home


30 Dis 2014

Cerpen : DHIA UL EHSAN ku Part2



‘Alhamdulillah ya Allah . Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Mendengar . Terima kasih kerana mengetahui dan mendengar isi hatiku suatu ketika dahulu . Amin ya rabbal alamin ‘

‘ Allahuakhbar , indahnya senyuman nya , tenangnya renungan matanya . Sesungguhnya dia sungguh mendamaikan . Dhia ul ehsan , nama seindah rupa dan akhlak . Moga aku dijodohkan dgn sesorang yang mendamaikan sepertinya . Amin ya rabb ‘ getus hati Maream tatkala melihat insan tersebut (5tahun lalu )

‘ Assalamualaikum sayang , jauh benor mengelamunya . Teringatkan abang eh ? ‘ tegur Dhia lantas mendaratkan kepalanya di atas riba Maream .

Tersentak Maream dari lamunannya . ’ Alaaa , macam tahu tahu je abang nih . Orang nak buat #trowback sikit pun kacau daun lah hehe ‘ getus hati Maream . ‘ Hehe takde lah abang ‘ jawab Maream sambil mengusap usap rambut Dhia .

***************************************
‘ Allahuakhbar , sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa dalam mencipta manusia seindahnya . Raut wajahnya yang lembut , bibirnya yang nipis kemerahan , kulitnya yang putih kemerahan , rambut yang lurus hitam keperangan , matanya yang bundar bercelak dan kening yang tebal tapi berbentuk cantik . Allah , terima kasih kerana menghadirkan insan seindahnya dalam hidupku .. ‘ getus Dhia perlahan sambil menilik wajah insan kesayangannya .

‘ Assalamualaikum sayang , bangun cepat . Kita qiam jom ‘ lembut Dhia mengejutkan Maream .

‘ emmmmmmmmmmmmm , waalaikumussalam abang , dah pukul berapa abang ? ‘ jawab Maream sambil mengeliat . Tersenyum Dhia melihat gelagat isterinya  ‘ Hesh , comel betol lah ‘ .
‘ 5 suku sayang , bangun cepat . Kita qiam dulu sebelum solat subuh ‘

Lantas Maream bangun menuju ke bilik air untuk membersihkan diri sebelum bertemu Sang Pencipta .
****************************************
‘ Abangggggg .... boleh tak , Mar nak pinjam kereta harini ? Mar nak keluar dengan Huda lah . Lama kiteorang tak keluar . Boleh tak boleh tak boleh tak ?’ tanya Maream sambil mengerdip ngerdip kan matanya .

‘ Allah , dia buat dah muke comel dia tu . Hesh cair , cair . ‘ getus hati Dhia . ‘ Ya lah sayang , boleh . Tapi ingat , jaga hati , jaga mata , jaga aurat tau ‘ jawab Dhia setuju .

‘ Alhamdulillah ...... sayangggggg abang banyak banyak ‘ jerit Maream lantas mencium pipi Dhia .

‘ Oh .. selamani sayang sikit sikit lah eh ? ‘ tanya Dhia separuh merajuk lantas memuncungkan mulutnya .

‘ Eh ? Hahahahahahahahahahahahahahahahahahaha ‘ terkejut nau dia dengan perlakuan Dhia sebentar tadi .

‘ Tengok gelak pulak , yelah orang dah ade kawan baik  , suami pulak digelak gelakkan . Tak adil betul .

Puas Maream menahan geli di hatinya . Takut pulak andai mengguris hati suaminya .

‘ Mane ade , tapi kelakar lah abang buat muke macamtu tadi . Sorry eh abang sayang intan payung batu permata jantung hati ‘ pujuk Maream .

‘ Haha yalah sayang , abang pun gurau aje tadi ‘

‘ Fuh ! nasib baik ‘ getus hatinya .

*******************************************

‘ Assalamualaikum Huda , ya Allah rindunya aku dekat engkau ‘ tegur Maream lantas memeluk sahabat baiknya itu .

‘ Waalaikumussalam , weh weh takboleh bernafas dah ni ! ‘ jawab Huda kalut mendapatkan oksigen .
 
Lantas Maream melepaskan pelukkannya sambil tersengih . Mereka lantas memilih untuk duduk di meja dihujung sudut restoran itu . Mereka melepaskan kerinduan masing-masing dengan bercerita tentang memori zaman persekolahan mereka berselang seli dengan ketawa .

