home


2 Feb 2016

Cinta Gila Part 6

       Akif termanggu sendirian apabila masing masing hanya mendiamkan diri dalam kereta . Dia juga tidak tahu adakah tindakannya yang membawa Lisa pulang kerumahnya adalah tindakan yang bijak . Sungguh dia buntu ketika itu .  Jari jemarinya ligat mengetuk stereng kereta itu. Ligat juga otaknya berfikir apakah yang akan terjadi di antara dia dan Lisa . Kelamkah masa depannya bersama Lisa? Haruskah dia menerima sahaja Lisa sebagai suri hatinya atau mereka akan membawa haluan masing-masing? Dia tidak tahu.

' Er , kita nak .... I mean awak nak bawak saya pergi mana ? ' gugup Lisa membahasakan dirinya saya dengan Akif . Selama ni hanya perkataan aku-kau yang keluar dari mulut diorang . 

Kaget Akif . ' Apehal minah ni berawak-saya dengan aku ?  ' gumam hati Akif sambil mengerutkan keningnya.

' Er .. saya harap awak tak kisahlah . Sebab even kita takpernah redha dengan perkahwinan ni tapi dosa-pahala kita tetap dicatit . So , mulai sekarang kita tukar panggilan ya . Saya akan cuba hormati awak sebagai suami , dan saya harap awak jugak hormati saya sebagai seorang perempuan dan juga isteri ' pantas Lisa jelaskan kepada Akif yang kelihatan bingung . 

Akif mengangguk setuju tanpa bersuara. 

' Kita nak buat apa ni ? Awak cuti lagi kan ? ' tanya Akif .

 Lisa hanya mengangguk . ' Entahlah , saya pun buntu . Semuanya jadi sekelip mata ' .

...........................................................................................................................................................

' Weh , bangun lah . Dah sampai ni ' kejut Akif sambil menggoncang bahu Lisa . Disebabkan masing masing masih lagi berbaki cuti kahwin, jadi mereka pilih untuk pergi bercuti di Cameron Highlands .

' ya ya ya , arghhhhhhhhhhh ! ' terpisat pisat Lisa bangun kerana terkejut . Maunya tidak , kejutkan macam nak tercabut bahu dibuatnya . Terduduk Lisa sambil menghadiahkan jelingan maut kepada Akif dan Akif macam biasa hanya mempamerkan riak tidak bersalah .

' Huh  nasib baik la kau suami . Kalau kau still  sepupu aku , lebam muka kau aku kerjakan ' bebel takpuas hati Lisa dalam hatinya.

Akif hanya memerhati reaksi Lisa. ' Sudah , takpayah nak maki saya dalam hati tu . Ingat saya taktahu ? Macamlah saya kenal awak sehari-dua ' selamba Akif. 

Terbeliak biji mata Lisa kerana tidak menyangka Akif memerhatinya sejak tadi . Lantas dia  menjelirkan lidah kepada Akif . Werk !

.................................................................................................................................................................................

Petang itu , mereka pilih untuk menikmati teh di cafe yang berdekatan dengan hotel mereka . Masing masing diam kerana kekok . Bagi mereka sebelum ini , duduk semeja dan berdua itu adalah sama sekali MUSTAHIL ! Tidak pernah terlintas di fikiran mereka yang pengakhiran hubungan mereka adalah sebagai suami isteri . Menyedari keadaan yang tegang kerana ego masing masing , Akif pun bersuara .

' Erm , awak tak kisah ke lepasni tinggal rumah saya ? ' 

Lisa melepaskan keluhan . ' Huh , nak buat macam mana , nanti kalau keluarga kita datang susah lah kalau saya still tinggal rumah sewa saya . Lagipun jauh dari rumah awak kan . '

' Itulah yang saya fikir . Lisa , saya nak mintak tolong boleh ? ' 

Lisa yang sedang mengacau gula dalam cawan tehnya berhenti secara tetiba . Namun , dari tadi dia tidak bertentangan mata Akif . Sejak ' peristiwa pukau ' di bilik mereka , Lisa seakan akan takut untuk bertentangan mata dengan Akif .

'Boleh pandang mata saya ? ' soal Akif serius .

Perlahan Lisa mengangkat wajahnya yang sedari tadi hanya tunduk mengacau air . 

' Sejak kita dah bersuami isteri beberapa hari ini , saya rasa awak ni taklah seteruk yang saya sangka sebelum ni . Lagipun , kita sekarang ni perlukan kerjasama each other untuk berlakon depan family kita . Kita pun dari kecil bermusuh . Saya rasa apa kata mulai sekarang kita jadi kawan ? Boleh ? '

Pap !

Sekali lagi dia dipukau . Lisa hanya mengangguk lembut . Hendak menjawab dirasakan seakan suaranya tersekat di kerongkong . ' Aduh , kau mandrem aku ke apa ni Akif ? ' bisik hati Lisa .

Bersambung ... 

p/s : Actually , nak sambung lagi sikit utk part6 ni , tapi dah semua asyik tanya bila nk update . So , iuols update jelah separuh siap ni . Makanya, pendek jelah . Okbye 




















23 Jan 2016

Cinta Gila Part 5

Lisa yang sedang mengelamun di birai katil tersentak apabila pintu bilik dikuak . 
kreeeeeek ! 
Akif masuk ke dalam bilik tanpa bersuara . Akif yang melihat raut wajah Lisa bagai dapat menelah hatinya yang sedang kusut itu .

“ Kau apehal doh ?” bersahaja nada Akif  bertanya  sambil duduk diatas bangku meja mekap apabila sejak dari tadi dia perasan yang Lisa asyik termenung. Tangannya merayap-rayap diatas meja mekap itu. Canggung dirasakan apabila duduk berdua didalam bilik yang hanya ada dia dan Lisa .
Dup! Dap! Dup! Dap!
Entah mengapa Lisa merasakan hatinya tiba-tiba sahaja berdegup dengan kuat. Tanpa sebarang alasan yang kukuh. Lisa merasakan bahawa segala pergerakannya diawasi. Tangan kanannya kuat meramas cadar yang melapisi tilam empuk itu. Matanya meliar memandang ke kiri kanan bilik itu hinggalah matanya bertembung dengan mata Akif . Disaat itu jantung Lisa rasa bagai ingin tercabut sahaja tatkala terkena panahan mata Akif . Resah di dalam jiwa tidak tahu hendak dikatakan bagaimana.
Akif memandang tepat ke dalam anak mata Lisa . Lalu bingkas bangun menuju ke arah Lisa . 
Setapak demi setapak .
Mak aih… apa kes mamat mereng ni duk tenung aku macam nak makan je?
Lisa makin mengendurkan pandangannya yang dari tadi masih lagi berlaga dengan pandangan mata Akif.
“Aku nak kau ikut cakap aku boleh”  Akif bertanya. Di kala ini wajah mereka sangat dekat. Hidung hampir bertemu hidung.
Lisa hanya mengangguk kecil.
“Kau mesti setuju dengan semua aku cakap, boleh?”
Lisa mengangguk laju.
“Kau kena ikut semua cakap aku, faham!!”
Lisa masih lagi mengangguk.
“Kau mesti..”
kreeeeeekkkkk !
Bunyi pintu kayu kamar dibuka.
Kata-kata Akif terganggu lantaran Kak Teh Seri masuk ke kamar mereka tanpa sebarang ketukan mahupun salam. Kak Teh Seri redah masuk ke dalam kamar.
“Alamak…!! Kak Teh masuk wrong time la Akif… Sorry! Sorry! Please continue your unfinish business. Hehehe…” Kak Teh Seri bercakap dengan nada sangat sinis.
Akif jatuh terjelepok diatas lantai kayu kamar tidurnya itu. Tersentap dadanya tatkala kamar tidurnya itu dicerobohi oleh Kak Teh Seri itu.
Kurang asam punya kakak sepupu . Mati aku dibuatnya.
Akif mengurut-urut dadanya yang terkejut itu.
Lisa dengan pantas melangkah pergi dari katil menuju keluar kamar.
“Eh, kau nak pergi mana Lisa? Aku belum habis cakap lagi dengan kau..”
Lisa menoleh. Dirasakan dirinya baru sahaja pulih dari dipukau oleh Akif.
“Apa kau nak hah, mereng? Jangan harap aku nak ikut cakap kau. Pergi blah…” seraya itu juga Lisa pantas meloloskan diri dari bilik penuh keramat itu.
Dan…
Dan Akif termanggu macam cicak jatuh ke tanah kerana gagal menemukan misinya.
Haizz….
…………………………………………………………………………………………………………………

