‘ Astagfirullah al azim ‘ ujar Asyraf Hadi perlahan .
Bersungguh-sungguh dia mengingati kembali rupa wanita yang hadir dalam mimpinya
semalam . Sampai berkerut kerut dahinya . Teruk benor rupanya ketika itu :P
‘ Alongg , fikirkan apa ni ? Sampai berkerut-kerut Fiya
tengok . ‘ tegur Safiyyah An Nur , adiknya .
‘ Takde pape lah Fiya , exercise muke je ‘ dalih Asyraf .
‘ Yelah tu .. ‘ jawab Fiya pendek malas hendak bertekak .
**********************************
Beberapa bulan kemudian .
‘ Asyraf , kamu bila nak kahwin ? Sudah ada calon ke ? ‘
tanya uminya meminta kepastian .
Berubah terus muka Asyraf . Bukannya dia memilih sangat ,
tapi entah saat ini dia rasakan mahu menyerahkan segalanya kepada umi dan
walidnya . Sungguh dia tidak arif dalam hal hal ini . Manakan tidak , pagi
mengajar kat sekolah . Petang pulak buka kelas mengaji Al Quran di surau , mana
sempat nak memikirkan soal hatinya .
‘ Takde la umi , Along serahkan je lah kat umi dgn walid
uruskan semuanya . Baik bagi umi , baiklah bagi along ‘ jawab Asyraf sopan .
Rona mukanya bertukar kemerahan .
‘ Malu mengalahkan perempuan ! ‘ getus hati Pn Zuhairah . ‘
Yalah , umi sebenarnya berkenan dengan anak kawan umi , Hanie Sofea namanya .
Baik budaknya , lemah lembut ‘ tambah uminya lagi
‘ Along ikut umi je ‘ jawab Asyraf .
*********************************
‘Macam mana Along ? setuju tak ? ‘ tanya uminya setelah
mereka pulang dari rumah sahabatnya , Pn
Alia .
‘ Biar Along buat istikharah dulu boleh umi ? ‘ tanya Asyraf
sopan . Asyraf bingung ketika pertama kali dia melihat wajah bakal isterinya ,
Hanie Sofea . ‘ Wajahnye seperti biasa aku lihat . Tapi kat mana eh ? ‘ getus
hati kecil Asyraf .
‘ Yalah , minta petunjuk dari Allah , along . Dia Maha
Mengetahui ‘ nasihat uminya lembut .
**********************************
‘ Umi , Along dah yakin . Allah dah beri pertunjuk kat along
semalam . In sha Allah , dia adalah jodoh along ‘ tutur Asyraf memulakan
perbualan .
‘ Ya ? Alhamdulillah . Umi dah berkenan sangat dengan Hanie
, along ‘ ujar Uminya teruja .
‘ Yeay ! Dapat kakak baru ! ‘ sorak Safiyyah gembira . En
Khairul hanya tersenyum melihat gelagat isteri dan anak anaknya sambil
menggelengkan kepalanya . Namun ada hati yang berbicara , ‘ Yes , dah ingat .
rupanya dia lah gadis baju putih dalam mimpi aku dulu . Semalam lagi sekali
Allah hadirkannya dalam mimpiku . Ya
dialah jodohku ! ‘ getus Asyraf .
**********************************
Beberapa bulan seterusnya ,
‘Aku terima nikahnya Hanie Sofea Binti Abdul Aziz dengan mas
kahwinya RM100 tunai .. ‘ lafaz Asyraf Hadi . Usai mengungkapkan lafaz nikah ,
Asyraf meminta izin untuk solat sunat nikah bersama Hanie sebelum acara
pembatalan air sembahyang.
Dalam kegembiraan meraikan hari bahagia kedua pasangan ,
tanpa sedar dua hati sedang berbicara mengungkap janji .