*******************************************

‘ UWEKKKKKKKK ! ‘ masuk kali ni dah dekat tujuh kali Dhia muntah . Perlahan Maream mengusap belakang suaminya . Terbit rasa kasih melihat keperitan suaminya .

‘ Abang , jom pergi klinik abang . Boleh la abang . Please , abang sayangkan Mar kan? ‘ pujuk Maream setelah melihat suaminya yang lemah longlai itu .

*********************************************
‘ Alhamdulillah syukur kepadaMu ya Allah kerana membei peluang aku untuk merasai perasaan ini ‘ ucap Maream perlahan sambil mengusap perutnya yang baru berisi nyawa 3minggu .

‘Uwekkkkkkkkkk ! ‘ tersentak Maream mendengar suara yang cukup dikenali itu . Kata doktor , suaminya yang mengalami alahan sepanjang Maream mengandung .

‘ Ya Allah , abang ok ke abang ? ‘ tanya Mar penuh kasih .

‘ Ya sayang , abang okay je . Demi anak abi dan umi nih .. ‘ jawab Dhia tersengih sebelum ...
‘ Uwekkkkkkkk ! ‘ tersenyum Maream melihat gelagat suaminya walaupun kadang kadang terbit rasa kasihan terhadap suaminya .

********************************************

‘ Sayang , takpayah lah buat kerja rumah lagi . Mar kan tengah sarat . ‘ tegur Dhia apabila melihat Maream sedang mencuci pinggan di dapur dengan perutnya yang memboyot .

‘ Alaaa abang , tak apa lah . Nanti Mar berpantang lama tau , abang lah kena buat semuani .’ gurau Maream .

Dhia yang sedang duduk dikerusi dibelakang isterinya tidak lepas dari memandang isterinya . Risau benar . Tiba tiba ... ‘ Eh sayang , sayang terkencing ke ? ‘ tanya Dhia apabila melihat cecair di kain batik yang dipakai Maream .

‘ Eh ? Ni air ketuban lah abang . Dah tiba dah ni abang , abang tolong ambil beg yang Mar letak tepi katil kat bilik kita abang  .. ‘ suruh Maream dengan getar dihatinya sambil terkumat kamit membaca doa agar dipermudahkan urusan .

‘ hah ? ‘ kalut Dhia berlari ke bilik mereka .

*******************************************

‘ Umiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii ! ‘ panggil buah hatinya yang berusia 3tahun sambil menangis lalu memeluk kakinya yang sedang mencuci pinggan .

‘ Ya Allah , terkejut umi tau . Kenapa ni Fayyad ? ‘ tanya Mar sambil mengusap kepala tubuh kecil itu .

‘ Abi ... huhu abi .. abi uruh (suruh) Allah angan ( jangan) abul an (kabulkan) oo a (doa) ayyad (Fayyad) .  cerita anaknya pelat . Tersenyum dia melihat gelagat insan kesayangannya .

‘ Abiiiiii .... nak kena ni ‘ marah Maream pura pura .

‘ Ala umi , mana boleh doa macamtu . Abi taksuka lah . ‘ jawab Dhia tidak berpuas hati ketika masuk ke ruang dapur .

‘ Fayyad doa apa abang ? ‘ Tanya Maream sambil tersenyum .

‘ Ya Allah , ya uhan u ( tuhanku) , Ayyad ayang(sayang)  abi umi . Ayyad nak adi (jadi) anak oleh (soleh) tapi Ayyad aknak (taknak) adikkkkkk ! huhuhuhuhuhuhuhu (menangis). ‘
Bersungguh –sungguh Dhia meniru gaya Fayyad tadi . Tergaru garu kening dibuat Maream mendengar doa Fayyad .

‘ Dahtu ? abang cakap apa ? tanya Maream tersengih . 

‘ Abang kat sebelah pun sambung lah doa ..’
‘Ya Allah Ya Tuhanku , janganlah kau kabulkan doa Fayyad yang terakhir itu . Amin ya rabbal alamin’

Tersenyum Maream melihat kerenah melihat insan yang mendamaikan dihadapannya itu .

  ‘Muhammad Fayyad Zafran B Dhia Ul Ehsan , in shaa Allah adik adikmu akan menyusul tak lama lagi‘ getus hati Maream ..

------TAMAT--------


p/s : harap sudi lah komen ye :)

Tiada ulasan: