

Akif yang menarik kasar Lisa , menyebabkan Lisa hilang pertimbangan  dan terjatuh .

' Kau ni , dah lama hidup agaknya . Kalau nak melintas tu pandanglah kiri kanan dulu . Aie aku cepuk jugak kang budakni . Haih takhabis habis menyusahkan orang . Nasib baik aku nampak , kalau tak apa aku nak jawab kat atok , nenek , ibu ngn ayah ? Kau ni kannnn ' kuat Akif jerkah di tepi telingan Lisa , setelah dia ternampak Lisa hampir dilanggar kereta .

 Lisa yang baru sahaja sedar apa yang berlaku , tetiba terus menangis apabila dimarahi Akif .
 
Akif yang naik angin , terus kelam kabut jadinya apabila melihat ada jernihan air dipipi gebu Lisa . Selama dia kenakan Lisa , takpernah lagi wanita itu jatuhkan air matanya. 

' Eh kau okay tak ni ? Weh , kau jangan lah menangis . Aduhhhhhh ' pujuk Akif sambil menggaru garu kan keningnya yang tidak gatal itu . 

                                        ++++++++++++++++++++++++++++++

Lisa terus melulu masuk ke bilik apabila sampai di rumah atok . Dia yang sejak tadi diam menahan kesakitan di tangan kirinya terasa tidak sedap hati . Baru sahaja dia mahu mengangkat tombol pintu biliknya ... 

tiba tiba tangan kirinya tidak boleh diangkat . 

Sekali lagi dia mencuba , 

tidak berjaya . 
 
Lisa yang sudah cemas , hampir menitiskan air matanya . Terus membuka pintu bilik menggunakan tangan kanannya . 
                                     ++++++++++++++++++++++++++++++++

Kreekkkkkkkkkkkkkkk ! pintu dikuak 

Terkejut beruk Akif apabila baru sahaja dia masuk ke dalam bilik , dia terdengar esakan daripada isterinya . Laju dia duduk di tepi Lisa .

" Weh , kau kenapa doh ? Sorry la , aku taksengaja la marah kau . " ujar Akif ikhlas . Buat pertama kalinya dia minta maaf dengan Lisa seumur hidupnya .

" Isk isk ... tangan aku ... tangan aku takboleh gerak " jawab Lisa sambil menunjukkan tangan kirinya yang terkulai . 

" Weh ? kau kenapa takbagitau aku tadi . Aduhhhhh apa aku nak jawab dengan atok nih ? Kau tak main main kan ? Dah jom kita pergi hospital . " kalut Akif sambil memeriksa tangan Lisa . 

Lisa hanya mengangguk sambil mengesat air matanya . 


                                    ++++++++++++++++++++++++++++

" Doktor , macamana isteri saya ? " 

" Isteri encik okay , cuma tulang tangan kirinya retak . Dia ok sekarang. Saya admitkan dia masuk wad. Rasanya esok dia boleh keluar. Jangan risau, ok! Sekarang dia tidur,” Dr Aira berkata lalu berlalu dari situ .

Akif terus ke kaunter bertanyakan wad berapa Lisa dimasukkan.

“Semua pulanglah dulu. Saya tunggu sini jaga Lisa,” Akif bersuara kepada semua kaum keluarganya.

“Kamu jaga Lisa tu betul-betul Akif. Balik rumah nanti kita bincang lagi..” Atok berkata dengan suara seakan mengugut.

Akif hanya mampu mengeluh. Di salam tangan semua yang hadir menemani.Setelah semua ahli keluarganya pulang .

                                                     ++++++++++++++++++++++++++++++++

Keesokkannya ..

Tiba di katil Lisa, Akif  melihat Lisa duduk bersandar seorang diri. Tidak tahu ingin berkata apa. Akif diam sahaja. Dia meletakkan beg baju di penjuru kaki Lisa. Makanan yang dibeli tadi  diletakkan di atas meja sisi katil.
“Kau dah makan?” Akif bertanya sambil mencecahkan punggungnya di atas kerusi.
Lisa hanya menggeleng.
“Nak makan?”
Lisa mengangguk.
“Lapar?”
Lisa mengangguk lagi.
Akif membuka bekas polistiren yang berisi nasi lemak. Di ambil sudu, dan memberikan kepada Lisa.
Lisa mengambilnya dengan tangan yang sakit. Masakan tidak. Tangan kiri disimen dan berbalut manakala tangan kanannya dicucuk drip. Kedua-duanya sakit. Bagaimana hendak makan? Tambahan pula semalam dia hanya dapat makan sedikit sahaja.  Kini perutnya sudah tak tahan kelaparan.
Akif melihat Lisa yang payah untuk menyuap nasi ke mulut.
Alahai… Dua-dua tangan sakit. Kesianlah pulak…
“Meh sini aku suapkan,” Akif pantas menyambar semula bekas polistiren dan sudu dari tangan Lisa. Lisa tidak ada daya menahan mahupun melawan. Lagi-lagi dalam keadaan dia begini.
Akif pantas menyudukan nasi lemak ke mulut Lisa. Lepas satu, satu disudukannya.
“Kau ni gopoh sangat kenapa? Mulut aku penuhlah… pelan-pelanlah sikit,”  Lisa berkata dalam keadaaan mulutnya dipenuhi nasi lemak.
Akif tersengih seperti Pak Pandir lagaknya.
“Nak air?” Akif menyoal.
Lisa hanya mengangguk.
Dahlah dia suapkan aku mengalahkan aku nih anak dinosaur kelaparan. Ada pulak tak nak bagi aku air. Gila ke apa? Mestilah aku nak air… Dalam hati Lisa membentak.
Selesai makan. Lisa dan Akif kembali diam.
“Kau tak nak mandi ke?” Akif menyoal lagi. Kali ini perbualan mereka banyak dimulakan oleh Akif.
Lisa mengangguk.
“Jom aku bawak ko pergi bilik air,” Akif berkata lagi.
Lisa menggeleng kali ini.
“La.. kenapa pulak?” kali ini Akif pula tertanya-tanya.
“Itu tandas perempuan. Khas untuk pesakit perempuan. Kalau kau ada macam mana pesakit lain nak mandi atau nak masuk bilik air. Tunggu jelah mak aku atau sesape sedara kita yang perempuan datang,” Lisa menjelaskan.
Akif hanya mengangguk mengiyakan. Tidak terfikir oleh akalnya jawapan Lisa itu.
Kemudian seorang nurse dalam linkungan umur 20-an datang menghampiri katil.
“Encik ni siapa?”
“Saya suami dia,”
“Ooh” Dalam hati nurse itu berasa sedih. Lelaki di depan matanya ini suami orang. Ingatkan bujang lagi. Manalah tahu kalau-kalau setakat adik-beradik kepada patient di depan matanya ini sahaja.
“Doktor dah check tadi. Dan rasanya Encik bolehlah uruskan pasal prosedur isteri Encik keluar wad,” Nurse itu berkata lagi. Kemudian berlalu pergi.
Akif  memandang Lisa .
“Kau tunggu kejap. Aku nak pergi uruskan pasal kau nak keluar wad,” Akif bingkas bangun dan beredar keluar daripada wad.
Diluar wad kelihatan sanak saudaranya ramai yang hadir.
“Eh atok ! Kenapa atokk tak masuk tadi?” AKif menyoal sambil mencium tangan Atok itu.
“Atok malas masuk. Biarlah kamu jaga Lisa tuh. Kami tengok dari luar sudah. Lisa macam mana? Dah sembuh?”
“Lisa ok. Ni Akif nak uruskan pasal dia nak keluar wadlah ni. Akif pergi dululah. Atok masuklah tengok Lisa tu,” Akif berlalu pergi.
                                +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Dalam kereta kedua mereka diam membisu. Akif tidak tahu untuk berkata apa. Lisa pula sibuk memandang ke luar tingkap. Akif cuba mencari jalan untuk memecahkan suasana sunyi sejak tadi. Lagu daripada radio tidak diendahkan.
“Tadi doktor cakap apa dekat kau yang kau boleh sampai keluar hospital awal?” Akif akhirnya membuang egonya.
“Hah? Oh… Doktor cakap forearm fractured. Tulang ulna twisted sikit. Kira very mild fractured. That's why just pakai plaster cast and sling je. Then dia bagi medical leave slip for 2 weeks. So cuti lama sikitlah” Lisa berkata sambil tangan kanannya memegang tangan kiri yang berbalut kemas. Badannya masih membelakangkan Akif yang menumpukan perhatian pada pemanduan.
Akif tidak tahu untuk berkata apa lagi. Suasana kembali sunyi. Akif senang mendengar penjelasan Lisa. Hati yang tadi kerisauan sudah beransur hilang. Akif mula bersiul-siul kecil mengikut rentak lagu yang berkumandang dan jari-jemari mula mengetuk stereng mengikut ritma siulannya.

Bersambung ........


 

5 Dis 2015

Cinta Gila part 3

           Majlis bersanding diadakan dengan gilang gemilangnya. Lisa dan Akif di arak di atas tandu sambil kompang dan rebana di palu-palu menerbitkan suasana yang meriah. Selesai itu, mereka berdua dihidangkan dengan aksi silat. Lisa dan Akif terpukau dengan gerakan lincah anak-anak kecil yang bersilat itu.
           Lisa dan Akif sama cantik sama padan dengan pakaian serba merah yang sangat menawan hari itu. Pakaian pengantin untuk majlis persandingan ini disewa khas di sebuah butik pengantin mewah di kawasan Kuala Lumpur.
           Usai sesi tepung tawar, mereka berdua dihidangkan dengan hidangan yang sungguh lazat. Ayam golek, udang bakar, ikan bawal masam manis, buah-buahan dan pelbagai lagi juadah yang menyelerakan.
          Jurugambar majlis meminta diadakan sesi suap menyuap oleh kedua mempelai. Jurugambar ingin merakamkannya di dalam album perkahwinan mereka. Pada mulanya Akif dan Lisa menolak tapi ibu dan mak mereka berdua mahu bahawa gambar sedemikian di ambil.
           Akif menyuap Lisa menggunakan sudu di tangannya. Di suakan ke mulut Lisa . Di sumbatkan laju ke mulut Lisa dengan rakus. Lisa tersedak kecil. Matanya merah. Dicapai gelas dan meneguk laju.
           Cari pasal betullah si mamat mereng ni. Ikutkan hati aku, aku tumbuk muka dia sekarang jugak! Dalam hati Lisa sudah mula meradang.
           Di pandang wajah Akif tajam. Akif mengangkat-angkat keningnya. Matanya berkedip-kedip seolah-olah tidak tahu apa yang terjadi. Wajahnya di palingkan ke arah lain. Ibu jari tangan kanannya spontan menggaru-garu hidungnya yang tidak gatal. 
          Sakit di hati Lisa hanya Allah yang tahu. Dadanya sudah mula berombak kecil. Jika tidak difikirkan kerana majlis sudah lama ayam golek di atas meja itu dibenamkan ke muka Akif .
         Mata Lisa terbeliak sedikit besar. Jika boleh dilihat mentol yang tiba-tiba menyala di dalam benak ketika ini memaparkan idea jahatnya yang timbul. Lisa dengan laju memijak kuat kaki kiri Akif dengan high heel 3 incinya yang tirus dan panjang itu. Menjayakan misi jahatnya. Akif tiba-tiba terus berdiri menahan sakit yang teramat. Mukanya merah menahan kesakitan . Tidak lama kemudian , dia berlalu masuk ke dalam bilik . 
        Lisa mempamerkan riak tidak bersalah .
      " Apa yang Lisa dah buat ha ? Kamu jangan ingat ibu taktahu ! " ugut ibu sambil merenung tajam kearah Lisa . 
       ' Apa ? Lisa takbuat apa apa pun ... ' nafi Lisa . 

                                                      +++++++++++++++++++++++++++++++++

     Akif  duduk di sisi katil sambil kaki kirinya di ampu di atas pangku paha kanannya. Di usap-usap kakinya yang bengkak itu. 
' Kreeeeek ! ' pintu dikuak 
    Akif tidak memperdulikan kehadiran Lisa.
   “Hurmmm…” Lisa berdehem kuat. Cuba untuk mula bersuara.
    Akif buat-buat tak tahu.
    “Sorry…” perlahan Lisa mengucapkannya.
    Akif masih berdiam. Lisa melangkah menghampiri Akif . Dilihatnya kaki Akif bengkak dan biru. Timbul rasa simpati di hatinya
   " Kenapalah aku ikutkan sangat rasa marah aku tadi? " Lisa sedikit menyesal dengan perbuatannya.
   Lisa bingkas ke luar semula dari kamar. Dia kembali ke dalam kamar dengan membawa sebekas ais. Di ambil sehelai tuala bersih yang kecil di ambil ais sedikit dan di bungkus dengan kain itu. Dia kemudian melutut di hadapan Akif. Di tuam kaki Akif perlahan.
     Akif sedikit terperanjat dengan perbuatan Lisa. Dia spontan menepis kasar. Tuala itu berterbangan jatuh. Ais yang tadi terbalut kemas bersepah keluar. Lisa mengerutkan keningnya memandang mata Akif. Dibuang rasa marahnya kepada Akif itu.
    Lisa bangun dan segera mengutip kembali kain tuala dan ais yang bersepah itu. Di balut semula. Dia membawa kembali tuala itu kepada Akif. Kali ini dia tidak menuamkannya ke kaki Akif. Dia hanya menghulurkan kepada Akif. Akif mendongak memandang Lisa.
    "Kau tuamlah sendiri. Kang aku tertuam kuat kau kata aku nak bunuh kau pulak..” tangan Lisa masih menghulurkan tuala itu. Dicapai Akif tuala itu dan ditekapkannya ke kakinya yang bengkak itu.
“Sorry..” kata Lisa lagi. .
“Thanks..” jujur Akif  mengucapkannya sambil memandang kedalam anak mata Lisa . Darah menyerbu naik ke muka Lisa . Buat pertama kalinya  Lisa diam membisu depan musuh ketatnya itu . Lantas , dia melarikan mukanya ke arah lain .

Tok ! Tok ! Tok !

     ' Aku pergi tengok kejap ' ujar Lisa lantas bangun menuju ke pintu .

     ' Lisa , haaaa ni ada tetamu istimewa datang nak jumpa kamu ' ujar MakSu Leha sambil tersenyum di tepi dua orang tetamu itu .

     ' Abangggggg ... ada tetamu nak jumpa dengan kita ni bang…” spontan Lisa menuturkannya.


Aik! Asal pulak si minah senget ni tiba-tiba je panggil aku abang? Akif bersoal sendiri di dalam hati. 
Tanpa dia sedari dia menggaru-garu dahinya itu.
    Akif bangun dan berjalan perlahan-lahan ke arah Lisa. Kelihatan olehnya insan "istimewa"  yang menyebabkan Lisa memanggilnya 'abang'.
   “Sayang, asal pintu tu buka sedikit je? Bukalah besar sikit. Ajak tetamu masuk bilik kita ni. Manalah tahu diorang ni nak tengok bilik pengantin kita ni..” Akif menyambung lakonan Lisa.
    Nak runtuh jantung Lisa mendengar Akif memanggilnya 'sayang'. Terasa aorta dan vena kava di jantung bagai nak putus. Lisa pantas menguak pintu kayu kamar pengantinnya itu. Masuklah Maksu Leha  dengan tetamu 'istimewa' mereka itu.
    Mata tetamu 'istimewa' itu memandang sekeliling bilik. Mengagumi keindahan kamar pengantin itu.
   “Eh, cantik sungguh bilik pengantin ni Lisa,” bicara Gayah candi a.k.a kekasih gelap Akif .
  “Tahniah kat korang berdua. Dah selamat kahwin…” ucapan tahniah yang lahir daripada mulut Abu itu kedengaran sedikit sinis dan sedih.
   Inilah tetamu 'istimewa'  yang dimaksudkan Maksu Leha  tadi. Akif dan Lisa sengih sahaja memandang wajah Gayah dan Abu yang nyata terkilan tidak dapat berkahwin dengan mereka berdua.
  “Ingatkan adalah jodoh kita tapi…” bicara Abu terhadap Lisa.
  “Anggap jelah tak ada jodoh kita Abu…” Lisa cuba berbahasa baik dengan Abu. Sedangkan hatinya meluat melayan kerenah Abu.
  Jangan harap aku nak kat kutu babun rayau macam kau. Mati hidup semula pun aku tak hingin!
  “Akif segak sungguh hari ni. Kan bagus kalau Gayah yang jadi pasangan Akif ” tutur Gayah tanpa malu.
   Akif hanya tersengih lebar.
   Simpang malaikat 44, Sampai mati pun takkan kau dapat! Itulah pantun dua kerat, jawapan untuk kata-kata Gayah daripada Akif namun hanya terbit di sudut sanubari sahaja.
   Akif merapatkan dirinya ke sebelah Lisa. Badan mereka berlaga. Tangan Akif pantas memeluk bahu Lisa . Lisa  laju memandang wajah Akif. AKif membalas pandangan Lisa . Di kerut-kerutkan dahinya dan di jegil-jegilkan biji matanya memberi isyarat untuk berlakon di hadapan Abu dan Gayah.
   Lisa yang dapat menelah pantas membalas pelukan di bahunya dengan melingkarkan tangannya ke pinggang Akif . Lisa dan Akif sama-sama tersenyum ala-ala gembira dan bahagia di hadapan tetamu ' istimewa' mereka itu.
  “Abu dengan Gayah dah makan belum?” Akif  bertanya pula.
 " Belum,” serentak Abu dan Gayah menjawab.
 " Maksu bawalah dorang ni makan dulu,” Akif berkata pada Maksu.
  Maksu mengangguk.
  “Moh,” Maksu berkata kepada Abu dan Gayah.
Abu dan Gayah menyalami Akif dan Lisa. 
  Akif dan Lisa berjalan seiring menghantar tetamu istimewa mereka ke muka pintu. Tatkala pintu di tutup mereka berdua memandang wajah masing-masing. Anak mata mereka bertaut. Seakan ada kuasa listrik di antara mereka. Segera dileraikan pelukan dan lingkaran tangan yang tertaut erat di bahu dan pinggang mereka.
  Buat kali pertama dalam sejarah hidup Akif dan Lisa , mereka berganding bahu untuk menjatuhkan musuh-musuh mereka. Dan dengan gilangnya misi mereka di anggap berjaya.
  Akif pantas duduk semula ke birai katil dan menuam semula bengkak di kaki manakala Lisa bingkas keluar kamar menuju ke mana sahaja ingin di langkah kakinya. Tak rela duduk dengan Akif dalam kamar itu setelah lakonan 'abang'  dan 'sayang'  mereka itu. Mual, sungguh mual!
Bersambung .....

*Thanks sbb tolong betulkan pasal nama yg tersilap . Maaf sebab saya selalu buat cerpen yg berbeza pada waktu yang sama huhu

     
       

3 Dis 2015

Cinta Gila Part 2

    Akif duduk termenung di pangkin bawah pokok mangga neneknya . Dia duduk disitu usai pulang berjemaah subuh di masjid . Semalaman dia tidak boleh tidur dek teringatkan hasrat atoknya yang tidak tercapai dek akal itu .
   Seusai perbincangan mengejut semalam , abahnya telah menceritakan sebab sebenar yang menyebabkan dia dan Lisa menjadi korban . Rupanya , ini sebab Airin kakak sepupu mereka tidak dapat meneruskan perkahwinan kerana tunangnya dikhabarkan telah ditangkap khalwat di sebuah hotel . Airin merupakan cucu emas atok dan nenek . Dek kerana itu , majlis yang bakal diadakan bulan hadapan dibuat secara besar besaran. Majlis itu juga ditaja sepenuhnya oleh atok dan nenek . Lebih 3000 jemputan telah dia buat .
  " Kenapa takcari saja pengganti untuk jadi suami Airin , bah ? So majlis still boleh diteruskan . " ujar Akif yang nyata tidak puas hati kerana tiba tiba dia yang terpaksa menjadi kambing hitam untuk majlis itu . 
  " Kalau kamu kan Akif , sudahlah tunang kamu curang , kena tangkap khalwat pulak disaat saat kamu hendak naik pelamin , abah rasa tentu tidak kan " ujar abah .
Akif berkerut . Dia serabut . Serabut dengan semua masalah .
 
  " Kif fikir lah baik baik . Ni soal maruah atok dan nenek . Kif tak kesian ke kat atok ngn nenek yang sudah menjemput satu kampung untuk majlis Airin tu . Mana diorang nak letak muka kalau majlis tu takjadi ? Nanti sakit atok datang lagi dan apa apa jadi dekat tok  , kamu yang rasa bersalah . Kamu fikir lah baik baik " seraya itu abah menepuk nepuk bahu tanda peringatan lalu meninggalkan Akif termanggu di tangga rumah .
 
   Itulah perbualan dia dengan abah malam tadi . Sungguh dia tidak mampu berfikir sekarang . Dia benar benar serabut . 
  " Aduhhhh ! aku nak kahwin dengan siapa ni ? Gayah miang ke Lisa senget tu ? Aduh serabut ah ! " lantas diramas ramas kepalanya .
Aku pun satu , kenapa lah sampai sekarang aku takde girlfriend . Gayah miang candi tu jugaklah yang nak dekat aku . 'Aduh , pitam Kif tok , pitam .... ' rungut hatinya.
                                 ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
   Lisa masuk dalam bilik dan membaringkan badanya . " Atok , kenapa atok buat Lisa macam ni .. Lisa tahu la Lisa ni cucu derhaka , tapi Lisa taknak la sampai macamni " gumam aku sendirian sambil menangis teresak esak . Masuk harini , sudah 3 hari peristiwa mengejut malam itu berlaku . Tak kurang jugak ahli keluarga yang datang memujukku untuk terima cadangan atok . 
    Hatinya juga sedih mengenangkan nasibnya . Sudahlah baru putus cinta 2 bulan yang lepas , hatinya baru sahaja mahu pulih , disuruhnya berkahwin pula dengan musuh sendiri . 
krekkkk ! 
    Pintu dikuak . Ibu masuk dan duduk disebelahku . Lembut ibu menarik aku tidur di ribanya . Diusap  lembut kepalaku tanda memujukku yang sedang menangis . Aku merenung ke dalam mata ibu ,minta pertolongan . Ibu tersenyum , mengangguk tanda meminta aku untuk bersetuju dengan cadangan atok .
   Lisa sudah hilang kata . Sungguh dia lemah tidak tahu mahu meminta bantuan siapa lagi sedangkan ibu yang menjadi tempat aku mengadu pun berpihak pada atok . Aku akur kali ini jika ini takdirku. Dan aku berserah hanya kepada-Mu. Pasrah itulah jawapanku kini.


                                              ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

    ' Aku terima nikahnya Lisa Humaira bt Mohd Zaidi dengan mas kahwin yang tersebut .... '

   ' sah ? '
   
   Lisa yang duduk di belakang Akif sudah menitiskan air matanya . ' Ya Allah , aku tidak tahu apa yang bakal jadi selepas ini . Kau kuatkanlah aku Ya Allah ... ' rintihan kecilnya. 

  Tidak lama kemudian , Akif bangun menuju kearah Lisa untuk majlis pembatalan air sembahyang . Akif menghulurkan tangan untuk disalami oleh Lisa , namun Lisa hanya memandang tangan Akif . Lantas ibu yang berada disebelah Lisa menyiku tanda menyuruhnya sambut huluran Akif . Sesungguhnya Lisa sangat gugup untuk menyium tangan Akif . Lisa yg kelihatan teragak agak untuk menyium tangan Akif terus ditolak lembut oleh Akif . Dek kerana itu , mukanya terus terjepuk cium tangan Akif . ' Kurang ajar kau Akif . Kau tunggu ya .. ' ujar Lisa kegeraman .

  Atok , nenek dan seluruh ahli keluarga tersenyum melihat gelagat dua orang musuh yang sudah menjadi suami isteri . 
 
                  ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Walaupun hari itu merupakan hari perkahwinan mereka namun itu tidak bermakna mereka tidak bergaduh . Sesi balas membalas dendam tetap berjalan seperti biasa . Apabila tiba sesi bergambar , fotografer menyuruh mereka untuk posing gaya sweet itu dan ini dan lain yang dibuat mereka . Apabila Akif baru sahajamahu memeluk pinggang Lisa , tidak semena mena  terus dicubit Lisa   . Akif yang terkejut lantas menjerit kuat . Gelagat mereka diambil oleh fotografer itu . Aksi Lisa menarik rambut Akif . Akif yang memijak kaki Lisa . Fotografer itu hanya tersenyum melihat gelagat mereka yang dianggap sweet . Padahal , itu adalah aksi membalas dendam mereka . 

Bersambung ..... 










 
    
   

Cinta Gila part 1

        " Kau ni apahal hah ? ! jerit Lisa Humaira apabila Akif dengan sengaja menyadung kakinya sehingga dia jatuh tersungkur . Sudahlah rumah nenek mereka itu rumah kayu , memang kuatlah bunyinya . Kedebuk ! macam nangka busuk .
           
