Bipp !
“Aduh kacau saja aku nak landing- landing .. “ omel Maream .
Ya Maream Isabella nama diberi . Namanya seindah rupanya .
Pantas Maream menggapai handphonenya di meja soleknya dan
membuka chat yg dikirim oleh sahabat baiknya , Huda menerusi Whatsapp .
‘Kem Remaja Islam
Anjuran ABIM , bayaran adalah percuma . Bermula 7hb sehingga 10hb Dis ‘
‘Mar , jom join kem ni
, macam best je . Free pulak tu :P hehe ‘ perlahan Maream membaca
lantas dia membalas chat itu .
***************************************
‘ Huda ! ohh Huda ! Kita dah sampai ni , bangun la .. ‘
Lembut Maream mengejutkan Huda .
Seminit , tidak bergerak .
Dua minit , tidak berganjak
.
.
Tiga minit , tidak menyahut .
‘ ish dia ni , mencabar kesabaran betul lah -.- ‘ omel
Maream .
‘ Hudaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ! Bangunnnnnnnnnnlahhhhhhh ! ‘
kuat Maream menjerit . Mujur yang tinggal hanya mereka dan pakcik bas .
‘ Adikk kenapa tu ? ‘ tanya pakcik bas .
Maream hanya tersengih sambil menunjuk kearah Huda . Pakcik
bas itu turut tersenyum .
***************************************
‘ Kau lah ni Huda , tengok kita dapat bilik kat tingkat
paling atas . Sudahla hanya kita berlima je . Katil ade 20 kot ‘ omel Maream
‘ Ala .. okay hapa . Takyah nak berebut toilet macam diorang
kat bawah . hehe ‘ sengih Huda .
‘ Assalamualaikum , hai saya Mar . Maream Isabella ‘ tegur
Maream sambil menghulur tangan tanda perkenalan .
‘ Waalaikumussalam , saya Hannan Sofia ‘ sambut Hannan
‘ Waalaikumussalam , saya Amanina dan ni Najjah .
‘ Hai saya Huda ‘ sampuk Huda .
*****************************************
‘ Mar , depan dah penuhlah ‘ omel Huda .
‘ Kan , takpalah . Kita duduk sini jelah tapi aku lupa bawak
spect la , apa apa aku tanya kau la eh . ‘ Kata Maream . Memang sudah sedia
maklum bahawa dia tidak selesa memakai kaca mata , hanya waktu waktu tertentu
saja dia akan memakai .
Assalamualaikum , okay
kita mulakan program kita dengan aktiviti yg pertama iaitu sesi sual kenal
fasilitator yg akan membimbing awak semua sepanjang kem ini berlangsung . Ok
saya serahkan mic ni kepada fasi yg pertama .
‘ Assalamualaikum ,
nama abang Muhammad Abi Qawiem . Adik – adik boleh panggil abang Im . Abang
berumur 22 tahun . ‘
‘ Ok , Assalamualaikum
. Bismillahirahmanirrahim , nama diberi Dhia Ul Ehsan . Umur abang 20 tahun dan
adik- adik boleh panggil abang ehsan ‘
Tersentak Maream mendengar nama itu . ‘ Dhia Ul Ehsan ,
Masha Allah sedapnya nama dia ‘ getus hati Maream . Maream berusaha mahu
melihat wajah empunya nama . Oleh sebab kedudukan mereka jauh dibelakang dan
Maream yg rabun jauh , dia gagal mengesan wajah abang Ehsan .
‘ Hendak ditanya pada Huda malulah pulak . Nanti takpasal
pasal dicop gatal . Huda ni boleh tahan jugak dia punya laser ‘ getusnya lagi .
Maream mengelamun sendiri sehingga tidak dengar apa yang diperkatakan oleh
abang2 dan akak2 fasi di depan .
******************************************
Sepanjang kem tersebut berlangsung , banyak pengalaman yg
mereka tempuhi .
‘ Eh Hannan , kejap lagi kita ada dakwah lapangan kan ?
kumpul kat mana ek ? ‘ tanya Huda .
‘ Haah , dekat dewan terbuka Huda ‘
Usai bersiap , Maream , Huda , Nina , Hannan dan Najjah
menuju ke dewan terbuka . Tiba tiba .....