Akif leka mengemas beg bajunya. Niatnya untuk berbicara dgn Lisa tidak kesampaian. Otaknya ligat mencari alasan. Misinya harus terlaksana jika tidak habislah dia.
“Wey… Atok panggil turun,” suara Lisa menjelma sambil tangan kanannya mendarat ke atas bahu kiri Akif.
Akif pantas memulas tangan Lisa. Tindakan refleks yang telah lama dipraktikkan sejak dia menuntut ilmu silat dahulu.
“Aduh, aduh… Kau ni kalau tak menyakitkan orang tak boleh ke?” Lisa separuh menjerit. Matanya bertubir kaca. Setitik demi setitik airmata merembes keluar.
Akif kaget. Tangan Lisa dilerai lekas. Lisa pantas melangkah keluar dari kamar itu. Hatinya terasa begitu sakit. Sakitnya begitu mencengkam lebih dari sakit yang terasa di tangan kanannya. Lisa mengambil keputusan untuk duduk di buaian usang di belakang rumah Atok itu. Airmatanya terus-terusan merembes keluar. Di seka perlahan.
Takguna punya Akif. Sakit tangan aku.
Tangan kanan yang bengkak akibat bekas cucukan drip kelihatan luar biasa bengkaknya. Berdenyut-denyut sakit yang tak tertahan oleh Lisa. Berkerut-kerut wajahnya menahan sakit tatkala jari-jemari tangan kiri cuba menyentuh perlahan bengkak di tangan kanannya.
Apalah nasib aku! Tangan kiri kena simen, tangan kanan bengkak. Dah lah ada dua tangan je.
“Main redah je nak pulas-pulas tangan orang. Nasib baik dia tak pulas tangan kiri aku ni. Aduh…” Lisa mengomel sendirian tanpa menyedari tindakannya di pantau jauh oleh seseorang.
…………………………………………………………………………………………………………………
“Kamu nak balik kejap lagi Akif?” soal Atok yang sedang duduk di pangkin luar rumah.
Aki hanya mengangguk. Dia tidak berani untuk menyatakan hasrat hatinya lantaran Lisa juga tidak tahu akan rancangannya itu. Akif mahu kehidupan dia dan Lisa menjadi kehidupan mereka seperti biasa. Seperti mana mereka masih bujang. Hanya perlu berlakon di hadapan keluarga.
“Kenapa kamu nak lekas balik?” soal Atok lagi
“Akif kenalah balik Tok, kerja Akif menimbun. Ni pun Rayyan dah tolong cover. Akif kerja sendiri Tok, bukan ada cuti-cuti. Lagipun sekarang tengah dapat banyak job. Tak menang tangan Rayyan tu nak buat seorang,” Akif beriya-iya menjelaskan.
Atok sekadar mengangguk.
“Bila kamu nak gerak?”
“Jap lagilah Tok. Barang semua dah siap,”
“Mana Lisa? Dia ikut kamu balik kan?” Atok bernada sedikit serius kali ini. Tambahan Lisa tidak menunjukkan diri sejak dia meminta Lisa memanggilkan Akif tadi.
Akif buntu. Dia menginginkan agar Lisa tinggal disini terlebih dahulu atau mengikut keluarganya pulang ke Melaka.
“Akif ingat nak biar dia tinggal di sini dahulu atau dia ikut Pak Teh dan Mak Teh pulang ke Melaka dulu. Lagi pula Lisa sedang cuti. Saya tak cuti Tok,”
“Hurm… Yelah kalau kamu kata begitu. Dah kamu tanya sama Lisa?”
“Akif…” kata-kata Akif terputus di tengah jalan. Nenek yang baru sahaja tiba di pangkin terus membisikkan sesuatu terhadap Atok
“Betul ke neneknya ?” soal Tok terhadap nenek .
Nenek hanya sekadar mengangguk.
“Lor gitu pulak. Udah kamu panggilkan dia ke mari. Biar aku yang tanya,” putus Atok.
Suasana diam semula. Atok mula memasang rokok daunnya. Di hisap dan di hembus. Keluar asap berkepul-kepul. Akif hanya memandang.
Lisa tiba di pangkin itu. Dia duduk bersimpuh di sebelah Akif setelah nenek memanggilnya.
Apa lagilah yang si mereng ni dah mengadu kat Atok dengan nenek pasal aku? Alah…
Lisa hanya duduk diam di sisi Akif . Malas hendak memandang muka sesiapa. Tambahan matanya masih merah kesan menangis tadi.
“Akif, Tok rasa kamu bawalah Lisa ni pulang bersama-sama kamu. Dia dah jadi tanggungjawab kamu. Tengok, kamu nak tinggalkan dia sampai menangis dia duduk sorang-sorang kat buaian belakang nu… kamu ni Akif kenalah jaga sikit perasaan dia,” Bicara Atok panjang lebar.
Akif melongo. Rahang bawah dagunya rasa bagaikan nak tertanggal mendengar bicara Tok yang nyata-nyata telah salah sangka.
Terbeliak mata Lisa mendengar kata-kata Atok.
Alahai Tok ni. Apa bendanya ni? Aku tahu apa pun tak…
“Tapi…” Akif dan Lisa berkata serentak.
“Tapi apa lagi kamu berdua ni. Udah-udahlah ye. Kamu elok-eloklah muafakat. Dah berumahtangga jangan jadi macam anjing dengan kucing lagi. Dua-dua kenalah timbangrasa. Kamu Akif jangan asyik nak ikut cakap kamu je mentang-mentang kamu orang laki, ketua keluarga. Ni isteri kamu , kamu kena jaga dan fahami dia. Tok tak nak kabo banyak-banyak. Tok tahu kamu balik bawa dia. FAHAM!!!” Tok serius dengan butir percakapannya.

Dan sekali lagi keadaan tidak berpihak kepada Akif dan Lisa
Bersambunggg ......