         " Kenapa tu  ? " tanya nenek.
          Akif hanya mempamerkan muka selamba . Tiada riak bersalah langsung sambil mengangkat bahu tanda tidak tahu . Akif  Danial , sepupu kepada Lisa Humaira . Akif tua 2 tahun daripada Lisa , namun mereka seolah olah musuh yang sedang berperang . Akif memang suka kenakan Lisa . Lisa memang benci benar dengan abang sepupunya yang seorang itu. Sehingga kadang-kadang  dia merengek dekat ibu dan ayahnya tidak mahu balik kampung bila tiba hari raya tetapi tidak pernah diendahkan.  
         " Hergh ! " rengus Lisa sambil bangun dan masuk ke dalam bilik. Dia membaringkan badannya di atas katil sambil merenung kipas di syiling . Hatinya betul betul sakit dengan perangai Akif . " Aku benci kau Akif , aku benci kau ! " jerit hati kecil Lisa
                                  ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
 
         " Lisa , ayah nak mintak satu benda boleh ? " usul ayah memula bicara memecah kesunyian .
Keadaan masih lagi sunyi .
         " Lisa , dengar tak ni ? " tanya ayah lagi apabila melihat anakdaranya seorang itu leka memandang jalan dihadapan .
          " Ha ? apa apa ? Lisa takdengarlah " jawabku apabila sedar ayahnya sedang bercakap dengannya. 
         " Ayah mintak satu ja , Lisa tolanglah jangan bergaduh lagi dengan Akif . Tolong lah . Ayah dah penat dengar bebelan nenek dangan atuk . Jangan banyak fiil boleh ? " nada ayah kedengaran sedikit merayu.
Aku pantas mengangguk laju. Ayah melemparkan senyuman kepadaku .Padahal  dalam hati ku menggeleng laju . " Kalau dia takcari pasal dengan aku , aku takgaduh punya " dalam diam aku bercakap sendiri didalam hati .
                                          ++++++++++++++++++++++++++++++
 
            Semua kami berkumpul di hadapan nenek dan atuk . Aku duduk di belakang sekali di sebalik timbunan warga-warga keluargaku yang besar. Kali ini semua adik beradik ibu seramai 16 orang pulang. Rumah atok dah jadi macam sardin. Panas dan sesak nafas.
Pheww!!!
Tiba-tiba namaku dipanggil serentak dengan nama Akif .
              Apa lagilah kali ni. Aku rasa aku takda pun cari gaduh dengan mamat mereng tuh sejak  2 jam lalu,” bentak hatiku. Jalanku terganggu lantaran harus melintas sekalian umat dihadapan ini. Mengalahkan Konsert Siti Nurhaliza.
               “ Akif takda gaduh dengan dia punlah tok,” Ledak suara garau serak basah Akif. Lemah gaya percakapannya. Mungkin malas mendengar amarah hakim tua di hadapan. Kelihatan nenek meletakkan jari telunjuknya di mulut. Memberi tanda " Silent Time" . Silent time ibarat petanda ada suatu perkara penting dan serius telah berlaku. Kami semua sudah faham dengan amaran tanda itu.
               Aku yang tiba sedikit lambat bermuka keruh. Pandangan kami tertancap antara satu sama lain. Aku mencebikkan bibirku yang agak tebal, dia melenguskan mukanya dan sedikit jeliran lidah diunjukkan. Mungkin orang lain tidak nampak, mataku nampak. Cukup biar sedikit. Bara di hati semakin panas. Aku pendam.
              “Sabar Lisa sabar,” pujuk hati yang kian panas membara.
               Kami berdua diam.  Atok, nenek, semua emak dan bapa saudara duduk di atas kerusi rotan dihadapan kami dan cucu-cucu serta cicit-cicit kesemuanya di sekeliling kami. Ada yang duduk dan ada yang berdiri. Aku dan Akif  bagaikan pesalah di dalam mahkamah. Hanya tunggu di bicarakan sahaja. Suasana makin hening, dan keheningan malam itu semakin menjerat. Kusam, kelam dan muram. Hanya kedengaran kibas-kibas tangan manusia yang semakin kepanasan.
              Atok berdehem beberapa kali memecahkan suasana yang bening itu. Kaki kanannya di silangkan diatas kaki kiri yang masih lekap di atas lantai. Mulutnya setia menghisap rokok daun sejak tadi. Masih belum habis.
            “Sekarang semua dah tahu masalah yang dah jadi kan… Maka ada sesiapa nak bersuara bagi cadangan tentang apa yang dah berlaku?” tegas Atok berbicara. Suasana masih begitu untuk 5 minit. Tiada siapa yang sudi mencelah, memberi komen mahupun cadangan membina atau meruntuh. Aku dan Akif yang tidak tahu menahu melopong besar. Nasib baik aku cepat sedar. Ku katup bibir laju dan rapat. Ku lihat Akif masih melopong. Persis rupa Pak Mat yang menganga dalam filem Pendekar Bujang Lapok. Dalam hati aku ketawa, di luar cool.
            " Aku ada cadangan macam mana kita nak cari pengganti pengantin masa kenduri bulan hadapan,” keadaan masih sunyi, kelam dan suram.
           Kita kahwinkan aje Lisa dengan Akif . Senang cerita,” ujar Atok lancar. Asap rokoknya dihembus keluar dari hidungnya yang sedikit kembang itu.
           " No way,” tangkas Lisa dan Akif serentak. Mata kedua-duanya tertancap tepat pada muka tua itu. Perasaan tidak puas hati menyelubungi.
            "Kenapa pulak?” tanya Atok.
            “Kif tak suka kat dia pun Tok,” lancang mulut Akif
             “Eleh ingat aku ni suka kat kau? Tak hingin tau. Tok, Lisa tak nak. Tak mahu Lisa dapat suami macam Kif ni. Tak mahu.” tanganku silang ke dada. Dadaku mula berombak laju turun naik. Api marah kian mendidih.
            “Heh, jangan kata kau. Aku lagi tak hingin beristeri perempuan cam kau. Kau tuh layak tuk musang berjanggut je. Tuh pun kalau kau dah jadi perempuan terakhir kat dunia, kalau tak, dia pun tak hingin…” bicara Akif meledakkan api kemarahan Lisa.
            Mata mereka berpandangan. Seperti ada kuasa elektrik yang meletus. Mendung keadaan di dalam rumah itu semakin getir. Ibarat taufan, tsunami dan gempa bumi bakal meledak. Sengaja menambah buruk keadaan, Akif tersenyum sumbing dan seraya itu juga dia meletakkan ibu jari kanannya di atas hidung. Menggaru-garu hidung yang tidak gatal. Bagi Lisa dia tahu itu tanda  very good  untuknya. Tanda dia kalah berkata-kata sebentar tadi. Hatinya kian sakit.
            "Kamu berdua ni tak boleh jumpa langsung. Macamkan anjing dengan kucing,” garang nenek bersuara.
            "Kaulah anjing" bicara Akif.
            "Kaulah” tukas Lisa.
             "Kaulah " (Akif )
             "Kaulah "  ( Lisa )
            " Kaulah"  (Akif)