‘ Eh korangggg , Huda lupa bawak tag nama lah . Maream , kau
teman aku eh . Korang pergi dewan dulu ok ? ‘ kata Huda separuh menjerit .
‘ Kau ni Huda , careless betul lah ‘ tegur Maream .
‘ Yalah kitaorang pergi dulu okay ‘ kata Najjah lalu berlalu
pergi .
Oleh sebab mereka sudah sampai ke kafeteria , mereka
terpaksa berlari- lari anak ke bangunan asrama .
‘Huda , kau pergi naik , aku tunggu kat bawah okeh , penatlah
berlari tadi nak naik tangga pulak ‘ omel Maream .
‘ Yalah , tunggu aku sini tau . ‘ kata Huda sambil blari
naik tangga ke paras 4 .
Sementara itu ..
‘ Assalamualaikum , adik buat apa sini ? Bukan kena
berkumpul kat dewan ke ? ‘ tegur pemuda berbaju melayu hijau pucuk pisang .
‘ Waalaikumussa.... ‘ jawab Maream sambil mendongak melihat
siapa yang menegurnya .
‘ Masha Allah , hensem giler ! Eh takkan peserta KRIS (Kem
Remaja Islam) jugak kot ? Nampak macam dah 20an .. tapi hensem giler kot .
kening dia , kulit dia .. hidung .. eh Astagfirullah al azim , astagfirullah al
azim , zina mata Maream ... ‘ getus hati Maream .
‘ Maream jom , dah jumpaa . Eh abang , assalamualaikum ‘
tegur Huda belum sempat Maream jawab soalan pemuda pucuk pisang ehh pemuda berbaju hijau tadi .
hehe
*******************************************
‘ Eh huda , kau kenal eh mamat baju hijau tadi ? Aku dengar
kau panggil die abang .. ‘ tanya Maream
‘ Eh kau Mar , suke hati je panggil dia mamat .. dia tu kan
abang fasi kita . ‘ balas Huda
‘ Weh takkanlah , muka dia macam mude je .. abang yg mana
satu eh ?
‘ Yalah die kan baru umur 20 tahun , memang mude la jawabnye
. Ala tu abang ehsan .. ‘
‘ Abang ehsan ? Macam pernah dengar je ...... eh takkan dia
abang Dhia Ul Ehsan kot ? ‘ getus hatinya .
‘ Weh termenung jauh nampakk , teringat abang ehsan eh ?
hehehe tapi dia memang hensem gile ah ‘ kata Huda .
‘ Eh takda makne nye lah huda oi ‘
Usik demi usikan berlanjutan hingga mereka tertidur
memandangkan esok mereka akan menamatkan kem ini dan pulang ke rumah .
********************************************
‘ Weh Huda , sedih la . Nanti mesti aku rindu suasana kem ni
. Kita dah nak balik lepas Zohor nanti ‘ kata Maream
‘ Yalah kan , mesti kite rindu najjah , nina dan hannan
nanti kan . Sudah la sekolah asing- asing . Lain la kau hari hari jumpe ‘ kata
huda sambil ketawa .
‘ Ya dan mesti aku akan rindu susuk pemuda hijau pucuk
pisang itu ‘ getus hati Maream . hehe kantoi selalu curi2 pandang abang ehsan .
********************************************
5 tahun kemudian
~ .... tangan yang disangka lembut , menghayun buaian ,
menggoncang dunia mencipta sejarah .. ~
nada dering nasyid lagu Sumayyah meronta ronta minta diangkat . Maream gegas menjawab panggilan tersebut .
nada dering nasyid lagu Sumayyah meronta ronta minta diangkat . Maream gegas menjawab panggilan tersebut .
Oh ibu rupanya .. ‘ Assalamualaikum ibu , ya ada apa ibu ?
Ibu sihat ? ‘ Maream memulakan perbualan
‘ Waalaikumussalam anak ibu , ibu sihat je , Mar sibuk tak ?