‘ Alhamdulillah ya Allah , sekarang tanggungjawabku semakin
banyak . In shaa Allah dengan izinMu , aku akan membawa perkahwinan ni ke jalan
yang di redhai Mu . Jika benar dia jodohku dan diciptakan untukku , dengan
namaMu Ya Allah , aku akan mencintainya kerana Mu , jika hilang cinta ku
terhadapMu , maka hilang jua cintaku terhadapnya ‘ bicara hati Asyraf .
‘Alhamdulillah ya Allah , semoga perkahwinan ini diberkati
Mu hingga ke syurga . Uhibbuka Fillah Asyraf Hadi ‘ getus hati kecil milik
Hanie Sofea .
***********************************
Sedang sibuk Hanie melipat baju sambil menonton drama
bersiri Kau Tercipta Untukku , Asyraf mendekati Hanie lalu mendaratkan
kepalanya di atas riba Hanie dan memejamkan matanya .
Wajahnya sugul seperti
menanggung masalah . Asyraf tidak kisah andai Hanie mungkin mengatakan dia
seorang yang lemah or memandang rendah terhadapnya . Tujuannya adalah untuk
berkongsi masalah dengan Hanie , sudah pening kepalanya memikirkan apa yang
diperkatakan oleh rakan sekerjanya . Terasa mungkin .
‘ Abang , kenapa ni ? Abang ada masalah ke ? . soal Hanie
lembut . Asyraf sedar mungkin dia telah mengguriskan hati isterinya kerana
sejak pulang dari sekolah tadi , dia tidak tegur Hanie langsung . Dia lebih
gemar menyendiri di dalam biliknya . Ketika makan tengah hari dan malam tadipun
dia hanya sekadar mahu mengambil hati isterinya . Seleranya mati .
‘ Em , entahlah Hanie . Abang terasa sangat . Niat abang
baik nak mencegah kemungkaran . Tapi em entahlah diorang takboleh nak terima ‘
cerita Asyraf lemah .
‘ Laaaa , cuba abang cerita betul betul kat Hanie , Hanie
takfaham la abang ‘ ujar Hanie kebingungan . Lalu Asyraf menceritakan kejadian
yang berlaku di sekolahnya tadi . Asyraf hanya menegur dalam mesyuarat guru tentang
satu majlis yang banyak melalaikan dan lagha . Tidak disangka dia akan
ditengking dihadapan semua guru –guru yang lain . Niatnya baik kerana dia tidak
mahu disoal oleh Allah kenapa tidak mencegah kemungkaran yang terang-terang ada
depan mata .
‘ Abang , sabarlah . Nak berdakwah bukan senang abang ,
sebabtu pahalanya banyak . Abang kena ingat bukan semua orang boleh terima kata
kata dan nasihat kita . ‘ nasihat Hanie lembut .
‘ Yalah Hanie . Lagi satu , abang mintak maaf sebab abang
taktegur Hanie sejak dari balik sekolah tadi . Entahlah sayang , abang serabut
sangat ‘ balas Asyraf .
‘ Ya abang . Tak apa , Hanie faham , tapi lain kali abang
cerita dengan Hanie , ya ? Hanie taksukalah biar abang fikir sorang-sorang ,
nanti cepat tua . Kalau kita fikir sama sama barulah tua sama sama ‘ usik Hanie
memecah tawa Asyraf . Hati kedua-duanya berbunga bunga . Cinta antara masing
masing semakin mekar bercambah .
‘ Alhamdulillah ya Allah . Sesungguhnya dialah jodohku . Aku
bersyukur ya Allah kerana engkau menghadirkannya dalam hidupku ‘ lafaz hati
kecil Asyraf .
Rasulullah SAW bersabda : Tidak ada yang lebih patut bagi
dua orang yang saling mencintai kecuali nikah . (Hadis riwayat Ibni Majah) .
P/S : maaf kalini pendek sikit . Idea beku dalam kepala :P
P/S : maaf kalini pendek sikit . Idea beku dalam kepala :P