             "Diammmm” Jerit Atok. Bergema satu rumah hatta satu kampung Bukit Gajah nih. Semua terpaku tatkala atok sudah berdiri dan bercekak pinggang.
            "Kamu nih kalo tak bergaduh setiap kali jumpa tak sah. Kang aku pelakung kamu berdua  baru tahu..” Tegas dan garang suara Atok. Namun itu tidak melalikan kami berdua untuk bergaduh selama ini. Lagi pula kami berdua nih memang dah di gelar sebagai cucu derhaka oleh sekalian cucu-cucu yang ada. Apa nak buat dah nasib badan.
            “Aku tak kira…. Sama ada kamu Akif nak bernikah dengan Gayah anak Mak Limah atau kamu Lisa nak kahwin sama Abu anak Hajah Hasnah. Kamu berdua fikir sape nak buat pengorbanan tuh. Atau jugak kamu kahwin sesama kamu . Kamu fikir kata Atok nih. Keputusan Tok muktamad. Faham!!!” Atok duduk kembali.
             Gulpp!! Kami berdua telan air liur. Akif memang tidak pernah suka pada Gayah anak Mak Limah yang gedik, mengada-ngada, miang dan candi itu. Gayah sememangnya suka pada Akif. Pernah dahulu dia ingin mencium bibir Akif tatkala Akif sedang tidur. Nasib Akif baik, dia terbangun. Lantas dia terus terjun dari tingkap kayu rumah atok . Dan aku,  Aku pasti sanggup jadi andartu plus andalusia jika aku nak dijodohkan dengan kutu babun rayau itu. Siapalah sanggup nak kahwin dengan Abu yang memang terkenal dengan perangai pelesitnya. Namun satu yang aku ketahui. Abu memang ada hati dengan aku. Dia pernah dengan gentlemannya memberitahu perasaan cintanya terhadap aku kepada nenek . Konon cinta. Cett!!
           Kami berdua mempamerkan riak tidak puas hati .

Bersambung .........