‘
‘ Eh tak , Mar tengah landing-landing sambil buat assigment
je ‘
‘ Ouh ibu nak cakap bende penting sikit nih ‘
‘ Haha apa ibu ? Bikin suspen ajaa .. ‘
‘ Ada orang datang meminang Mar tadi ... ‘
‘ What ? Siapa ibu ? ‘
‘ Dhia . Nama penuh dia ibu lupa lah . takpe , Jumaat ni Mar
balik okay , diorang nak tengok anak ibu nih , tadi kan Mar takde . ‘
‘ Yelah , in sha Allah Mar usaha balik . Mar ikut je ape
kate ibu , ibu kan lebih tahu apa yg terbaik untuk Mar ‘
‘ Alhamdulillah , baik budak nya Mar , ada agama , ada rupa
. Sopan santun , hormat orang tua .. ‘
‘ Haha dah macam itu punye puji memang elok benor la ni . Haha
Mar ikut ibu ayah aje ‘
*********************************************
‘ Aku terima nikahnya Maream Isabella Binti Mohd Faezrul
dengan mas kahwinye RM80 tunai ..’
‘Alhamdulillah , aku dah sah bergelar seorang isteri ‘ getus
hati Maream sambil menitiskan air mata .
*********************************************
Di bilik .
Maream sedang menyikat rambutnya setelah siap menyalin
pakaian kahwin .
‘ Assalamualaikum ya Maream ‘ tegur Dhia ketika menolak
pintu bilik mereka .
‘ Waalaikumussalam aa..abang ‘ gugup Maream menyebut
perkataan abang memandangkan dia hanya anak tunggal ibu ayahnya .
‘ Maream , sini duduk sebelah abang ‘ panggil Dhia sambil
menepuk nepuk katil tanda minta diduduk .
Maream hanya akur , dia akui masih ada rasa malu berhadapan
dengan suaminya dalam keadaannya yang tidak memakai tudung .
‘ Maream ingat tak KRIS ? ‘ tanya Dhia
‘KRIS ? Apebende tu ? ‘ tanya Maream bendul
‘ Kem Remaja Islam , 5 tahun lalu . Ingat tak ? ‘
‘ Haah ya ya , macam mana abang tau Mar penah join kem tu ?
‘
‘ Haha abang pun join jugak ... ‘
‘ Ha ? Biar betul ? Tapi macam mana and abang ingat Mar ?
Kita penah cakap ke dulu ? Pernah kenal ke ? ‘
‘ Hehe .. sabar Marem . Ya Betul Maream . Abang join jadi
fasi kat kem tu , ya abang ingat Maream sebab abang selalu curi curi pandang
Maream . Maream ingat tak first time kite cakap mase kat tepi tangga . Abang
tegur tanya Maream buat apa dekat situ . Tapi belum sempat Maream jawab , kawan
Maream datang . ‘
Maream sudah pun mengalirkan air matanya . Tidak percaya dia
bertemu jodohnya awal-awal lagi .
‘ Abang pakai baju hijau pucuk pisang ke mase tu ? ‘ tanya
Maream bendul
‘ Haha ya , taksangka Maream ingat ‘
‘ Ya Mar ingat sangat . Sebab Mar suka sangat nama abang ,
kali pertama dengar nama abang dulu pun entah kenapa hati Mar bergetar .
Mungkin itu petunjuk Allah bahawa abang lah jodoh Mar . Maaf , Mar pun pernah
curi-curi pandang abang dulu hehe ‘ Rona wajah Maream sudah tukar kemerahan .
‘ Alhamdulillah Maream , terima kasih sebab terima abang
seadanya . Walaupun kita tidak pernah rapat , tidak pernah saling mengenali dgn
lebih dalam sebelum ini . In sha Allah abang akan berusaha membawa nakhoda kita
ini ke syurga . Uhibbuki fillah abadan abada ‘ kata Dhia lantas mencium dahi
Maream .
Maream hanya menangis kegembiraan . ‘ Alhamdulillah ,
bercinta lepas kahwin lebih diberkati . Uhibbuka fillah jugak abang . Dialah
DHIA UL EHSAN ku . In shaa Allah , aku akan berusaha menjadi yang terbaik
untuknya .
p/s : maaf andai terkurang di mana mana bahagian . Saya budak baru belajar , kalau salah tolong tunjukkan hehe :P
2 ulasan:
Melting lah dgn watak Dhia...Tahniah sbab berjaya menghidupkan watak...
@Halawtul leman , alhamdulillah , terima kasih :)
Catat Ulasan